20110104

Penghijrahan

Assalamualaikum,

Genap sudah empat hari di dalam tahun 2011. Nyata sekali umur aku akan berganjak ke satu lagi anak tangga. Maka lagi dua tahun, aku akan masuk ke alam three series. Check.. check ada uban ke tidak! sambil mengaru kepala. Penghijrahan namanya ini.

Bila kita makin berumur, maka makin banyaklah penghijrahan akan berlaku dalam hidup. Cuba kawan-kawan fikir-fikirkan sejenak. Dahulu bila kita makan dekat restaurant selalunya siapa yang support? mak bapak kitakan? Bila dah bekerja ni, kita bayar sendiri kan? Then bila dah ada anak, kita pula bayarkan untuk anak-anak kita. Umpama roda, berputar-putar sehinggalah kiamat. Pernahkah kawan-kawan fikirkan mati? Bagaimanakah rasanya bila nyawa ditarik dari tubuh? Apalah hukuman yang bakal dikenakan ke atas diri yang hina ni yang nyata banyak dosa? :) Dari hidup ke mati itu adalah satu penghijrahan juga.

Zaman muda remaja la sangat

Salah satu penghijrahan yang takkan aku lupakan ialah bila aku mengambil keputusan untuk memakai tudung. Terus-terang, aku mengambil keputusan untuk menutup rambut aku dalam masa satu malam sahaja. :)! Bila orang tanya aku kenapa aku mengambil keputusan secara drastik? Aku ubah tajuk perbualan. Aku takut nak ingatkan balik.

Aku tumpang happy, bila aku dapat tahu bila kedua-dua kawan rapat aku telah memilih keputusan yang sama macam aku. Bila aku tanya kenapa? Jawapan mereka... kerana hati. Hati asalnya dari ciptaan? Anda tahu jawapannya :)! Alhamdulillah...

Hari ini... ya hari ini entah tak tahu kenapa aku rasa macam nak sharekan kejadian malam itu. Aku bukan nak hebahkan tentang keburukkan aku. Cuma aku nak orang-orang kat luar sana jangan jadi macam aku. YA JANGAN JADI MACAM AKU.

Aku ni dahulu pemberontak. Aku tak memberontak dengan cara luaran seperti baling-baling barang tu. Aku memberontak dalam hati.Aku sangat bebas. Aku boleh buat apa sahaja yang aku nak. Kakak dengan abang aku busy. Diorang cari duit nak besarkan aku. Makanya apa yang aku buat tak ada family aku yang tahu. Aku punya report card pun, aku tanda tangan sendiri. Kakak dengan abang aku pun tak tahu result aku. Abang aku selalu cakap, "kena jaga diri sendiri, kena berdikari. Bukan untuk siapa. Untuk diri sendiri." Dan inilah juga ayat yang selalu Pak din pesan kat aku. So takkanlah aku bodoh nak rosakkan masa depan aku.

penghijrahan nora jadi mak budak

Tetapi kenapa aku cakap aku pemberontak. Sebab hati aku? Apa yang ada dalam hati ni, manusia lain tak tahu. Cuma aku dengan pencipta hati ni sahaja yang tahu. Aku suka terbitkan persoalan yang bukan-bukan. Kadang-kadang lahirlah andaian yang aku rasa kurang elok.

Dulu aku suka lepak kat taman KlCC, kawan aku la ni yang ajar. Bila aku sedih... bila aku marah apa yang berlaku sekeliling aku... aku lepak kat area batu yang dekat pondok guard Taman KLCC tu. Kat tepi-tepi tu la. Aku pandang bangunan KLCC sesambil aku tengok orang lalu lalang. Masa tu ligatlah kepala otak aku fikir. Kenapa? Apakah? Bagaimana? Maklumlah time tu parking kat KlCC yang dekat The Zon tu seringgit je sekali masuk. Perubahan harga barang juga adalah satu penghijrahan juga yer!

Pada suatu hari, aku rahsiakan apa yang aku marah sangat sampai aku boleh terfikir sebenarnya Allah SWT itu tak wujud. Hah, yang inilah aku cakap jangan ikut tu. Aku marah Allah SWT. Aku jerit cakap dalam hati. Kalau Allah SWT itu wujud kenapa tak tolong aku? Aku cakap dalam hati, aku benci Allah SWT. Nauzubillah, janganlah jadi macam aku.

Aku ingat lagi masa aku nak blah dari situ. Aku lalulah kat depan Masjid KLCC nak ke parking. Time tu azan Maghrib, korang nak tahu apa aku cakap dalam hati. "DAH LAH MEMEKAK JE, TIPU BENDA NI SEMUA. APASAL NAK SEMBAHYANG, BUKAN BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH PUN. BAGI MASALAH LAGI KAT AKU ADALAH. PENIPU!!!" Ingat janganlah jadi macam aku ni. Dan aku perasan time tu ada satu makhluk... bentuk memang macam manusia tapi tak jelas. Aku perasan warna hitam. Dia macam tenung aku. Aku jeling je sambil hati aku bebel-bebel tak puas hati. Tapi aku rasa semacam, aku ingat lagi bulu roma aku naik meremang.

Balik tu aku tidur. Hah, ambik kau! Aku mimpi.. hurmmmm! Kat sini aku boleh cakap, aku sakit. Aku tak pernah rasa sesakit itu. Aku meraung, aku minta tolong tiada siapa yang dapat tolong. Sakitnya ya Allah, kau ampunkanlah dosa aku ya Allah! Maaf ya Allah, maafkan aku. Aku menangis-nagis. Tetiba aku terjaga, aku rasa sakit sangat dada aku. Macam baru dapat nafas balik. Aku menangis-nagis. Aku mimpi aku kena seksa. Aku ingatkan aku dah mati. Apakah seksaannya, aku rasa biarlah rahsia. Aku dengar azan subuh, aku bangun aku mandi aku sembahyang. Aku nangis minta maaf.

Aku tak mahu pergi kerja. Sekali adalah kakak office lama aku call. Dia tanyalah aku nak pergi kerja tak. Sebab office lama aku, bila hari Jumaat bos belanja breakfast. AKu cakap kat dia, aku tak ada tudung macam mana nak pergi kerja. Aku ingat lagi bos aku datang rumah ambil aku. Wife dia bagi aku tudung hari itu.

Dugaan yang aku dapat selepas aku pakai tudung ialah yang pertama, ada seorang kawan rapat aku menjauhkan diri dari aku percayalah aku sayangkan dia, yang kedua ex-bf aku bagi salah satu alasan dia tak boleh dengan aku sebab dia jahat tak sesuai nak ubah aku jadi angel. Dan yang ketiga, Aku ada pergi satu interview kat satu company advertising, bosnya suruh aku buka tudung kalau nak bekerja kat situ sebab suasana kerja dekat situ tak sesuai untuk orang memakai tudung. Jangan terkejut, bosnya orang Islam.

penghijrahan yang kat kepala mereka

Pergh macam-macam dugaan yang aku dapat. Tapi ntah, aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan nak menghadap semua benda tu. Sebab hati ini aku rasa kot hurmmm tidak kerana aku pasti dari pencipta hati ini. Aku ngaku aku belum betul-betul berubah. Aku masih ada kejahilan. Aku masih lagi lalai. Tetapi aku berusaha untuk berubah secara perlahan-lahan. Aku ni masih lemah sebab aku kadang-kadang terhanyut juga dengan godaan syaitan. Isk... Isk... Isk

ps: ahahahha, lepas ni bertambahlahhhh customer i. Alhamdulillah... lai... lai... lai tudunggg panas... baik punyaaaa

MORAL: Percayalah setiap kejadian itu ada sebab. Allah SWT sangat sayangkan kita semua. Dugaan setiap apa yang berlaku itu adalah cara dia menegur kita. Kita je selalu tak ingatkan DIA. Dan setiap hari, setiap waktu, setiap masa, setiap minit, setiap saat dan setiap detik. Kita semua melakukan penghijrahan dalam hidup kita.

2 comments:

  1. fuhh...alhamdulilah....

    ReplyDelete
  2. no body is perfect

    hijrah kepada yang lebih baik :)

    insyAllah

    ReplyDelete