20090928

Pernahkah anda gagal dan kehilangan motivasi diri? Jika ya, TAHNIAH

Assalamualaikum,

Motivasi atas dasarnya berasal daripada perkataan motif yakni bermaksud tujuan. Ataupun sesuatu proses yang dilakukan oleh manusia dalam menzahirkan sesuatu aktiviti tingkah laku untuk mencapai matlamat. Motivasi itu bercorak abstrak, ia sukar difahami dan juga sukar untuk diukur.

Pernahkah korang gagal... pernahkah korang kehilangan motivasi diri? Aku pernah gagal... aku pernah kehilangan motivasi diri 3 tahun lepas. Emosi aku sering tergangu dan sekali sekala aku menjadi sakai. Kalau diingatkan balik, aku mesti gelak besar... "BODOH!." Kini kes tu telah membuat aku malas untuk serius dalam hidup dan menjadi lebih nakal... auwww! POYO arghhh... :)!

Tetapi kerana motivasi jugalah aku hilang motivasi... pening bukan! Bukan ke motivasi itu adalah stimulasi atau semangat akibat ransangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini. Kerana 3 tahun lepas aku dah rancang segala-galanya untuk masa depan aku. Dan aku begitu bersungguh-sungguh sepenuh jiwa dan raga untuk merealisasikan impian aku itu. Tapi... "KABOOM"... terbarai! Sekelip mata.... demmit! Mana aku tak jadi sakai. Alhamdulillah, sebaik aku tak jadi beruk. Tetapi aku akur, akur terhadap hukum hakam dunia. Aku harus terima segala-gala dugaan dari Maha Pencipta. Jadi sekarang aku malas lagi nak hidup bersedih dan pening kepala. Kadang-kadang ada orang ingat aku ni pentingkan diri sendiri. Aku cuma malas nak pikir dan aku mahu bebas TITIK.

One day, aku lepak denagan 2 klik aku. Kami berbincang mengenai kehidupan... kisah suka duka! aku mungkin tidak dapat merasakan apa beban diorang tanggung. Tapi aku faham apa beban yang diorang rasai. setiap manusia akan diuji oleh Allah SWT. Cuma ujiannya berbeza-beza. Dalam Al-Quran Allah SWT ada berfirman. "Apabila Allah sayang kepada umatnya maka akan ditiup seruling kesenangan padanya." Kesusahan dan kesedihan seteruk mana sekalipun, mengadulah kepada Allah SWT. InsyaAllah Allah SWT akan bantu tetapi bukanlah doa hari ini dan esok diperkenankan. Allah SWT beri ujian kepada kita kerana dia tahu kita mampu melaluinya. Wahai beb-beb ku sekalian, sabar dan taqwa itulah jawapannya... InsyaAllah! Carilah kekuatan dan sinar harapan ketika dahi mencecah sejadah. Dan aku bukanlah ustazah, aku ni kawan korang tau... aku memang tengok macam tak ambik tahu tapi aku sentiasa untuk korang :)! InsyaAllah...

10 teknik untuk membina motivasi diri:
  • Ubah penampilan diri untuk nampak lebih cun dan cute
  • membuat senaman contohnya lari setempat
  • menghadiahkan senyuman pada semua orang
  • berfikiran positif
  • memaafkan semua orang
  • mencatit diatas kertas jika hadapi masalah dan cari penyelesaiannya
  • mengadu dan berdoa kepada Allah SWT
  • melakukan hobi yang diminati
  • tekad dan tegas dalam menbuat keputusan

MORAL: Setiap apa kita lalui atau miliki kini adalah kurniaan Allaht SWT. Ingat jangan time susah je cari Allah SWT. Dah la jangan la sedih-sedih... :)

20090927

Apakah anda mahu dalam hidup anda?

Assalamualaikum,

Sebelum ni tidak terlintas lansung dalam pemikiran nak membuka akaun blog-blog seperti ni. Bagi aku, ianya hanya membuang masa. Bagi aku, pembuka akaun blog hanya ingin perhatian. Bagi aku, pembuka akaun blog itu hanya 'poyo' nak membuka pekung di dada. Tapi malam ini, aku berubah fikiran. Aku tak tau kenapa, mungkin... mungkin... mungkin dan mungkin. Aku pun dah jadi 'poyo' kot. Itulah pendek kata orang zaman sekarang 'cakap tak serupa bikin'.

Pernahkah anda terfikir apakah anda mahu dalam hidup anda? Mungkin persoalan inilah membuat aku tergatal tangan nak menaip blog. Dah lama sangat persoalan itu terbelit-belit dalam kotak fikiran aku. Dah bersimpul mati nak leraikan pun susah. Dan yang pasti, sampai sekarang aku tidak ada jawapan. Aku blur macam kene sihir. Kejap aku nak mencari 'si kesenangan', sekejap aku mencari 'si kegamaan', esoknya pulak aku nak cari 'si kebebasan'. Akhirnya aku hanya berjumpa pada 'si keMASALAHan'. Padan muka aku yang 'poyo' ni.

Apabila ketidakpuasan hati aku ni memuncak-muncak, aku pernahlah bertanya kepada beberapa kawan-kawan aku. 'Kau agak-agak apakah kau nak dalam hidup kau ni?' Kebanyakkannya diam, pandang pada satu objek... mereka tenung... tenung dan tenung. Last-last jawab 'entah!'. Bila dia tanya aku balik, aku pun jawab entah. Tapi ada juga yang ada jawapan, cuma punyalah banyak benda dia nak. 'Tapi' ... bila aku sebut ke.. taip ke perkataan 'tapi' ni. Aku teringat pada seorang kawan aku, dia cukup pantang pada perkataan 'tapi'... 'tapi' ni. Okey, kiter sambung balik tapi tersebut... tapi aku pun kadang-kadang banyak benda gak aku nak. Aduyaiii... pulak dah!

Akhirnya, aku rasa kebanyakkan tidak tahu apa yang diorang nak. Mungkin ada yang tahu. Dan yang pasti hajat setiap orang itu sentiasa berubah-berubah rite. Dan itulah penyebab, semua orang ada banyak benda yang diorang nak. Sehinggalah tak tahu mana satu yang menjadi keutamaan. Hah, kiranya persoalan "Apakah anda mahu dalam hidup anda? itu terjerumus dalam linkungan permintaan manusia bukanlah satu keperluan. eh, yeke! kalau dipikirkan balik, jika kita tidak fikirkan apa yang kita mahu dalam hidup ini. Seolah-olah kita tidak ada arah hidup... kan? pening bukan... hmmmm

MORAL : Bersyukurlah apa yang kita ada dan bersungguh-sungguhlah apa kita hajati... dan tak payah lah nak pening kepala :P