Assalamualaikum,
Bila tiba bulan Ramadhan, aku pasti akan teringat satu peristiwa. Waktu itu, aku masih di alam persekolahan menenggah. Peristiwa itu kalau diingatkan balik amat mengerunkan. Penuh seram dan amat menakutkan.
Aku mempunyai seorang kawan yang suka mengajak aku ke masjid untuk solat Tarawih. Kadang-kadang aku malas nak join. Rasukkan syaitan melalui program-program televisyen yang amat mengujakan, membuatkan lagi aku malas pergi ke masjid. Maka aku mula create pelbagai alasan untuk memboloskan diri.
truttttt.... trutttttt (telefon rumah berbunyi)
SM: Cla, ada?
Aku: yup..
SM: Cla, malam ni pergi tarawih tak?
Aku: akuuu.... aku x pergi laa... aku period...
SM: Ok... bye
Hakikatnya, aku puasa je hari itu. Hihihihi... kawan aku dah kena tipu. Ianya berlanjutan ke hari... hari seterusnya... Alasan aku "Aku Period"! Tetapi hari yang penuh bersejarah itu...
truttttt.... trutttttt (telefon rumah berbunyi)
SM: Cla, ada?
Aku: yup..
SM: Cla, malam ni pergi tarawih tak?
Aku: aku period...
SM: Ko takkan hari-hari period kot..
Aku: akuuuuu...
SM: Aku tunggu kau datang rumah aku. Cepat sikit jangan lambat..
Adoi, dia dapat hidu penipuan aku. Malas tak terkata, aku bangun bersiap-siap. Lemah gemalai aku menghayunkan kaki aku ke arah rumahnya. Dari jauh aku dah nampak susuk badan minah itu sambil mencekak pinggang.
SM: Cepat la sikit, dah lambat ni!
Aku: yerla... yerla
Aku berlari-lari anak mengejar minah itu.
Aku: Wey, kenapa kau ikut jalan ni. Jalan ni kan keras sikit..
SM: Isk, tak ada apa la kot. Kan sekarang bulan Ramadhan, kan hantu semua dah kena ikat...
Aku tiba-tiba rasa tak sedap hati. Aku memandang kiri.. kanan... bulu roma aku mula mengemang. Tetiba dihadapan kami kelihatan makhluk yang amat mengerunkan tertanam separuh badan. Senang cerita hantu la. Badannya betul-betul menghadap tepat ke arah kami. Makhluk itu merenung tajam.
Aku: Kan aku dah cakap tadi. Ko degil... Sekarang ni macam mana ni...
SUNYI~
Aku: Wey, ko dengar x. Sekarang kita nak buat macam mana ni...
SUNYI~
aku toleh memandang belakang. Rupa-rupanya kawan aku dah chow meninggalkan aku berdua-duaan dgn hantu tetanam separuh pinggang itu. Kaki aku mengeras membatu. Aku terketar-ketar menahan ketakutan. Aku dan hantu itu saling pandang memandang... jeling- menjeling... aku senyum... hantu tu pun senyum. Maka aku mengambil keputusan untuk mengucap. Aku redha akan ketentuan ilahi...
Aku: Ashhaduallah... (sampailah habis)
aku nampak hantu itu senyum. Aku mengucap kembali.
Aku: Ashhaduallah... (sampailah habis)
Hantu itu mula tergelak. Kali ini aku mengucap lebih kuat...
Hantu tertanam separuh badan: Mengucap pun salah (sambil tergelak)
Aku terus mengucap lebih kuat volumenya.. aku mengucap tanpa henti sambil memejam mata... tetiba aku terasa sejuk. Aku membuka mata... aku terperanjat. Dihadapan aku kini adalah abang aku yang sedang memegang baldi.
Abang: Ko ni macam-macam hal la...
Aku pandang kiri kanan, aku kat bilik rupanya. Aku tengok jam menunjukkan pukul empat pagi. Alhamdulillah, ianya hanya la mimpi.... phewww~
MORAL: Jum pergi Tarawih... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adakah kawn ko SM yang ajak p terawih tu aku ? hehhehe ...rindu akan zaman itu cla ..
ReplyDeletehahahhaaa... jom2. ari slasa mlm aku amek ko kat umh k :D
ReplyDeleteyer la SMMS u la saper lg laling... ko x ambik aku pun shada :(
ReplyDelete