20100916

JANGAN GADUH PLEASE!

Assalamualaikum,

Oit... oit.... bangun semua! Bangunnnnn.... dah pagi ni. Hah, bangun lambat ni tak solat subuh yek. Hari ini kan hari "MALAYSIA". Ayuh, mari semua kita kibarkan jalur gemilang. Kita kan bangsa terbilang. Gah dengan masyarakat berbilang kaum. Memang sangat tidak terbilang-bilang sebab kat malaysia ni memang banyak bangsa, suku kaum, bahasa... bla... bla dan bla. Ada orang melayu, orang chinese, orang india, orang pan asians, orang iban, orang sikh, orang macam-macam bagai orang dan orang minyak... OPSSSS! Yang terbaru kat malaysia ni ada suku kaum yang terbaru iaitu orang indonesia, orang bangladesh, orang myanmar, orang negro dan juga orang-orang yang ada di sawah padi. Ahhhahhahahah... kelakarkan aku ni.... ahahahhaha. :P

Mula-mula, mari kita rewind balik untuk mengenali malaysia. Ayuh semua, mari kita berpimpin tangan bersama-sama (korang imagine la kita ni dalam ala-ala iklan gov kat tv tu ek :P). Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Kita semua sudah tahu "APAKAH SUDAH BERLAKU DENGAN MALAYSIA SEKARANG NI". Kita sudah tidak ada sikap bersatu padu lagi. kadang-kadang malu la nk sebut kat omputih bila depa tanya pasal malaysia then macam biasa kita akan sebut "Malaysia is a multi-ethnic, multicultural and multilingual society but we happy together" TETAPI HAKIKATNYA... dan persoalan kini apakah puncanya? Aku tak mahu nak cakap panjang lebar pasal hal ini. Sebab ilmu politik di dada aku ni tak la seberapa. Aku ni cuma ada diploma dalam bidang graphic bukan bidang politik. Lagipun isu ini adalah isu yang sangat sensitif sejak penubuhan nama malaysia itu sendiri.

Ayuh kawan-kawan mari kita check apakah makna ego pula? Ego ialah persepsi seseorang tentang harga dirinya. Manakala makna egois pula ialah orang yang suka mengutamakan atau menonjolkan diri serta bermegah-megah. Lepas itu kita pelajari pula makna egoisme ya. Maknanya ialah dalam psikologi sikap atau kelakuan yang mementingkan diri sendiri atau menganggap diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Chop! egoistik pula apa ek? oooo itu berkenaan dengan orang yang mementingkan diri sendiri. Pernah tak korang tahu makna egosentrik maknanya ialah bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja tanpa mengendahkan keperluan orang lain. SEKARANG AKU NAK TANYA.. BANYAK TAK ORANG BERSIFAT INI DISEKELILING KITA. DAN AKU NAK TANYA. KORANG EGO TAK? AKU NGAKU AKU SANGAT EGO... hihihihihi :P

Jadi apa kene-mengena dengan tidak bersatunya malaysia dengan ego? Sebab kita semua terlalu beremosi untuk menegakkan pendirian bahawa kita benar. Kita je betul. Kita je bagus. Kita takda cacat cela. Yang salah semuanya orang lain. Aku tak sokong sesiapa pun. Sebab semua salah tak kira bangsa, fahaman politik atau apa-apa pun. Kitakan manusia so mana la perfect.

Bila masing-masing sudah mementingkan diri sendiri. Sifat-sifat kebaikkan manusia akan sikit-sikit mula hilang. Maka manusia itu boleh menjadi binatang. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat sendiri. Tengok sahaja kes-kes bila diutarakan didada news... dikaca tv bila berita berkumandang.

Dalam hal ini kita tak perlu nak salahkan sesiapa. Yang penting kita beli cermin dan tonton diri kita sendiri. Lihat apakah yang kita dah lakukan. Dan tepuk dada kita sendiri apakah jalan penyelesaian yang hendak diambil. Kisah perpaduan bukan hanya melibatkan negara sahaja... tetapi bermula dari diri sendiri... keluarga... masyarakat... bangsa... satu dunia. Sedangkan kita yang seagama pun tak bersatu pun. Padahal agama sama tu... macam mana tu yek. Sebab apa sebab EGO. Tetapi kenapakah benda ini berlaku yer? Sebab inilah dugaan dari YANG MAHA ESA... dugaan sebelum tiba hari perhitungan... INGAT SENANG KE NAK MASUK SYURGA.... ngeeeee~~~~~

MORAL: Kan senang tak yah gaduh-gaduh. Tapi nak buat macam mana kita kan manusia.... :P "TAK SALAH KALAU KITA MERENDAH DIRI SEKALI-SEKALA"