20100825

AKU NAK NIKAH

Assalamualaikum,

Pernah atau tidak kamu terasa DENGKI, IRI HATI, JEALOUS atau sewaktunya dengan sibling kamu. Jangan nak tipu, kalau tak banyak mesti ada sedikit kan? Mesti ada perasaan MELUAT pernah timbul dibenak kamu bila melihat salah seorang sibling kamu dimanja-manja lebih oleh parents kamu kan. Mendapat layanan first clas ataupun lebih afdal dipanggil ANAK EMAS. Hah, adakan? kan... kan...????

Dulu masa zaman kanak-kanak aku, aku memang jelous habis dengan adik aku. I DON'T LIKE MY ADIK huhhhh! Ini kerana, mak aku sayang sangat dengan adik aku. Sikit-sikit adik aku... sikit-sikit adik aku. NYAMPAHHHHH!!! Bila adik aku yang buat hal. Siapa yang dipersalahkan? Aku jugak... Siapa yang kena marah? Aku jugak... Siapa yang kene pukul? Aku jugakkkkkkkkkkk. Yang paling aku tak puas hati, masa mak pregnent aku. MAk minum kopi. Tetapi bila mak pregnent adik aku. Dia minum susu. Sekarang aku nak tanya, SIAPA YANG HITAM? AKU JUGAKKKKKKKKK.Tengoklah, tak adil kan.

Arwah mak dulu bussinesswoman secara part time. Kerja full time dia HOUSEWIFE. Dulu mak buka both jual ikan depan rumah. Ramai gak la makcik-makcik jiran tetanga datang membeli sesambil mereka mengumpat. Masa itu umur aku 5 tahun dan adik aku 4 tahun. Mak suruh aku jaga adik aku. So kami lepak depan pintu gate tengok mak jual ikan.

"Cla, tahu tak orang jerit apa sambil pegang bendera?"

Tiba-tiba adik aku bersuara sambil tunjuk-tunjuk bendera gula-gula dia. Aku nak bagi tahu ni, bendera gula-gula tu aku tak dapat tau. Adik aku je yang dapat. Nak dipendekkan cerita, dekat tv ketika itu keluar lagu "Tanggal 31".

"Hah, yang ini la cla!"

Adik aku belari... melompat-lompat di depan tv.

"Ko nak tahu. Meh, sini!"

Aku sok sek... sok sek.. bisik kat telinga adik aku. Adik aku aguk-aguk tanda faham.

"Kau kena panjat gate ni. Lepas tu ko kena jerit kuat-kuat tau. Baru semua orang boleh dengar."

Adik aku mula memanjat gate mengikut arahan.

Aku yang comel: Satu.. dua... tiga... hah jerit!
Adik aku: AKU NAK NIKAHHHHHH... AKU NAK NIKAHHHHH...!
Aku yang comel: Kau kena jerit kuat lagi.

Dengan menarik nafas dalam-dalam. Adik aku menjerit sekuat hati "AKU NAK NIKAHHHHHHHHHH!!!" sambil mengibar-gibarkan bendera...

"Madi, turun... turun. Nanti jatuh.. isk, turun... turun"

Mak menjerit dari luar. Mak kelihatan begitu risau. Risau anak kesayangan dia jatuh la tu. Hurm, tak suka.

"Jah, nampaknya kau dah nak dapat menantu ni. Kami boleh la tumpang makan nasi minyak tak lama lagi."

Aku terdengar client-client mak tergelak-gelak berdekah-dekah. Aku tersenyum puas. Padan muka adik aku. Kembang kempis hidung aku sebab suka dapat kenakan anak kesayangan mak. Ahahahhahahaha... aku gelak guling-guling.

"CLAAAAAAAAAA....!"

Mak pandang aku dengan biji mata yang sangat bulat. Hurm habis la i, birat lagi la bontot i.... lariiiiii... lariiiii laju... lajuuuuuuu dari makkkkk.

MORAL: selain kita perlu memerdekakan diri dari gegaman atau gangguan asing. Kita juga perlu memerdekakan fikiran kita dari hasad dengki. Barulah hidup kita aman dan ceria. Orang pun sayang kita. :)

20100808

HANTU MENGAJAR MENGUCAP

Assalamualaikum,

Bila tiba bulan Ramadhan, aku pasti akan teringat satu peristiwa. Waktu itu, aku masih di alam persekolahan menenggah. Peristiwa itu kalau diingatkan balik amat mengerunkan. Penuh seram dan amat menakutkan.

Aku mempunyai seorang kawan yang suka mengajak aku ke masjid untuk solat Tarawih. Kadang-kadang aku malas nak join. Rasukkan syaitan melalui program-program televisyen yang amat mengujakan, membuatkan lagi aku malas pergi ke masjid. Maka aku mula create pelbagai alasan untuk memboloskan diri.

truttttt.... trutttttt (telefon rumah berbunyi)

SM: Cla, ada?
Aku: yup..
SM: Cla, malam ni pergi tarawih tak?
Aku: akuuu.... aku x pergi laa... aku period...
SM: Ok... bye

Hakikatnya, aku puasa je hari itu. Hihihihi... kawan aku dah kena tipu. Ianya berlanjutan ke hari... hari seterusnya... Alasan aku "Aku Period"! Tetapi hari yang penuh bersejarah itu...

truttttt.... trutttttt (telefon rumah berbunyi)

SM: Cla, ada?
Aku: yup..
SM: Cla, malam ni pergi tarawih tak?
Aku: aku period...
SM: Ko takkan hari-hari period kot..
Aku: akuuuuu...
SM: Aku tunggu kau datang rumah aku. Cepat sikit jangan lambat..

Adoi, dia dapat hidu penipuan aku. Malas tak terkata, aku bangun bersiap-siap. Lemah gemalai aku menghayunkan kaki aku ke arah rumahnya. Dari jauh aku dah nampak susuk badan minah itu sambil mencekak pinggang.

SM: Cepat la sikit, dah lambat ni!
Aku: yerla... yerla

Aku berlari-lari anak mengejar minah itu.

Aku: Wey, kenapa kau ikut jalan ni. Jalan ni kan keras sikit..
SM: Isk, tak ada apa la kot. Kan sekarang bulan Ramadhan, kan hantu semua dah kena ikat...

Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Aku memandang kiri.. kanan... bulu roma aku mula mengemang. Tetiba dihadapan kami kelihatan makhluk yang amat mengerunkan tertanam separuh badan. Senang cerita hantu la. Badannya betul-betul menghadap tepat ke arah kami. Makhluk itu merenung tajam.

Aku: Kan aku dah cakap tadi. Ko degil... Sekarang ni macam mana ni...

SUNYI~

Aku: Wey, ko dengar x. Sekarang kita nak buat macam mana ni...

SUNYI~

aku toleh memandang belakang. Rupa-rupanya kawan aku dah chow meninggalkan aku berdua-duaan dgn hantu tetanam separuh pinggang itu. Kaki aku mengeras membatu. Aku terketar-ketar menahan ketakutan. Aku dan hantu itu saling pandang memandang... jeling- menjeling... aku senyum... hantu tu pun senyum. Maka aku mengambil keputusan untuk mengucap. Aku redha akan ketentuan ilahi...

Aku: Ashhaduallah... (sampailah habis)

aku nampak hantu itu senyum. Aku mengucap kembali.

Aku: Ashhaduallah... (sampailah habis)

Hantu itu mula tergelak. Kali ini aku mengucap lebih kuat...

Hantu tertanam separuh badan: Mengucap pun salah (sambil tergelak)

Aku terus mengucap lebih kuat volumenya.. aku mengucap tanpa henti sambil memejam mata... tetiba aku terasa sejuk. Aku membuka mata... aku terperanjat. Dihadapan aku kini adalah abang aku yang sedang memegang baldi.

Abang: Ko ni macam-macam hal la...

Aku pandang kiri kanan, aku kat bilik rupanya. Aku tengok jam menunjukkan pukul empat pagi. Alhamdulillah, ianya hanya la mimpi.... phewww~

MORAL: Jum pergi Tarawih... :)