Assalamualaikum,
Sebelum ni tidak terlintas lansung dalam pemikiran nak membuka akaun blog-blog seperti ni. Bagi aku, ianya hanya membuang masa. Bagi aku, pembuka akaun blog hanya ingin perhatian. Bagi aku, pembuka akaun blog itu hanya 'poyo' nak membuka pekung di dada. Tapi malam ini, aku berubah fikiran. Aku tak tau kenapa, mungkin... mungkin... mungkin dan mungkin. Aku pun dah jadi 'poyo' kot. Itulah pendek kata orang zaman sekarang 'cakap tak serupa bikin'.
Pernahkah anda terfikir apakah anda mahu dalam hidup anda? Mungkin persoalan inilah membuat aku tergatal tangan nak menaip blog. Dah lama sangat persoalan itu terbelit-belit dalam kotak fikiran aku. Dah bersimpul mati nak leraikan pun susah. Dan yang pasti, sampai sekarang aku tidak ada jawapan. Aku blur macam kene sihir. Kejap aku nak mencari 'si kesenangan', sekejap aku mencari 'si kegamaan', esoknya pulak aku nak cari 'si kebebasan'. Akhirnya aku hanya berjumpa pada 'si keMASALAHan'. Padan muka aku yang 'poyo' ni.
Apabila ketidakpuasan hati aku ni memuncak-muncak, aku pernahlah bertanya kepada beberapa kawan-kawan aku. 'Kau agak-agak apakah kau nak dalam hidup kau ni?' Kebanyakkannya diam, pandang pada satu objek... mereka tenung... tenung dan tenung. Last-last jawab 'entah!'. Bila dia tanya aku balik, aku pun jawab entah. Tapi ada juga yang ada jawapan, cuma punyalah banyak benda dia nak. 'Tapi' ... bila aku sebut ke.. taip ke perkataan 'tapi' ni. Aku teringat pada seorang kawan aku, dia cukup pantang pada perkataan 'tapi'... 'tapi' ni. Okey, kiter sambung balik tapi tersebut... tapi aku pun kadang-kadang banyak benda gak aku nak. Aduyaiii... pulak dah!
Akhirnya, aku rasa kebanyakkan tidak tahu apa yang diorang nak. Mungkin ada yang tahu. Dan yang pasti hajat setiap orang itu sentiasa berubah-berubah rite. Dan itulah penyebab, semua orang ada banyak benda yang diorang nak. Sehinggalah tak tahu mana satu yang menjadi keutamaan. Hah, kiranya persoalan "Apakah anda mahu dalam hidup anda? itu terjerumus dalam linkungan permintaan manusia bukanlah satu keperluan. eh, yeke! kalau dipikirkan balik, jika kita tidak fikirkan apa yang kita mahu dalam hidup ini. Seolah-olah kita tidak ada arah hidup... kan? pening bukan... hmmmm
MORAL : Bersyukurlah apa yang kita ada dan bersungguh-sungguhlah apa kita hajati... dan tak payah lah nak pening kepala :P
No comments:
Post a Comment