20101017

MAK, SHEELA MALUUUU!

Assalamualaikum,

M... A... MA! L... U... LU! apakah dia kawan-kawan... MALU! Hurm, kalau orang yang kenal aku maybe diorang dah biasa perkataan malu ini dengan aku. Aku dengan malu dah senonim. Aku ni memang clumsy sikit. Hurm cop... cop... bukan sikit. Jap aku repeat ayat aku balik "AKU NI MEMANG CLUMSY BANYAK!" Hoyeyyyyy, saya sangat berbangga dengan diri saya yang begitu berbakat dalam bidang mengelabahkan diri..... wuuuu~

Sebelum bulan puasa, around two month ke berapa ntah tak ingat la. Tetiba aku dapat call dari seorang kawan lama. Aku mula musyhkil. Kenapakah dia call dan mahu ketemu dengan ku? KENAPAKAH? BAGAIMANAKAH? MENGAPAKAH? ewahhhh... dah banyak question mark dah ni. Nak jumpa ke taknak ni?

Aik, diriku sudah ada di dalam kereta. Maka dengan ini tandanya aku setuju bertemu dengan dirinya. Hatiku mula berdentum-dentum! dun dap... dun dap... betulkah keputusanku ini? Aku sebenarnya ada sejarah hitam dengan dia ni. Ada laaaa cerita sikit. Itu la macam berat sikit nak jumpa tu. Haishhhhh...

Baiklah sangat bagus parking tak ada kannnnn. HEBAT! Aku dah terkial-kial mencari parking. YA SANGAT HEBAT semua tempat penuh kan... HEBATTTTT! Baiklah aku terpaksa park jauh... YA SANGAT BAGUS menapak jauh untuk kesihatan diri.

Bila aku keluar dari kereta, aku terpandang ke arah cermin tingkap kereta sebelah. Ala... ala cermin aku nampak diriku! Tinted kereta itu sangat gelap... memang tak nampak dalam la. Selebetnye aku! Aku teringat kisah lama. "AKU TAK BOLEH JUMPA DIA NI DALAM KEADAAN SELEBET, OH TIDAK!" "YA, AKU KENA KELIHATAN VOUGE SUPAYA DIA TAHU YANG AKU NI SANGAT GEMBIRA DENGAN KEHUDUPAN AKU SEKARANG!" dalam samar-samar lampu neon aku pusing-pusingkan diri sendiri kat depan cermin tinted itu. Lupa nak beritahu kejadian ini pada waktu malam yer.

Aku usha kiri... aku usha kanan untuk memastikan tiada orang kat area situ. Aku mula belek-belek muka. YA SANGAT BAGUS ADA 2 KETUL JERAWAT TUMBUH.. aku keluarkan beg make up aku kasi touch up sikit. Aku senyum check gigi ada cili tak. Aku practise senyuman terbaik supaya aku nampak hebat nanti. Aku sembur perfume supaya wangi. Yer aku sudah bersedia... aku senyum!

Tiba-tiba cermin tinted itu turun... "DAH CANTIK DAH!" di depan aku kini... ya di dalam kereta itu ada dalam 3 ke atau 4 orang pakcik ke abang ke! Aku pun tak pasti. Yang pasti mereka agak berumur... ya tua kutuk tengah gelakkan aku! MAKKKKK, SHEEELAAA MALUUUUUUU... TAU TAKKKKKKKKK! aku terus blah tanpa cakap apa-apa... dan aku nak beritahu. Masa aku nak blah itu aku terpecok sebab aku pakai hill. Kenapakah aku pakai hill sebab aku nak nampk cantik. DAN APAKAH YANG AKU TERIMA? HURMMMM YAAAA SANGAT HEBAT... dan mendengar mereka berkata "HATI-HATI JALAN TU DIK!" dan mereka ketawa. SANGAT HEBAT BUKAN....!

MORAL: kawan aku cakap "SEBAIK KAU TAK BETULKAN BRA TIME TU!" Kawan-kawan, berhati-hatilah di jalan raya, sekian terima kasih! AKU MALUUUUUUUUUUUU TAU TAK....