20110124

PUTUS CINTA

HUJUNG MINGGU BARU LEPAS INI

"Beb, sorry beb! Aku dah tak tahu nak minta tolong siapa lagi? Ko jelah kawan aku dunia akhirat."

Aku pandang depan. Consertrate pandang jalan. Benci... benciiiiiiiiiiiiii...

"Lagipun aku taknak orang lain tahu aku buat kerja ni. Maluuuuuu laaaaa aku beb!"

Aku diam~

"Beb ko marah aku ke? Diam je dari tadi"

Aku mengeleng bagi senyuman perli... ngada-ngada... nyampah... nyampahhhhhhhh

"Ko parking kat sini... hah, sini! Terlindung sikit!"

Aku menurut perintah.

Aku paling tengok kawan aku kat sebelah. Kusyuk tengah terhendap-hendap. Kemain panjang betul leher. Dah macam zirafah aku tengok. Hi... hi... hi... dia sengih-sengih selepas dia terperasan aku tenung dia.

"Beb, kereta dia tak ada kat rumah? Aku call dia tak dapat. Dia pergi mana ni? hishhhh geramnyeeee akuuuu..."

Aku tengok kawan aku dail... dail... dail... dail... dan dail... dan daillll...

"Arghhhhhh... dia pergi mana ni? Bela betina lain ke apa ni?"

"Rileks... rileks... cool down. Dia keluar ada hal kot. Maybe phone dia habis bateri ke?"

Kawan aku sambung dail... dail... dail... dannnnn daillllll....

"Ko ni... jap lagi dia balik la tu... kalau 24 hour dia tak muncul-muncul, hilanglah kiranya kita pergi report polis! So ko cool dulu. Kita tunggu dia ok?"

Agak dalam setengah jam gak la kitorang diam dalam kereta. Aku tengok kawan aku dah berair mata. Tersrot-srot tahan hingus dari keluar. Sedih benar dia.

"Beb, aku takutlah kalau dia ada perempuan lain. Kalau dia ada orang lain.. dia tinggal aku! Beb, aku tak boleh hidup!"

Makin kuat esakkan kawan aku ni. Aku tak tau nak buat aper. Aku hanya tepuk-tepuk bahu dia. Aku try pujuk. I try ma best.

"Aku mesti rasa hilang something. Dia selalu ada tetiba tak ada. Macam sunyilah nanti hidup aku..."

Dia keluarkan phone. Mendail kembali... dail... daillll... daillllll dan dailllll...

"Cla, ko tak sunyi ke?"

"Ko ni kenapa tetiba tanya aku macam tu?"

"Aku tengok ko dah lama sorang-sorang. Ko tak bosan ke? Ko tak nak cari boyfriend baru ke?"

"Hahhhh... aaaa... erkkkk.... aaaaa....."

"Aku tak kuat macam kau, beb! Boleh ajar aku kuat macam ko?"

"Kau ni mengada-ngadalahhh... aku lempang kang baru tau."

Dia dail lagi.. lagi dan lagi... dan lagiiiiiii.... Aku rasa dari tadi dia tak berhenti-henti mendail.

"Asal ko sayang sangat dengan mamat ni?"

Diam~ Tangan masih mendail...

"Dia dah lain beb. Sekarang aku call selalu tak dapat. Aku sms lambat balas. Selalu busy. Kalau kau jadi aku, kau buat ape?"

"Aku blah cari orang lain." Aku hanya mampu jawab dalam hati sebab tak sanggup.

"Kau diam je. Kau mesti bosan dengan aku kan?"

Aku mengeleng. Aku kesian kat dia....

"Aku kagum betul dengan kau. Ni dah kali ke berapa aku teman kau jadi stalker kat rumah boyfriend kau ni. Kau cakap aku kuat.. aku rasa kau lagi kuat."

Dia pandang aku.. Serabut benar aku tengok muka... Mata merah... hidung merah... rambut serabai....

"Aku bukan perli kau... Aku puji kau! Sebab kau berusaha untuk... alaaa kau pun faham kot maksud aku."

"Tu la aku bodoh kan Cla..."

"Kau tak bodoh... kau tak bodoh... alaaaaa ok la aku diam la."

Sampai ke sudah aku blur... aku banyak dengar je dia merapu.... selepas itu dia dah dapat hubungi mamat tu. Dan pagi tadi aku dapat sms dia yang mamat tu minta putus dengan dia. Dan sampai sekarang aku tak dapat hubungi dia. HOPE DIA TAK BUAT BENDA BODOH.... amin~

MORAL:
Orang-orang yang putus cinta ni sebenarnya tak perlukan nasihat. Sebab sebanyak mana nasihat mesti dia tak dengar punya. Cuma mereka perlukan teman untuk diorang meluahkan perasaan. Temankan diorang. Dan berikanlah mereka masa.


Nak belajar tentang cinta? Grrrrr... meow... meowwwwww! Taipkan ON CINTA ke 12345. Kikikikiki~ arghhhh, aku risau... dimanakah kamu wahai sahabatku?

20110113

Si Gadis



SI GADIS

Lirik: Wani Ardy
Puisi: Fynn Jamal
Melodi: Ana Raffali
...(Hanya terdapat dalam CD komplimentari Tiga Venus)

Menjadi gadis itu memenatkan
Menjadi gadis itu merimaskan
Suatu kerja berat dan membeban
Menjadi gadis yang ingin sendirian berjalan

Keterlaluan berani akan dibenci
Keterlaluan lemah akan dikeji
Perlu gagah dan tak reti tewas
Perlu kuat dihenyak, dicantas

Si gadis menelefonku malam itu
Teresak mencerita jiwa luluh
Dihiris bahasa tajam dari mulut
Si gadis tiada daya menutup

Lalu aku membalas
Bukan tugasmu memuas
Manusia berbeza
Minda tak akan sama

Si gadis terus meluah hampa hati
Perlakuannya salah serba serbi
Semakin keliru dengan mahu diri
Si gadis soal “bagaimana lagi?”

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Kita gadis memang sering menyongsang rasa
Mana cinta, mana rasa, mana dia
Dengar sini; mahalkan air jiwa kamu
Simpankanlah dan hulurkan hanya pada dia itu

Lalu aku berkata
Biar nalurimu beraja
Mana hujung sempurna
Pada manusia

Perlu tabah
Perlu gagah
Usah resah
Usah goyah

Ayuh gadis
Berhentilah kau menangis.

20110106

Terima Kasih Segalanya

Assalamualaikum,

Hihihihihi, haiiiiii hidup! Hadapkan sahaja... hihihihii! Anyway, terima kasih banyak-banyak kat semua orang. Tetapi aku nak wish terlalu banyak terima kasih buat semua bos-bos. SPEACIAL THANKS BUAT KAK IRA, KAK SHADE DAN KAK MUS. SEBAB BANYAK TOLONG AKU. TERLALU BANYAK. Anggap sahaja semuanya tak ada rezeki. Semua yang berlaku tak dikesali tetapi akan sentiasa menjadi iktibar buat semua pihak. THANK YOU and PEACE NO WAR! Life must go on bebeh... ahahhaha :)!

Terimalah lagu yang sentiasa berada carta no1 di hatiku. Sila tutup dahulu lagu twinkle-twinkle dan hayati liriknya. Dan diriku menyediakan sekali lyrics supaya anda di luar boleh berkaraoke... kikikiki (cewahhhhhh giler geli aku baca statment ini)



Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

20110104

Penghijrahan

Assalamualaikum,

Genap sudah empat hari di dalam tahun 2011. Nyata sekali umur aku akan berganjak ke satu lagi anak tangga. Maka lagi dua tahun, aku akan masuk ke alam three series. Check.. check ada uban ke tidak! sambil mengaru kepala. Penghijrahan namanya ini.

Bila kita makin berumur, maka makin banyaklah penghijrahan akan berlaku dalam hidup. Cuba kawan-kawan fikir-fikirkan sejenak. Dahulu bila kita makan dekat restaurant selalunya siapa yang support? mak bapak kitakan? Bila dah bekerja ni, kita bayar sendiri kan? Then bila dah ada anak, kita pula bayarkan untuk anak-anak kita. Umpama roda, berputar-putar sehinggalah kiamat. Pernahkah kawan-kawan fikirkan mati? Bagaimanakah rasanya bila nyawa ditarik dari tubuh? Apalah hukuman yang bakal dikenakan ke atas diri yang hina ni yang nyata banyak dosa? :) Dari hidup ke mati itu adalah satu penghijrahan juga.

Zaman muda remaja la sangat

Salah satu penghijrahan yang takkan aku lupakan ialah bila aku mengambil keputusan untuk memakai tudung. Terus-terang, aku mengambil keputusan untuk menutup rambut aku dalam masa satu malam sahaja. :)! Bila orang tanya aku kenapa aku mengambil keputusan secara drastik? Aku ubah tajuk perbualan. Aku takut nak ingatkan balik.

Aku tumpang happy, bila aku dapat tahu bila kedua-dua kawan rapat aku telah memilih keputusan yang sama macam aku. Bila aku tanya kenapa? Jawapan mereka... kerana hati. Hati asalnya dari ciptaan? Anda tahu jawapannya :)! Alhamdulillah...

Hari ini... ya hari ini entah tak tahu kenapa aku rasa macam nak sharekan kejadian malam itu. Aku bukan nak hebahkan tentang keburukkan aku. Cuma aku nak orang-orang kat luar sana jangan jadi macam aku. YA JANGAN JADI MACAM AKU.

Aku ni dahulu pemberontak. Aku tak memberontak dengan cara luaran seperti baling-baling barang tu. Aku memberontak dalam hati.Aku sangat bebas. Aku boleh buat apa sahaja yang aku nak. Kakak dengan abang aku busy. Diorang cari duit nak besarkan aku. Makanya apa yang aku buat tak ada family aku yang tahu. Aku punya report card pun, aku tanda tangan sendiri. Kakak dengan abang aku pun tak tahu result aku. Abang aku selalu cakap, "kena jaga diri sendiri, kena berdikari. Bukan untuk siapa. Untuk diri sendiri." Dan inilah juga ayat yang selalu Pak din pesan kat aku. So takkanlah aku bodoh nak rosakkan masa depan aku.

penghijrahan nora jadi mak budak

Tetapi kenapa aku cakap aku pemberontak. Sebab hati aku? Apa yang ada dalam hati ni, manusia lain tak tahu. Cuma aku dengan pencipta hati ni sahaja yang tahu. Aku suka terbitkan persoalan yang bukan-bukan. Kadang-kadang lahirlah andaian yang aku rasa kurang elok.

Dulu aku suka lepak kat taman KlCC, kawan aku la ni yang ajar. Bila aku sedih... bila aku marah apa yang berlaku sekeliling aku... aku lepak kat area batu yang dekat pondok guard Taman KLCC tu. Kat tepi-tepi tu la. Aku pandang bangunan KLCC sesambil aku tengok orang lalu lalang. Masa tu ligatlah kepala otak aku fikir. Kenapa? Apakah? Bagaimana? Maklumlah time tu parking kat KlCC yang dekat The Zon tu seringgit je sekali masuk. Perubahan harga barang juga adalah satu penghijrahan juga yer!

Pada suatu hari, aku rahsiakan apa yang aku marah sangat sampai aku boleh terfikir sebenarnya Allah SWT itu tak wujud. Hah, yang inilah aku cakap jangan ikut tu. Aku marah Allah SWT. Aku jerit cakap dalam hati. Kalau Allah SWT itu wujud kenapa tak tolong aku? Aku cakap dalam hati, aku benci Allah SWT. Nauzubillah, janganlah jadi macam aku.

Aku ingat lagi masa aku nak blah dari situ. Aku lalulah kat depan Masjid KLCC nak ke parking. Time tu azan Maghrib, korang nak tahu apa aku cakap dalam hati. "DAH LAH MEMEKAK JE, TIPU BENDA NI SEMUA. APASAL NAK SEMBAHYANG, BUKAN BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH PUN. BAGI MASALAH LAGI KAT AKU ADALAH. PENIPU!!!" Ingat janganlah jadi macam aku ni. Dan aku perasan time tu ada satu makhluk... bentuk memang macam manusia tapi tak jelas. Aku perasan warna hitam. Dia macam tenung aku. Aku jeling je sambil hati aku bebel-bebel tak puas hati. Tapi aku rasa semacam, aku ingat lagi bulu roma aku naik meremang.

Balik tu aku tidur. Hah, ambik kau! Aku mimpi.. hurmmmm! Kat sini aku boleh cakap, aku sakit. Aku tak pernah rasa sesakit itu. Aku meraung, aku minta tolong tiada siapa yang dapat tolong. Sakitnya ya Allah, kau ampunkanlah dosa aku ya Allah! Maaf ya Allah, maafkan aku. Aku menangis-nagis. Tetiba aku terjaga, aku rasa sakit sangat dada aku. Macam baru dapat nafas balik. Aku menangis-nagis. Aku mimpi aku kena seksa. Aku ingatkan aku dah mati. Apakah seksaannya, aku rasa biarlah rahsia. Aku dengar azan subuh, aku bangun aku mandi aku sembahyang. Aku nangis minta maaf.

Aku tak mahu pergi kerja. Sekali adalah kakak office lama aku call. Dia tanyalah aku nak pergi kerja tak. Sebab office lama aku, bila hari Jumaat bos belanja breakfast. AKu cakap kat dia, aku tak ada tudung macam mana nak pergi kerja. Aku ingat lagi bos aku datang rumah ambil aku. Wife dia bagi aku tudung hari itu.

Dugaan yang aku dapat selepas aku pakai tudung ialah yang pertama, ada seorang kawan rapat aku menjauhkan diri dari aku percayalah aku sayangkan dia, yang kedua ex-bf aku bagi salah satu alasan dia tak boleh dengan aku sebab dia jahat tak sesuai nak ubah aku jadi angel. Dan yang ketiga, Aku ada pergi satu interview kat satu company advertising, bosnya suruh aku buka tudung kalau nak bekerja kat situ sebab suasana kerja dekat situ tak sesuai untuk orang memakai tudung. Jangan terkejut, bosnya orang Islam.

penghijrahan yang kat kepala mereka

Pergh macam-macam dugaan yang aku dapat. Tapi ntah, aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan nak menghadap semua benda tu. Sebab hati ini aku rasa kot hurmmm tidak kerana aku pasti dari pencipta hati ini. Aku ngaku aku belum betul-betul berubah. Aku masih ada kejahilan. Aku masih lagi lalai. Tetapi aku berusaha untuk berubah secara perlahan-lahan. Aku ni masih lemah sebab aku kadang-kadang terhanyut juga dengan godaan syaitan. Isk... Isk... Isk

ps: ahahahha, lepas ni bertambahlahhhh customer i. Alhamdulillah... lai... lai... lai tudunggg panas... baik punyaaaa

MORAL: Percayalah setiap kejadian itu ada sebab. Allah SWT sangat sayangkan kita semua. Dugaan setiap apa yang berlaku itu adalah cara dia menegur kita. Kita je selalu tak ingatkan DIA. Dan setiap hari, setiap waktu, setiap masa, setiap minit, setiap saat dan setiap detik. Kita semua melakukan penghijrahan dalam hidup kita.

20110103

Penyakit merbahaya

Assalamualaikum,

Ahahahahha... kenapa aku gelak? Sebab aku sudah gilak! Ahahhahaha... mari gelak lagi. Ahhahahhahaahhaa... haishhh kelakar la hidup ni. Apa-apa sahajalahhh... Ahahhahahah. Gelak lagi... gelak sambil jongget jum... Ahahhahaha! Seronok betul lah. Dahlah malas aku nak fikir. Baik aku tengok fashion-fashion terkini. Lagi best.... Ayuh!

Fashion adalah penampilan yang mampu memberi tanggapan orang sekeliling terhadap keperibadian seseorang. Mungkin negatif... mungkin positif semuanya bergantung kepada pemilihan pakaian, warna, corak dan aksesori. Selain itu cara pembawakan diri juga amat penting.

Dengan berfashion, seseorang itu boleh mengekspresikan mood selain mencerminkan siapa dirinya yang sebenar. Tapi biarlah bersesuaian dengan empunya badan supaya tidak kelihatan keterlaluan dan kelakar. Senang cerita takdelah jadi "MANGSA FASHION"! Itulah pentingnya membuat survey dahulu sebelum membeli. Yup, aku pun pernah merasai kes tersilap pilih baju ni. Sekali gus tahap keyakinan aku turun time itu. Mulalah aku duduk tempat tanpa gerak-gerak. Aku tak sennag duduk. Aku rasa semua orang pandang aku.... tengah ejek aku! Maluuuu... tapi kadang-kadang hanya perasaan je tu.

Time-time aku sengal, aku suka mengular kat internet tengok-tengok style-style terkini. Aku suka round-round kat blog-blog baju. Aku tengok blog-blog fashion. Mana berkenan aku copy gambar tu. Pastu aku cari baju ala-ala macam style tu. Kadang-kadang kita tak perlu beli barang mahal pun. Kena pandai cari. Kena tahu warna yang sesuai. Kena tahu trick pilih baju supaya boleh nampak kurus dan lansing. Ouchhhh! Hah, itulah yang aku suka bila aku surfing internet. Hah, pastu duit aku habis... pastu aku nganga... hah padan muka aku!

Tapi jangan salahkan aku, aku bukan apa. Aku sekarang macam. Macam mana yek nak bagi tahu. Malulah nak cakap. Takdalah aku sebenarnya sekarang nak tukar imej slow-slow... malu makcik! Sekarang makcik dah blushing... blushing tau! Makcik dah nak start pakai baju longgar-longgar sikit tapi nak lain sikit. Alah nampak berfashion sikit pastu nak nampak maintain muda. Mengada-ngadakan aku. Maafkan jelah makcik uols.

Aku dahlah start beli sikit-sikit. Seronoknya bila tengok-tengok baju ni. Hilang semua masalah aku. Sebaiklah aku bukan anak jutawan. Kalau tak dengan kedai-kedai itu sekali aku beli. Pastu balik rumah, terus pergi depan cermin test-test baju beli tadi. Selongkar almari, time tu rasa bahagia gila. Main mix and match dengan barang yang sudah sedia ada. Pastu tak sabar-sabar tunggu gaji bulan depan. Sebelum keluar gaji aku dah fikir nak beli apa. Dah tolak-tolak kira budget baru boleh beli. Hai, bilalah aku nak terpijak duit ni. 10k ke jadilah. Alahai seronoknya.

Dan disebabkan perangai buruk ini. Aku dah berikrar. Aku kena cari satu jalan untuk aku menyimpan demi masa depan aku. Aku dah jumpa dah. Mati aku! dah tua-tua makan pasir je aku kang.

Dan satu nasihat aku untuk korang. Simpanlah baju korang, sebab nanti anak cucu kita boleh pakai. Vintage maaaaa...Tapi ni kat bawah ni. Aku tengok kat internet tadi, aku jumpa style-style ni. Macam nak tiru je? Haish, kawal... kawal emosi!

Sah! Sahhhhh aku dah terkena penyakit chronic ni. Maafkan aku sekiranya aku ada buat salah dekat korang. Sebab lepas ni aku akan mati kebulur. Aku tak cukup makan, sebab duit aku habis beli baju. Helpppppppp meeee....

MORAL: Mari menabung demi masa depan.