20110228

LELAKI DESPERATE

Assalamualaikum,


Kata-kata yang bakal kamu baca ini, diharap agar kamu-kamu... ya kamu-kamu tidak akan tersalah fikir tentang ertinya. Aku bukannya manusia yang allergic dengan insan bernama lelaki. Aku suka lelaki sebab aku masih normal. Cuma bagi aku lelaki yang ingin ku ceritakan ini adalah 'lelaki propa'. Ataupun perlukah aku mengelarkannya sebagai LELAKI DESPERATE.

Aku tak ambil peduli pun pasal dia selama ni. Sebab aku tak berminat. Cuma sekarang aku rasa aku perlu tahu siapakah dia sebenarnya. Kali pertama, aku jumpa dia. Aku tahu bahawa dia adalah lelaki bermata grrrrr. Sebab aku pernah test dia. Aku pandang dia. Then dia balas dengan... hurmmmm susah nak describe macam mana kat sini. Senang cerita gatal lah... sangat gatal.... Yer sangattttt yer! Aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun pasal hal tu sebab bagi aku dia ni tak penting pun.

Dan tidak disangka kawan aku kira ada hati dengan dialah. One day kawan aku frust bila dapat tahu mamat desperate ni dah bertunang. Makanya kawan aku mengambil keputusan untuk melupakan mamat ni. Pernahlah aku tanya sebab apa yang boleh dia terjatuh hati kat mamat ni. Sebab dia hensem. Hurmmmm~ pengsan jap...

Aku pernahlah try berborak dengan mamat ni. Bercakap memang nak best je kan. Aku tak boleh blah sebab rimas.

Pernahlah aku ber-discuss tentang mamat ini dengan kawan aku:

"KO TAK PERNAH RASA DIA TU POYO KE? SEMUA BENDA DIA BAGUS."

"AKU RASA ADA SIKIT LAH..."

"BEB , TERUS TERANGLAH AKU CAKAP. AKU PERNAH TRY CARA DIA KAT LELAKI. DIORANG PUN BLAH TAK MAHU KAWAN DENGAN AKU TAU..."


"HAH, YE KE? AKU TAK TAHULAH AKU RASA AKU BOLEH TERIMA JE..."

"YELAH, PASAL KO, AKU BUAT UJIAN TU. AKU CERITA HAL AKU JE. AKU BUAT TAK TAU HAL DIA LANSUNG. HARI-HARI AKU STORY PROBLEM AKU JE. PASTU AKU CAKAP AKU BAGUS JE.... KAHKAHKAH... PASTU DIA DAH TAK CALL AKU KE? SMS AKU KE? SEKARANG AKU TAK FAHAM KENAPA KO SUKA KAT MAMAT NI LAGI."


"KO GILA..."


Tetiba datang ribut taufan datang mengkhabarkan berita ke telinga kami bahawa lelaki itu dah putus tunang. Dan mulalah aku terdengar yang dia start rapat-rapatkan saf kembali dengan kawan aku.

Kemudian aku ada terdengar dia menjalinkan hubungan dengan dua orang isteri orang. Baiklah, aku tak ambil peduli sebab bukan masalah aku pun. Tapi masalahnya sekarang ialah mamat ni buat aku terletak di tengah-tengah garisan sekarang. Dalam diam dia bermain cinta dengan lagi satu kawan aku.

Aku berkawan rapat dengan mereka berdua. Mula-mula Si A yang minat kat mamat ni mula-mula tu call aku. Beritahu aku yang mamat ni selalu sms... call... ajak keluar hari-hari. Then meluahkan perasaan bahawa dia ikhlas nak berkawan dengan kawan aku. Ikhlas untuk kahwin yer. Aku diam~

Kemudian, kawan aku yang Si B pula mesej aku cakap yang mamat yang sama ni meluahkan juga perasaan kat dia. Dia juga berminat ingin melanjutkan persahabatan mereka ke next level. Dan aku tak tahu nak cakap apa. Sebab bila berada di situasi ini aku tak reti nak lontarkan kata-kata. Haishhhhh, susahlah! Lelaki ini begitu berdasyat. Tak pun sungguh berbangsat. Hah, kan dah kena!

Hurm~ sampai sekarang aku tertanya bagaimanakah mereka boleh terjatuh hati dengan lelaki ini. Sedangkan aku sendiri tak pernah nampak keistimewaan lansung pada mamat seekor ni. Atau aku ni buta ke apa? Sekarang kedua-dua kawan yang aku agak rapat ni telah dimadukan dalam diam. Dan aku tahu tetapi tak tahu bagaimana hendak membina ayat penyata kepada mereka. AKU TAK BOLEH KAWAN-KAWAN AKU DALAM KEADAAN MACAM NI. LEBIH-LEBIH DENGAN LELAKI TAK GUNA NI. Hurm~

"JIKA KALIAN MEMBACA INI, AKU MENGHARAPKAN KALIAN
FAHAM APA YANG INGIN AKU SAMPAIKAN."


MORAL: Menguji dahulu adalah penting sebelum menerima seseorang itu dalam hidup. Tak kira untuk kawan atau apa-apa pun. Sebab takut semak kepala di kemudian hari. Ini pendapat akulah! {peace no war}

20110225

SOROTAN MENARIK FEBRUARI 2011

Assalamualaikum,

Sedikit sebanyak hal perihal yang aku busy body bulan Februari 2011. Tapi ada banyak lagi tau, korang bacalah sendiri. Ni je yang aku sempat nak highlight... tadaaaa!

1 FEBRUARI 2011 Johor menjadi kolam besar

1 FEBRUARI 2011 Revolusi Mesir

1 FEBRUARI 2011 Harga petrol RON97 naik 10 sen

15 FEBRUARI 2011 Harga emas naik RM4,650 satu auns

15 FEBRUARI 2011 Abang Shah Rukh Khan datang shooting kat Melaka

20 FEBRUARI 2011 EPF declares dividen 5.8%

20 FEBRUARI 2011 Abang Azizulhasni Awang tertusuk kayu di Manchester

21 FEBRUARI 2011 Masturah, calon pilihan raya UM hilang

21 FEBRUARI 2011 Revolusi Libya

21 FEBRUARI 2011 Fasha sadha buka salon Chinta

21 FEBRUARI 2011 Irma saman David Beckham
22 FEBRUARI 2011 Christchurch, New Zealand gempa bumi

22 FEBRUARI 2011 Mamat yang bunuh Sosilawati kena hukuman penjara 20 tahun

23 FEBRUARI 2011 Malaysia menang 2-0 lawan Pakistan

24 FEBRUARI 2011 Kuala Lumpur banjir

25 FEBRUARI 2011 Daphane Iking peluk Islam

25 FEBRUARI 2011 Bank Rakyat dividen 15%

25 FEBRUARI 2011 Hindraf Berkumpul

28 FEBRUARI 2011
Sila bayar saman sebelum tarikh ini :P

20110224

REVOLUSI

Assalamualaikum,

Hey, asal you asyik cakap pasal revolusi, ada fashion baru nak keluar ke?
Untuk pengetahuan cik gegurl, sekarang ini kebanyakkan negara di area arab tengah bangkit untuk memperjuangkan hak mereka.

Oooohhh i tahu. Gurl-gurl kat negara arab semua tak berfashion sangat kan. Asyik pakai baju jubah warna hitam je kan beb?
Hah, yelah tu. Gegurl, yu tengok luaran sahaja gegurl. Yu try selak jubah hitam diorang. Yu tengok ada apa? Diorang marah dengan Moammar Gaddafi, Hosni mubarak, Ali Abdallah Saleh dan ada lagilah.

Hey darl, siapa mereka tu? Fashion designer ke?
OMG! yu tak baca paper ke?

Hihihihihi, i tak sempatlah darl. Ala yu storylah kat i. Bolehlah yu... bolehlahhh!
Okey, yu nak i story pasal siapa? Yu pilih Gaddafi ka, Mubarak ka, Ali Abdallah ka?

I pilih Gaddafi. Dia cute macam Dafi AF tak?
Cute sangat macam teady bear.

Ye ke darl? Dia banyak duit tak?
Of coz bebeh. Abang Gaddafi ni dah jadi president since 1969 tau. Project gov memang dia bagi kat anak-beranak dia sahaja. Hah, yu fikirlah kaya ke tak kaya Abang Gaddafi ni.

Hey, yu story pasal president ke? I ingatkan siapalah tadi. So apa prob dia? Kan semua politik memang macam itu. Seluruh dunia kotttttt! Mestilah diorang bagi apa-apa kat diorang punya saudara-mara kan? Kalau yu jadi president, i rasa yu pun jadi macam dia kannnnn?
Hurmmmm~ itu pasal i tak nak jadi president :P

Dah la darl. Tak payah pening kepala fikirkan hal ni. Kalau yu nak story pasal lelaki kaya yang menawan yang mudah i tawan. Barulah i likeeeee!
??????


MESIR



LIBYA


ALGERIA


TUNISIA


ps: Apalah nak jadi dengan negara Islam sekarang ni? Porak peranda.... haishhh!

MORAL: Kadang-kadang kita perlu busy body hal dunia kot. Preparation, sebab kita pun tak tahu nasib kita. Seram~

20110223

FALLING DOWN


Assalamualaikum,

Pada suatu hari yang indah. Aku berjalan-jalan dengan lalalalala. Aku tersenyum indah kerana begitu berbangga dengan kecantikkan heels yang aku beli tika itu. Tingginya 9 inci. Lalalallala aku kembali lalalalallallalalala...

Tetiba aku hilang dari penglihatan orang ramai. Aku kini terduduk di atas lantai Maybank yang sejuk nan indah. Kemudian datang seorang kakak menegur. "ADIK OK KE?" dengan lancar aku menjawab "Ok... ok... saya tengah kutip ni. Jatuh tadi.... hihihihi" Sebaik tangan aku ada pen. Orang sekeliling sengih-sengih. Begitu indah bukan...

Kemudian aku lalallalalalalala... seolah-olah tidak berlaku apa-apa. Aku kuatkan dalam hati yang aku tak akan jumpa mereka lagi. Aku bangun duduk di kerusi empuk yang disediakan menunggu angka giliran. lalalallalala tahan... tahannnn dan aku lalalalallalalala kembali. AKU MALU , SEKIAN TERIMA KASIH!


ps: Dah lama aku tak pakai. Beli sebab geram tengok mereka begitu cantik. Puaskan hati je.... Aku susun dalam almari. Aku pakai berangan dalam bilik je sekarang. Nak pergi mana pun nak pakai mereka itu. SEDEYYYYY!!!!!!



MORAL: Cantik belum tentu berguna.

20110222

AYAH BOLEH BUAT!

Assalamualaikum,

Selepas menonton video ini di youtube.



Maka aku terfikir akan kisah ini:

Kes 1
AYAH: Jangan korek hidung macam itu, tak elok dipandang orang
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Dalam kereta hari tu, semasa nak pergi rumah Makcik Limah
AYAH: Oh, masa tu lubang hidung ayah gatal

Kes 2
AYAH: Jangan Tengok tv dekat-dekat nanti mata rosak
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa tu ayah tengah tengok bola
AYAH: Oh, masa tu ayah tak pakai spec mata tak nampak

Kes 3
AYAH: Jangan pakai kasut dalam rumah nanti lantai kotor
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah tengah cuci kereta hari tu pastu ayah masuk dapur
AYAH: Oh, masa tu ayah nak isi air dalam baldi sekejap

Kes 4
AYAH: Jangan suka terlentang baring atas sofa
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah balik berpeluh dari padang setiap petang
AYAH: Oh, masa tu ayah penat baru lepas excercise

Kes 5
AYAH: Jangan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah tengah makan malam semalam
AYAH: Oh, masa tu ayah angkat telefon nenek call

ps: Marilah kita berdoa agar semuanya akan kembali kepada kebaikkan yang diredhai oleh Allah. {Berkata-kata untuk diri juga}

MORAH: Meluntur buluh biar dari rebungnya. Jika anda mempunyai pangkat ibu atau ayah. Maka andalah cermin buat anak-anak anda. Semuanya itu adalah dugaan dari Allah maka apakah tindakkan kita? {peace no war}

20110221

DASAR ANJING BETUL!

Assalamualaikum,

Apakah binatang kesayangan anda? Adakah kucing kitty? Adakah arnab? Adakah si tikus comel (hamster)? Aku sayangggg... sayanggg... sayangggg buaya darat. Perhatian menyanyangi buaya darat sangat merbahaya kerana mungkin suatu hari nanti, binatang yang tak guna itu akan NGAP anda.

Semalam kakak aku cakap. Anjing sayang aku. Aku terkedu. Kalau sayang kenapa nak kepung aku dalam kereta semalam. Macam haram! Aku hampir-hampir kena tidur dalam kereta. Gara-gara seekor anjing hitam di area rumah aku. Aku tak tahu apakah masalah dia dengan aku. Asyik tak puas hati je dengan aku. DAM YU!

________________________________________________

Kisah Pertama

Aku kalau ada geng lepak. Aku memang akan berborak sampai berembun pagi. So one day, macam biasa aku lepak kat malis sampai pukul 5 pagi. Lepak dengan abang-abang aku ketika itu yang masih bujang-bujang. Perut mereka pun maintain kempis tika itu.

Masa tu aku duduk kat Taman Melati. Settle park kereta, aku pun keluar la nak panjat tangga rumah. Tengah aku jalan tetiba aku terserempak makhluk Alllah itu. Aku terperanjat aku lari naiklah kereta balik.

Tapi masalahnya, anjing tu pun terperanjat. Dia lari... aku pun lari... Aku lari cantik je masuk kereta. Dia lari tersasar sampai terlanggar kereta yang parking area situ. Kesian terhantuk dia. Aku tengok dia dah pening lalat. Aku rasalah mesti dia menyumpah aku malam tu. Pertama kali aku tengok anjing melatah.

________________________________________________

Kisah Kedua

Ketika itu jam menunjukkan pukul 5 pagi jugak. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Aku, kakak aku dengan abang ipar aku (masa tu boyfriend akak aku) nak gerak pergi Langkawi. Masa tu ada anjing kat tong sampah. Aku nak buang plastik cikedis dalam kereta aku.

Akak aku pesan jangan pergi. Aku yang poyo ni cakaplah. Alah kalau kita berani dia takkan kacau kitalah. Dengan berani aku menghayunkan langkah pahlawan menuju ke arah itu. Actually aku takut sebenarnya walaupun ada darah pendekar yang mengalir dalam tubuh badan aku ni.

Tetiba lak dia pandang aku. Anjing hitam yang kepung aku semalam itulah. Kurang ajar betul lah anjing ni. Dia menyalak sampai nak keluar gigi tajam dia. Dahlah bersepah air liur. Bodoh! Bodoh! Aku mengelabah lari masuk dalam kereta. Kakak aku pun sekali berlari masuk dalam kereta. Cepat-cepat tutup pintu.

"Apa bau busuk ni?"

Tetiba akak aku bersuara. Aku usha tapak kasut aku. Aku terpijak tahi anjing. Time tu aku memang fikir nak sembelih je anjing tu. BODOH LAH DIA TU!

________________________________________________

Ni aku tak puas hati. Semalam aku takdalah balik lewat. Dalam pukul 11 macam tu. Aku baru je balik dari rumah abang aku hantar wire. Abang akulah memekak nak wire tu malam tu jugak.

Anjing tu apalah masalah dia. Dia duduk kat pintu kereta aku taknak gerak. HEY, WATZ UR PROB MANNNN? Aku tak kacau kau punya boyfriend pun tau tak! Terpaksa aku mintak tolong kakak dengan abang ipar aku halau dia.

Hari ni hari kau anjing. Ko jangan lupa... esok-esok hari aku lak. Dasar anjing betul!

MORAL: Berhati-hati di jalan raya

20110218

KISAH AKU DAN KUALA LUMPUR 01

EPISOD 1
KISAH AKU DAN KUALA LUMPUR

{Assalamualaikum}

Malam itu gelap. Malam itu sunyi. Aku lihat sekeliling. Sepi~

Alunan angin malam mula berirama. Seolah ingin menenangkan hati gusar ini.

Aku kalih ke satu tempat. Tempat itu busuk. Tempat itu hapak. Tempat itu jijik!

Di sebalik tempat yang di pandang hina itu. Aku lihat makhluk tuhan mencari rezeki. Bermundar-mandir... mencakar-cakar... terhidu-hidu!

Makhluk itu berwarna hitam. Terjelir-jelir lidahnya... giginya tajam...

Aku menyesot lebih ke depan. Makhluk tuhan itu telah benar-benar menarik minat.

Mata bersinar miliknya memandang tepat ke arah aku. Mungkin dia merasakan aku ini ancaman. Perlahan-lahan dia berlalu pergi. Dan menyingah ke lokasi lain.

Aku bersendiri. Mula kembali melayan minda~

Kotaraya Kuala Lumpur. Kotaraya yang tidak pernah dibuai mimpi. Seolah-olah ingin menemani manusia seperti aku. Melayan minda~

Di sebalik penampilan hebat kotaraya Kuala lumpur. Terselit juga kisah-kisah perca yang kurang wangi baunya.

Jam berwajah digital menayangkan ke angka dua pagi. Aku kini masih menyusuri jalan megah kotaraya Kuala Lumpur. Aku bersiar-siar bersama fikiran yang penuh persoalan. Mencari makna hidup.

Kini aku berhenti di bahu jalan. Melihat kawasan yang pasti tidak mati. Lebih-lebih di hari minggu. Kaya dengan cahaya berwarna-warni. Alunan yang bergema pasti rancak. Kegembiraan terpancar pada segenap pengunjung. Bertepuk tampar sesama sendiri. Adakah kegembiraan itu benar-benar bahagia?

Aku melihat mereka bermundar-mandir di syurga mereka itu. Di lain sudut, kelihatan sepasang kekasih sedang menghidu sesama sendiri. Mereka begitu manja. Begitu galak melayan perasaan antara satu sama lain. Tetiba aku terdengar kekecohan di hujung jalan. Aku toleh belakang. Percakaran telah berlansung secara on live di depan mata. Punca tidak tahu dari mana datangnya usul.

Dan mindaku kembali kepada makhluk itu. Makhluk yang mencari rezeki di tempat busuk.

Kombinasi antara kisah syurga sementara dengan sang makhluk pencari rezeki di tempat busuk mula diadun bersama. Aku pasti jika makhluk pencari rezeki di tempat busuk itu dijaga oleh pemelihara yang tidak busuk. Pasti makhluk itu tidak merayap di tengah malam untuk mencari rezeki di tempat busuk. Mesti makhluk itu berbau wangi disaluti perfume. Tidak perlu untuk "bermundar-mandir... mencakar-cakar... terhidu-hidu" Hurmmm...

bersambung~

{peace no war}

20110217

Selamat hari jadi CIK DASHEE

Assalamualaikum,

Tepat 12 am, 17 FEBRUARI 2011

"SELAMAT HARI JADI WEY!"

Tetiba kawan aku melemparkan ucapan itu di talian saat aku menjadi kaunseling tak bertauliah buat masalahnya.

"Ohhhh, ok thanks beb!"

Aku kaku sebab tak buat preparation untuk membuat ucapan balas. Masih ingat rupanya kawanku ini. Ku fikirkan tiada siapa yang ingat atau ambil tahu. Aku tak set pun di facebook. Cuma adalah hari tu aku sebarkan di wall kawan-kawan meminta hadiah. Date bila pun aku tak beritahu sebab bukan niat nak hadiah cuma melayan sikap sengal aku tika itu. Thanks beb, anda tahu anda siapa. Lepas check doctor jangan lupa buzz aku ok.

Ketika aku masih menjadi pendengar setia buat sang kusut. Cik Kiah ku ini memberi amaran bahawa ada 3 helai sms memasuki bodynya. Kemudian aku dapat panggilan dari seorang lagi teman. Aku biarkan. Selesai sahaja conferrence bersama sang kusut. Aku buka sms dan aku lihat 3 sms tersebut dari orang yang sama.

"OIK OIK, PGUMUMAN2... D CNI AKU NK UMUMKAN YG KO DAH TUA UHUHUHU... EPPY BEDDAY CIK KAK. DAH P TDO! KRUOOHH... WAH, BZ YE BEZDAY GAL. MENTANG2 LA LINE FREE, CEHS AHA."


Cam haram perli aku. Patutnya layanlah aku macam tuan puteri. Aku pun dial nombor dia. Tak sabar nak maki hamun secara manja.

"Wooo, ko gayut dengan siapa huh?"

"Dengan monyet!"

Kemudian kami borak-borak tentang duniawi. Mengenai masalahnya juga. Dan aku seperti biasa menjadi teman setia mendengar. Thanks minah sengal, anda juga tahu anda siapa.

Aku memandang ke siling. Macam tak percaya kini aku sudah 28 tahun. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik... pejam celik je dah makcik kategori lewat 20an. Hurm... tapi rasa macam diri 18 tahun je ni. Tetiba masuk lagi satu sms.

"SELAMAT HARI JADI! NIKMATI PANGGILAN SUARA MAXIS KE MAXIS PERCUMA PADA 17-02-11. GANJARAN HOTLINK UTK PELANGGAN SETIA KAMI. CAJ BIASA DIKENAKAN UTK SERVIS LAIN."

Aku mula pasang angan-angan nak calling-calling Brad Pitt. Agak-agak kantoi tak dengan Angelina Jolie tak? Tak kot sebab Angelina mesti tengah busy pergi asians cari anak angkat baru kot. Berapa ek no fond dia. hurmmmmm... krohhhhhh zzzzz!

Aku sedar-sedar dah esok pagi. Aku tengok jam kat dada Cik Kiah. Tetiba aku nampak 1 new message. Tetttttttttttttt... aku buka dan baca.

"HEPY BESDAY 2 U SHEELA. SEMOGA PJG UMUR DAN MURAH RZEKI."

Bila aku check no dia. Sah dia pakai maxis. Apa lagiiiii kannnn....

"HAPPY BDAY TO YU JUGAK BEB. KO LAGI SPEACIAL SAMBUT BDAY SAMBIL TNGGU NAK LAHIRKAN ANAK. CONGRAT"

La.... la.... laa... aku nyanyi dalam kereta. Macam biasa aku hadap jamn area ampang. Pergi kerja macam biasa. Sampai office, kawan aku belanja lempeng. Aku makan sekeping dengan air suam.

Sedang aku nikmati lempeng tepung itu, Cik Kiah aku menjerit terpekik terlolong. Di skrin nombor tak dikenali.

"Wey, harini birthday ko ek!"

"A'ah, ko ni siapa?"

"Akulahhhh... ko ingat tak birthday aku next week tau..."

"Aku ingatlahhhh..."

"Oklah... bye...!" klik.....~ (Anda tahu anda siapa, thanks beb!)

Macam tu je. Hurmmm... lalalalala... sambung makan lempeng balik. Kemudian aku sambung kerja. Alamak, Cik Kiah aku ni menjerit lagi...

"SELAMAT HARI JADI... laalalalal... SELAMAT HARI JADI ~"

"JANGAN NAK NYANYI-NYANYI... AKU NAK BLACKBERRY! BAKKKK...."

"Malam ni free tak? Datang rumah aku... bla... bla.. bla..." (Anda tahu anda siapa, thanks beb!)

Begitulah sambutan birthday aku pada usia aku 28 tahun. Meriah bukan...

Apakah hadiah yang paling berharga yang aku dapat pada tahun ini?






BUKAN SEMUA DI ATAS. BAGI AKU BENDA PALING BERHARGA ADALAH KAMU SEMUA. KERANA KAMU SEMUA BUAT AKU BANYAK BELAJAR TENTANG KEHIDUPAN. DENGAN MENDENGAR MASALAH KAMU... MELAYAN KARENAH KAMU... MELIHAT SEKELILING ALAM CIPTAAN ALLAH SWT MEMBUAT AKU SENTIASA BERFIKIR. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK BUAT SEMUA :)! TERMASUK AYAM.. ITIK... SHOPPING MALL... SG WANG... KEDAI-KEDAI BAJU KAT JALAN TELAWI... DAN TIDAK LUPA BUAT BRAD PITT TERCINTA YANG JAUH DI HOLLYWOOD... kahkahkahkah lariiii angelina jolie kejar pakai senduk....



p/s: HAPPY BIRTHDAY BUAT PARIS HILTON. BILA KITA NAK BUAT SIRIES "THE SIMPLE LIFE" BERSAMA....? ngeeee

MORAL: Aku tidak kisah pun dengan benda-benda itu semua. Tetapi aku sangat happy bila masih ada yang ingat dan ambil tahu pasal hal aku. Terima kasih menjadi sahabat susah senang buat aku selama ini. (BILA ORANG BERTANYA "ADAKAH AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN SAHABAT BUAT KAU." YANG AKU BOLEH JAWAB "KAU FIKIRKAN SENDIRI ADAKAH KAU SAHABAT BUAT AKU")

20110216

MIMPI PELANGI

Assalamualaikum,


Hati aku terusik semalam. Mata aku bertakung dengan cecair masin. Dan akhirnya tertumpah ke baju. Dari awalan aku menanggis sampailah ke penghujung. Namun di pertengahan aku girang terkekek-kekekkkk. Begitulah emosi aku tika aku menghayati kisah mereka yang digelar "LASKAR PELANGI".


Pada mulanya aku teremosi tika melihat kanak-kanak bernama Lintang memegang bukunya dengan begitu erat tatkala Cikgu Harfan mahu mengumumkan bahawa sang usang Muhammadiyah mahu ditutup sekiranya tidak dapat mengumpul 10 orang murid. Terus terang aku nyatakan bahawa watak kanak-kanak itu sering kali memukul hati aku. Seakan-akan menegur aku dengan berkata-kata "HAH, INGAT TU!" Ya, kanak-kanak itu berjiwa besar kerana sanggup merentasi 80km datang ke syurga Muhammadiyah semata-mata ketagihkan ilmu. Dalam perjalanan ke syurga itu, dia sering bertemu dengan buaya dan menunggu sehingga buaya itu masuk ke kolam. Namun dialah orang pertama sampai ke syurga Muhammadiyah. Aku sangat salute dengan budak ini.


Aku akui naskah indah ini begitu kaya dengan kata-kata yang... hurm... susahlah aku mahu zahirkan dengan kata-kata. Yaaaa begitu indah... begitu tenang... setiap kali alunan ayat-ayat mereka lontarkan. Terasa ikhlas sekali. Aku suka dengan quota ni "Hiduplah memberi sebanyak-banyak bukan menerima banyak-banyak, yang penting jangan putus asa." Kan Cikgu Harfan yang selalu cakap macam ni kan. Tengok muka dia pun aku dah tenang. Tak pernah marah, penuh kesabaran. Aku terusik lagi bila dia mengemas sang usang Muhammadiyah yang bocor ketika berlecak dimasuki air hujan sorang-sorang. Kalau aku, dah memekak dah. Aku nangis lagi sebab mengenangkan sikap aku.

Satu lgi quota aku suka "Mimpi aku bukan menjadi isteri saudagar tapi mimpi aku mahu menjadi guru." jawapan briliant cikgu Muslimah time cikgu Harfan bertanya perihal jodoh. Aku pun nak tirulah "MIMPI AKU MENJADI ISTERI KEPADA ORANG YANG FAHAM DAN TERIMA AKU SEADANYA DAN AKU MENERIMA DIA SEADANYA. BUKAN MENJADI ISTERI KERANA TAKUT MENJADI ANAK DARA TUA." tetiba kannnnn~

Cop... cop... ada lagi aku suka "Sekolah ini tidak boleh ditutup kerna ia adalah satu-satunya sekolah agama di Belitung. Anak-anak diajar bukan diukur dengan angka atau markah tapi dari hati. PERGHHHHH... sistem pembelajaran Malaysia sila renung-renungkan. Sijil berlambak-lambak, SPM result tip top... ada diploma... ada digree... ada master bagai tapi kerja tak boleh buat. Yang menyampah gaji nak besar. Ingat kita belajar bukan untuk peperiksaan tapi untuk menghadap dunia.

Ada lagi aku suka time Kucai putus asa bila panggil bebudak tu masuk clas tapi bebudak tu buat dunno. Dia kan monitor class pastu Cikgu Muslimah cakap pe "Pemimpin itu amat mulia di sisi agama." Sekarang aku dah tahu kenapa orang berebut-rebut nak jadi pemimpin sampai seagama pun nak dianiaya. Tengok kat Mesir.. haish tak yah gi oversea tengok kat Malaysia sudah. Hurmmm...

Apa lagi aku suka ni... banyaknyee aku suka dengan naskah bermutu dari negara seberang ni. Kenapa orang Malaysia zaman kini tak buat cerita begini. Asyik buat cerita ilmu hitam je. Tertanya-tanya gak di hati. Adakah ingin menaikkan industri dukun di Malaysia. Oh yer, ada gak pasal dukun dalam ini cerita. Time Ikal putus cinta dan pelajaran mereka merosot. Diorang pergi jumpa dukun dalam gua. Atlast dukun tu siap bagi pantang larang... yang kelakar bila diorang buka note dari dukun tu "Belajar rajin jangan malas-malas." Kahkkahkah macam haram. Aku rasalah motif cerita ni ialah kalau ada problem silalah reffer kepada Maha Pencipta kita. Angkat tangan dan berdoa. Hah kan diorang nyanyi lagu seroja lagi uols kat padang tu secara beramai-ramai.

Ada benda creative yang dizahirkan di dalam Laskar Pelangi. Seperti Mahar yang sentiasa setia meletakkan radio di telinganya mengchangeskan bateri radio dengan tenaga matahari. Pastu sementara satu adegan sekolah sebelah yang kaya memakai calculator untuk mengira, mereka hanya memakai lidi. Aku suka time Ikal jatuh cinta, bunga-bunga jatuh dari langit. Bila Ikal putus cinta, adegan diolah seolah-olah sunyi sepi pastu kedai tu roboh menghempap kapur cap harimau. Kahkahkah creative betullah. Maafkan aku ada lagi aku suka bila Mahar dapat tanggungjawab mengetuai pasukan mereka ke pertandingan di karnival. Punyalah puitis dia cari idea panjat pokok pastu menjerit-jerit kat padang. Aku tak tahan bila dia cakap macam ni bila diberi tugas "Serah sahaja pada Mahar dan alam." Memang betul-betul dia pakai daun buat baju persembahan. Kahkahkah bonggok la dia ni. Dah lah ton suara memang dah macam ahli seniman.

Banyaklah aku suka dengan naskah indah ini. Dari mula sampai habis. Bagi aku setiap inci ada benda simbolik yer. Macam nilah tengok sendiri dan baca sendiri. Sebab naskah ini ada dua version movie dan novel. Dan ianya ada sambungan iaitu "SANG PEMIMPI". Aku rasa korang tahu kot. Femes pe karya ini.

MORAL: Mimpi membawa kepada impian. Impian untuk mengejar pelangi. Walaupun miskin atau kaya semua punya hak untuk mengejar sang pelangi

20110214

ANAK HARAM

Assalamualaikum,

Terdetik hati aku ingin menulis kisah mengenai seorang kawan aku apabila menonton drama cerekarama tempoh hari. Apabila melihat watak Sheila Rusly, fikiran aku melayang mengenangkan nasib anaknya. Anak kawan aku yer bukan anak Sheila Rusly. Perhatian kisah ini tiada kena-mengena langsung mengenai Sheila Rusly. Namun dramanya itu memberi sumber inspirasi buat aku untuk menulis entry buat kali ini.

Sebelum aku menulis kisah ini yang aku fikirkan boleh menjadi pedoman untuk kita semua. Aku telah meminta izin kepada tuan empunya badan. Tanda aku menghormatinya. Lagipun niat aku membuka akaun blog ini adalah untuk menyalurkan apa yang terlintas dan terbuku di dalam kotak fikiran SECARA IKHLAS. Bukanlah ingin menagih simpati cuma ingin berkongsi. "SHARING IS CARING". So up to you lah nak fikir apa. Ada orang kata aku terlalu jujur. Actually i'm open. But bukan open bagi semua perkara. Ada benda kita perlu berahsia. Aku cuma membuat sesuatu sebelum aku mati. Perkara yang aku fikir untuk semua manusia yang aku anggap seperti novel bergerak. Yang punya cerita di sebalik kulit muka. Mana tahu aku akan mati esok, minggu depan atau 60 tahun akan datang. Siapa tahu? At least i do something.

Berbalik kepada kisah temanku yang aku mengelarkannya sebagai Sazzy (bukan nama sebenar). Bagi aku Sazzy adalah wanita tabah yang berhati besar. Walaupun dia kecil sahaja orangnya. Jika dilihat melalui mata kasar Sazzy seorang yang periang dan easy going. Hakikatnya banyak kisah duka yang sudah dia harungi. Clap... clap... aku teruja dengan sifatnya itu. Walaupun ramai yang mencerca, memaki hamun dan mengumpat tentang halnya. Dia terus kuat dan berlakon seperti tidak berlaku apa-apa.

Sazzy memiliki seorang anak perempuan hasil keterlanjurannya bersama ex-boyfriendnya. Kini anak kecil yang comel itu dijaga sepenuh kasih sayang Sazzy dengan hasil titik peluhnya sendiri. Mana perginya ex-boyfriendnya itu? Usah ditanya tentang lelaki tidak guna itu.

Sebelum ini, Sazzy pernah menggugurkan kandungan beberapa kali. Mungkin kali ini Allah telah membuka hatinya. Kekuatan naluri seorang ibu yang meresapi jiwanya telah menghalang niatnya itu buat kali sekian kalinya. Ini tidak bagi ex-boyfriendnya yang masih ingin kandungannya itu digugur.

Setelah baby itu dilahirkan. Ex-boyfriendnya ingin memberi baby yang comel itu kepada orang lain. Sazzy tidak bersetuju. Dia bercita-cita ingin membesarkan baby tersebut. Akibatnya lelaki tidak berguna itu melarikan diri.

Sazzy pernah memberitahu aku, buat kali pertama selepas dia melahirkan anak. Baby itu menanggis meminta susu. Sazzy pun menanggis bersama kerana dia tak reti nak memberi bagaimana. Sebab tiada sesiapa di sisinya ketika itu. Dia meminta pertolongan dari nurse. Keluarga tidak tahu keadaannya ketika itu.

Sazzy pernah menahan perut time makan lunch malah pernah tidak datang ke office kerana tidak cukup duit. Malah pihak bank pernah mencarinya supaya membayar loan yang dibuat oleh ex-boyfriendnya atas namanya.

Kehadiran baby itu dirahsiakan pada mulanya kepada ahli keluarga. Sehingga dia menipu mengatakan anaknya itu anak orang lain. Lama-lama temberangnya terbongkar. Ya dia telah dibuang lama-lama dia diterima kembali.

"Sheela, betul ke tak akan ada lelaki nak kahwin dengan aku?" hurmmm...

"Sheela, aku nak join keluar dengan kawan-kawan tapi aku tak sanggup nak tinggalkan dia. Sebab nanti dia nanggis. Dia dah pandai kenal orang." hurmmm

"Aku nak balik cepat. Aku nak ambil anak aku. Aku tak boleh tengok anak aku seorang je tinggal takda siapa ambil kat nursery." hurmmm...

"Kalau aku bawak anak aku nanti diorang tanya siapa. Aku nak jawab apa? Aku macam sedih je nak cakap anak orang lain..." hurmmmm


Bagi aku pengalaman yang Sazzy lalui amat memedihkan. Aku tahu, ada ramai orang di luar sana yang akan mengutuk akan kelakuan Sazzy. Tetapi bagi aku, keputusan Sazzy yang ingin membesarkan anaknya itu satu sikap tanggungjawab yang patut dipuji. Ini lebih bagus dari Sazzy mengambil keputusn cetek akal dengan membuang anaknya itu. Sudahlah melakukan dosa zina kemudian menambah dosa lagi dengan membunuh.

Kisah Sazzy memang banyak memberi pengajaran kepada aku. Bagi gadis di luar sana jagalah diri anda sebijaknya. Dan bagi lelaki di luar sana pula hormatilah wanita di luar sana seperti ahli keluarga anda. Sebab nak cakap lebih pun susah. Masing-masing dah besar ada akal yang turut besar untuk berfikir secara bijak.

Kita yang sebagai orang sekeliling janganlah terlampau memulau mereka.. Ya, mereka melakukan dosa besar. Tetapi bukanlah tugas kita nak menghukum mereka. Mereka memerlukan sokongan psikologi untuk mereka menghadapi hari mendatang. Bukan kepada mereka sahaja malah untuk anak kecil yang tidak berdosa itu. Mungkin hari ini hari Sazzy... hari mereka... mungkin masa depan hari kita. Mana tahu?

Aku teringat akan satu kisah pelacur dan seekor anjing kehausan. Pelacur itu sememangnya melakukan dosa besar iaitu zina. Tetapi dia dimasukkan ke syurga kerana telah memberi anjing kehausan itu minum dengan menggunakan sepatunya. Dan dia telah bertaubat. Allah pun memaafkan hambaNYA... dan siapakah kita yang terus ingin menghukum?

p/s: kata-kata ini bukan sahaja untuk orang lain malah peringatan untuk diri sendiri juga... :)!



MORAL: Biarlah orang nak cakap kolot pun kolotlah yer. Kesedapan yang sekejap itu jangan dicuba yer. Lebih-lebih untuk mereka yang ingin berkasih sayang malam ini yer. Dosa menyeleberet pun dah ada nak tambah lagi satu dosa. Kalau ada hasil tambah lagi dosa. Nauzubillah... {peace no war}

20110211

KAU MEMBORINGKAN TAU TAK

Assalamualaikum,


Apakah perasaan anda ketika ini jika anda sekarang tengah menunggu masa untk mati. Okey macam inilah anda ada 40 hari je untuk hidup. Dalam masa 40 hari itu apa yang akan anda buat.

Adakah anda?
a) duduk di rumah menanggis sampai buta mata
b) berusaha untuk berubat sampai sihat
c) beramal soleh dan bertawakal kepada Allah SWT

Pernah tengok siri rancangan "THE BIG C". Kisah mengenai Catherine "Cathy" Jamison, cikgu sekolah menengah yang menghidap penyakit cancer tahap kronik dan sedang menunggu mati. Dia merahsiakan hal tersebut dari keluarga dan kawan-kawan. Malah dia telah menukar gaya hidup yang tipikal ke lebih adventure. Dia terdesak mengajar satu-satunya anak lelakinya untuk hidup secara betul. Lebih afdal dia memaksa dirinya untuk mendapatkan harapan, kegembiraan dan cahaya dalam menghadapi saat-saat terakhir dia hidup.

Aku adalah pengemar filem, drama, buku atau apa-apa sahaja mengenai motivasi diri. Dulu aku selalu hidup dalam keadaan murung. Selalu menyalahkan nasib dan orang sekeliling.
**
RESULT: aku adalah orang yang amat memboringkan.

So aku dah fed up dengan gaya hidup aku dahulu. Pertama step aku. Aku belajar untuk sayangkan diri aku dan juga belajar menerima diri aku sendiri. Paling penting belajar hidup lebih relax. Buat apa yang termampu dan buat apa yang aku suka. Kurangkan merungus tentang hidup. Itu salah... ini salah... BORINGGGGGG! Dia itu... dia ini... BORINGGGGGGG! Aku sedih.... aku sunyi... BORINGGGGG! aku akan lari jauh... jauh dari itu semua Hurm~
**RESULT: kacing! kacing! i likeeeeee

So, anda bagaimana? ngeeeee....



MORAL: Perlukan perubahan dalam hidup setiap masa supaya lebih variasi agar tidak boring. JANGAN TUNGGU ORANG LAIN DAN BERTINDAKLAH SENDIRI. Lebih cepat, lebih bagus... TOLONGLAH JANGAN MEMBOSANKAN DIRI ANDA! {peace no war}

20110210

SUAMI I KANNNNNNN.....

Assalamualaikum,

PERKAHWINAN? IJAB pastu QABUL pastu SAHHHHHH.... YEAYYY DAH KAHWIN!!!

Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”

Sekarang bukan aku nak cerita pasal lelaki berkahwin ramai. Suka hatilah diorang nak kahwin berapa ramai pun. Janji jangan kacau aku sudah. Sekarang aku nak cerita pasal isteri. Yer kaum-kaum isteri. TOLONGLAH JANGAN MENGUMPAT ATAU MENJAJA CERITA SUAMI-SUAMI KAMU KEPADA SEMUA ORANG. SEBAB TAK SEDAP UNTUK DIDENGAR. TAK BEST... TAPI AYAM GORENG LEMBIK BEST!

Aku baru kenal dan lepak makan dengan dua orang kakak ni. NOPE tukar statment... aku dah lama kenal dengan dua orang kakak ni tapi baru nak berjinak-jinak dan lepak makan bersama. Hah, yes... nice statment! **RESULT: Aku akan lepak dengan mereka tetapi sekali sekala bukan menjadi kawan baik. Yang pasti aku akan berhati-hati. YER AKU AKAN LEBIH BERHATI-HATI. Takut mak uols dengan kelajuan mulut depa seiring dengan kelajuan air hujan yang menumpah ke bumi semalam. Kebaboomm!

Dalam masa satu jam, i dah tahu berapa helai seluar dalam suami depa. Dengan warnanya sekali yer! Sebaik size depa tak habaq kat i. Kalau tak i terjun bangunan KLCC sebab i takut malam-malam i mimpi ngeri. Pastu depa siap cerita segala-gala keburukkan suami depa. Yang hat sorang suka baling periuk mangkuk. Yang hat lagi sorang workaholic. Busy hari-hari cuma jumpa hari sabtu sahaja yer. Hurmmmm~ apa lagi... arghhhh macam-macam la lagi. Mak maluuuuuuu. Arkhhhh tidakkkkk mak maluuuuuuuu... maluuuu nak dengar! MACAM MANA KALAU I NI DI TEMPAT SUAMI MEREKA?

Memang perempuan suka bercakap. Tapi ada benda janganlah cerita kat orang. Kalau nak cerita pun sebab nak relese something bolehlah nak cerita. Tapi kat orang yang boleh dipercayailah. Yang memang rapat dan kenal. Bukan kepada semua orang. Lebih-lebih hal rumah tangga korang. Aku yang dengar ni pun rasa malu. Aku diam je masa kejadian. Angguk-anggukkan sahaja.

Kawan-kawan baik yang rapat dengan i tak le cerita buruk-buruk pasal suami mereka. Alhamdulillah semuanya okey belaka. Kita dengar pun senang sebab ada lelaki yang baik jaga kawan-kawan i. Sebaik i tak salah pilih kawan-kawan seperti mereka. InsyaAllah~

TERIMALAH NASIHAT PAKAR-PAKAR ALAM RUMAH TANGGA:



p/s: arghhhh lariiiiiii, mak tak nak masuk campur hal perkahwinan orang. Lagipun bukan bidang mak. Mak pun tak ada experience.

MORAL: Tak baik kalau hari-hari mengumpat suami sendiri. Nanti jadi betul baru tau. INGAT JANGAN MENGUMPAT ISTERI SENDIRI JUGA YER. {peace no war}

20110209

BOLEH SAYA TAHU, DIRI AWAK BERHARGA BERAPA?

Assalamualaikum,

Meminjam kata-kata dari seorang teman yang sudah dianggap seperti kakak sendiri {Hargai untok yang meng-hargai, bukan..}! Hurmmm... Aku pandang skrin computer lama~ Jap, aku tengah fikir ni. Yes, dia dah mai... yes, sikit je lagi dah nak sampai... yes... oh yesssss! Oh yeayyyyyy!!!!!

Beginilah, ini bukanlah persoalan pertama berbau ayam goreng lembik macam ini yang aku terima. Banyak dah orang tanya aku macam ni. A'ah aku pun kekadang fikir "YEAH, BETULAH! HEY, C'MON... C'MON YU TAK AMBIL TAHU PASAL I... BUAT APA I NAK AMBIL TAHU PASAL YU. YU INGAT YU SIAPA? HEY, YU GO TO HELL LA! I DON'T CARE... PI LA MAMPUS!" Hah, ambil ko! Jap nak tambah lagi. "HAGHHTUIII!" Rasa lega tak lepas cakap macam ni.

Okey, cuba kita try dalam ayat yang lebih sopan santun. "SAYANGGGGG, YU NI TAK AMBIL TAHU PUN PASAL I. YU KEJAM... YU KEJAM TAU! SAMPAI HATI YU TAU. SAYANGGGGG, YU PERGI MENINGGAL DUNIA. I DAH TAK NAK AMBIL TAHU PASAL YU. I MERAJUK NI, YU PERGI MENINGGAL DUNIA YER SAYANG. K BABAI SAYANG! TAKE CARE TAU." Hurmmm~

Tak baik tau.. ada berbau dendam tau! Allah SWT tak suka tau. No... no.. no... noooooo! Memanglah kalau difikir balik, boleh sakit hati bila take care kita tidak dihargai. Macam terhengeh-hengeh je kan. Tapi takpalah, pejam kan mata je. Tahankan hati dan smile yang cantik. Biar orang buat kita.. nanti kita babab dia kemudian yer.

Memang ada juga yang time dia susah dia cari kita then bila kita susah dia cabut lari. Ada orang mengadu dekat aku pasal hal ni. Aku akan tanya "KAU TOLONG DIA IKHLAS KE TIDAK?" pastu dia hentak-hentak kaki merajuk. Aik, sekali dengan aku... aku sekali dia marah. Ini tidak adil. Meh, sini nak piat telinga. "BIASA DIA NI, AIP!"

Nak cakap soal hargai, haishhhh satu sahaja aku boleh cakap. Sebelum nak berkawan dengan orang ko kenalah terima orang itu seada-adanya. Kita semua kan tak perfect. Ada baik dan ada buruk. Dan ingatlah setiap kejadian itu adalah sebabnya. Mungkin sebab dia kena pijak dengan gajah dia perangai macam tu kot. Siapa tahukan? Pastu kita cermin diri kita. Kita ni kawan yang baik ke? Adakah kita ni cukup menghargai orang ke? Itulah bila ada orang cakap {Hargai untok yang meng-hargai sahaja}, satu persoalan terpetik di kotak fikiran aku "SIAPAKAH YANG PERLU MENGHARGAI DAHULU KALAU SEMUA MEMEGANG PRINSIP INI?" hurm~

Yer, aku ada kecewa jugak dengan kawan-kawan, Tikam aku dari belakang. Banyaklah kantoi.. aku tahu. Tapi macam biasa, aku selalu buat tak tahu. Aku sabarkan sahaja. Aku diam kan sahaja. YER ADA JUGA ANTARANYA KAWAN BAIK AKU SENDIRI. kadang-kadang aku saja je layan sebab nak tengok sampai mana dia boleh pergi. Tetapi sampai mati aku tak sanggup nak cakap kat orang tu "HEY, JANGAN BERLAKON BOLEH TAK? AKU DAH TAHU..." aku diam dari berkata-kata sebab kesian.

Bagaimana aku merelesekan amarah aku bila kejadian begini? Aku ngaku aku ada cakap belakang, aku cari somebody yang aku percayai dan aku luahkan segala-galanya. So orang itu akan diam je sebab aku akan pot pet pot pet sampai aku puas hati. Lepas tu dah settle aku kembali pada normal. Jangan tiru cara aku ni berdosa giler. Nak buat macam mana aku bukannya malaikat... bukan baik sangat! Siapa suruh yu buat hal dengan mak? Mak mengatalah yu dari belakangkannnn! kikikiki...

Tetapi aku amat hargai dengan semua kawan-kawan aku. Sebab walaupun mereka ada buruk perangai macam aku gak buruk macam beruk. Kalau aku susah, diorang tolong aku. So kena balancelah. Takkanlah diorang buat satu benda buruk kat kita, kita nak buang kawan. Kena tengok kebaikkan dia juga. Macam aku cakapkan tadi NOBODY IS PERFECT. Kita kena terima kawan kita seadanya.

TERUS TERANGLAH, AKU SANGAT SAYANG KAWAN-KAWAN AKU. NOPE SAHABAT-SAHABAT AKU SEBENARNYA. AKU TAHU DIORANG TAHU SIAPA MEREKA. WALAUPUN KADANG-KADANG AKU RASA AKU NI MALANG. TETAPI TIDAK SEBENARNYA SEBAB ALLAH BAGI AKU HARTA YANG BELUM TENTU ORANG LAIN ADA IAITU MEREKA! LAGIPUN ALLAH MANA ADA MENJADIKAN SESEORANG ITU SENTIASA MALANG. SEMUANYA BAIK BELAKA! KITA JE SELALU NAMPAK BURUK, YANG BAIK KITA SELALU TAK PERASAN. TAKKAN KITA RABUN KEBAIKKAN KOTTTT. KALAU ADA, KAT MANA NAK BELI SPEC RABUN KEBAIKKAN? AKU NAK BELI SATU!

arghhhh makkkk sedih noq! menitis air mata anak dara makkkkk ouchhhh!

MORAL: Setiap antara kita ada story-story masing-masing yang kadang kala menyebabkan kita berperangai sesuatu. Kita semua ada baik ada buruk. Kenalah belajar untuk menerima dan menghargai. AKHIR KATA AKAK SHEELA SAYANG UOLS. MUAHHHHH! sekian terima kasih.

20110208

JOM PERGI KUBUR!

Assalamualaikum,


Selepas aku membaca nota di atas... PERGHH!!!!!!! Lagi sekali, apa yang aku rasa PERGHH!!! Walawei la... Kenapa aku nak terasa? Sebab ada pepatah melayu mengatakan "WHO EAT DA CILI, YOULAH TERASA HOTNYA." Hah, ambik kau! Padan muka aku!

Ya, semua orang kampung. Dengar sini, teman nak khabar ni. Teman ni memang sangat ego. Gila raksasa gongon punya besar ego kawan. All my friend always ask me "KAU NI MEMANG BERLAGAK KAN?.. EGO KAN?" Dengan sekali nafas teman melafazkan "Y... E... S... = YES!" Biadap sungguh mereka ini mengatakan kawan secara face to face. But i dont care because i love them like orang gila. DEM YU! (kenapa aku taip rojak-rojak ni? whyyyyy? hellooo, i melayu urban yo! yo! so oreng sekareng cakap campur-campur okeyyy! Baru uptodate yoooo! Baru key yellll yooo! Tengok drama melayu lahhh uols... kachinggg... kaching OMG!!)


Terus teranglah, makcik tak bangga pun dengan sikap terkutuk makcik tu. Tapi makcik... tapi... tapi makcik... aishhhh susahlah makcik nak taip apa yang terfeeling kat hati makcik ni. Nak cakap lagilah susahkan. macam ni lah benarlah firasat-firasat dari ahli phychology bahawa yang sikap seseorang itu bergantung kepada cara dia membesar. Mcm i.. i kut Pak Din. I anak bapak okey. Anak bapak i bukan bapak yu. So uols salahkan bapak i bukan bapak yu okey. Tetiba arwah Pak Din jadi mangsa kannn. "Dad, i'm sorry!" DERHAKA!

Aku sayang kakak aku. Walaupun aku suka cakap kasar dengan dia. Aku suka melawan cakap dia. "Helloooo, i dah besar okey! Dewasa! ... i boleh tentukan hidup i!" Tetapi aku tak boleh tengok kakak aku sedih. Nanti aku terEMOSI. Aku sensitif betul siapa buat kakak aku nanggis. Aku akan jentik hidung dia. Hati-hati yer, aku gangster yer!


Memang aku terasa bila kakak aku kahwin. Sebab aku dah takda geng 24 hours aku. Kawan-kawan... nope sahabat-sahabat aku yang TERRRrapat dan sentiasa memahami aku akan faham. Betapa sayangnya aku kat kakak aku. Aku pernah berikrar akan jaga kakak aku bila hari tua. Sebab masa tu aku risau kakak aku tak kahwin. Aku siap carikan jodoh untuk kakak aku. Ada gaklah kawan-kawan aku jadi mangsa. Aku nak jadikan mereka penjodoh bilangan buat kakak aku. Tapi aku tak bagi tahu kakak aku. Gilerrr... mati kena makan penampar aku kang. Dan pasal aku sayang giler kat dia pun bukan dia tahu pun. Aku mana pernah cakap. Not my style okeyy! Kepala otak dia memang asyik fikir aku adik derhaka je. Bila dia marah aku, aku marah dia balik. Seperti yang aku katakan tadi "Helloooo, i dah besar okey! Dewasa! ... i boleh tentukan hidup i!" Tapi sebenarnya aku dengar cakap dia. Aku buat je apa dia suruh pun. Cuma aku buat macam tu sebab aku nak dia tahu aku dah dewasa bukan budak kecil yer.


Walaupun kami sentiasa bergaduh. Kami rapat. Dari kecil aku tak pernah berpisah dengan si pendek tu. Dia yang membesarkan aku. Cari duit untuk aku makan.. belajar! Ni aku suka beli bajulah apelah.. nak bergaya je keje. Dialah puncanya jugak. Dia yang ajar aku. Bila aku tak siapkan assigment, aku mengelabah sebab nak present final artwork time tu. Kakak aku pun jadi mangsa. Dia mintak cuti tolong aku. Banyak jugaklah dia mintak cuti pasal aku. Buat sahabat-sahabat aku, korang pun tahukan. So tu bila dia sakit ke... apa ke! Aku tak berkira tolong dia. Sebab dia selalu ada bila aku susah. Tapi sekarang, kasih sayang dia dah kurang sikit kat aku dah... dia kan dah ada husband! Arghhhh... mak kesunyian. Tapi aku happy bila tengok dia happy. Sahabat baik aku pun cakap "AKU TAK PERNAH TENGOK KAKAK KO SENYUM MACAM DALAM GAMBAR NIKAH DIA TU CLA. NAMPAK SANGAT DIA HAPPY KAN CLA." Ye sahabatku dia happy tetapi kenapa aku yang sedih.

So bagi merawat hatiku ni, kawan-kawanlah jadi mangsa. Ops! sahabat-sahabat aku yer. Terima kasih menemani diriku yang kesunyian... auwww! Sabar yer korang, bagilah chan kat aku membiasakan diri. I tak biasa dengan life i sekarang. I rasa pelik bila i balik rumah ada lelaki. Ada gak yang biadap, "ko dah kena pindah la weyyyy. Asyik duduk bawah ketiak kakak ko je." Beb, aku dah plan la. Bagi aku masa 2 tahun lagi la. Lagipun kakak aku pun suruh aku duduk dengan dia la. DEM YU!


Masa hari raya cina yang pertama, aku rasa looost giler! Selalu time cuti, aku hangout dengan kakak aku. Sekali kakak aku pergi honeymoon lak. Dia ajak aku ikut. Giler, takmo aku.. GELI~! Aku pergi rumah abang aku. Sekali abang aku pun honeymoon dengan family dia. Hurmmmm... dengan gambel aku pergi Ipoh. 28 haribulan January haritu sebenarnya genap 21 tahun mak aku ke rahmatullah. Aku memang tak rapat sangat dengan arwah mak aku. Tapi aku tahu dia sayang aku. Yup aku pun sayang dia. Kalau mak aku hidup lagi aku rasa mesti aku besh fwenz dengan dia. Tapi masalahnya aku ingat-ingat lupa kubur mak aku kat mana. Setiap tanah perkuburan Islam rasanya satu bandar Ipoh aku singah. Aku check satu-satu batu nisan. Aku pandang phone. Ingat nak call kakak aku ke? Abang aku ke? tapi macam malu je... aku cari sendiri jelah. Giler nanti kantoi yang sebenarnya aku berjiwa bunga. Taknak lah aku diorang tahu. Terutama abang aku. Nanti dia ejek aku. So aku tanya kat orang-orang yang ada di tepi jalan. Tak kiralah orang menjual ke atau hanya berjalan-jalan di tepi jalan. "MAKCIK, TUMPANG TANYA! KAT SINI ADA TANAH PERKUBURAN TAK? SAYA NAK CARI KUBUR MAK SAYA." dan reaksi mereka... pandang aku tak berkelip.

"MAKKKK KAT MANAAA, CLA TAK JUMPAAAA MAKKKKKK!"

MORAL: Hargailah keluarga anda. Tanpa mereka siapalah anda... andaaaa... andaaaaaaa! Ada masa silalah luangkan masa bersama mereka sebelum terlambat. Kerana mereka lebih berharga!