20110309

MATA ITU

Assalamualaikum,

Aku memandang dalam mata itu. Mata itu tidak pandai menipu. Mata itu tetap jelas seperti skrin televisyen menayangkan cereka airmata. Walaupun pemiliknya sebaik mungkin ingin menyembunyikan hal di sebalik. Namun aku tetap dapat meng-scan.

Aku terus merenung mukanya. Aku hanyut dengan duniaku. Dia semakin rancak bercerita. Yang bagus-bagus sahaja. Namun aku tahu di sebalik kisah-kisah kejayaannya itu. Dia menyembunyikan kegagalannya. Aku tahu dia amat kecewa akan hidupnya.

Bila dia menceritakan kejayaan projek-projek yang dirancangkannya untuk syarikat. Aku nampak sedikit kegembiraan dari riak matanya. Namun hanya seketika. Ianya semua terpadam kala aku menanyakan 'Bila ko nak belanja aku makan?'. Aku menyampuk ketika dia rancak menyatakan bahawa macam-macam benda telah dia usahakan... dia kerjakan. Cuma kerja Perdana Menteri sahaja belum dia merasa. Dia terdiam beberapa detik. Dan dia menyambung,'Nak belanja anak aku makan pun aku tak mampu.' Kemudian dia tersenyum pahit.

Aku tahu keperitan hidupnya. Badannya susut kerna susah hati. Walaupun dia berbohong menyatakan dia mengamalkan hidup sihat. Melakukan senaman itu semua. Jangan bohong dengan aku. Aku tahu perasaan orang yang bersungguh-sungguh namun tetap kecundang. Aku tahu itu semua. Kau kecewa. Aku tahu kau kecewa. Kau mahu menutup kegagalan kau. Sebenarnya kau tidak gagal. Cuma kau belum sampai penghujung tali penamat. Kau masih berada dalam alam perlumbaan. Kita semua ini masih dalam alam perlumbaan. Ya, di sana. Di sana tali penamat kita. Kita semua pasti sampai. Tetapi bukan di sini. Tetapi di sana.

sekian,

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

20110308

AKU NAK JADI COWBOY GIRL

Assalamualaikum,


Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian hembus panjang. Lega~ Aku bangun kemudian aku berlari setempat. Bergegar grrrrrrrr~ Aku tengok ke bawah. Aku sukar melihat lantai kerana perut aku kini menghalang penglihatan.

Aku melabuhkan buntut yang membesar ini di tilam empuk pemberian kakakku. Aku termenung keseorangan di tepi katil. Aku berangan kini aku berada di Canadian Rockies. Bayangkan aku memakai baju koboi sambil menunggang kuda yang jelita. Kuda itu diberi nama sebagai Rahimah. Aku dan Rahimah merentasi air sungai kencang di Bow Lake. Kami berehat sebentar untuk menangkap ikan sebagai santapan tengahari. Kemudian aku dan Rahimah sama-sama shopping baju tebal kerana ingin meneruskan pengembaraan ke puncak Columbia Icefield. Tetapi fashion kami maintain koboi. Kami terus... terus dan terus sampai ke puncak. Tetapi kami tidak berasa begitu lelah kerana membayangkan kini kami berada di atas pentas catwalk. Begitu elegant sekali~

"SHEELAAAA, BANGUNNNNN! TAK PERGI KERJA KE?"

kedeganggg bunyi pintu bilikku diketuk. Lamunan aku terhenti. Aku kembali di dunia yang nyata. DAN KINI AKU HANYA MAMPU HURMMM~

sekian

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

Assalamualaikum,


Pagi ini awan kotaraya Kuala Lumpur begitu kesedihan. Kerana terlalu sebak barangkali maka tertumpahlah air matanya hinggap ke bumi. Sejuk~

Gema azan mendayu-dayu merdu. Aku menarik selimut lebih tinggi menutupi seluruh tubuh. Kesejukkan~ Syaitan kini memeluk aku lebih erat maka terasa yang amat berat untuk aku bangun. Mataku terkatup rapat, seolah-olah dikunci hebat oleh Solex. Cik Kiah memekak minta bangun. Arghhhh semak!

Aku mencapai Cik Kiah. Ntah mengapa segala kenangan muncul kala aku mendiamkan Cik Kiah. Dahulu aku punya tugas. Tugasku mengejut . Yup, aku memang rindukan .

Aku berjumpa dengan secara tidak sengaja. Pertemuan yang lucu dan memalukan. Kemudian perhubungan kami berkembang dengan pesat secara mendadak kala dia mengambil langkah permulaan. Dan mengatakan gayanya itu adalah bijak.

Kemudian kami seolah-olah menjadi musuh. Kejadian bodoh dan ntah sukar hendak dinyatakan. Mungkin kami hanya layak sekadar perhubungan abang dan adik. Persahabatan kami turn on dan turn off. Aku menjauhkan diri. Jauh di sudut hati, masih ada di satu ruangan yang telah diikat cantik dengan reben.

Baru-baru ini aku mendapat khabaran dia sudah ketemu cinta hatinya. Dan ingin membina mahligai indah bersama sang pencuri hati yang hanya tinggal beberapa hari sahaja ini. Maka di sini, masanya telah tiba untuk aku meleraikan ikatan riben itu. Dan membiarkan terbang tinggi bersama-sama kenangan.

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

20110307

VIRUS CINTA

Assalamualaikum,


Aku mengecilkan badan sedikit ke ruang tersorok dari mesin berjenama YORK. Lemak-lemak tepu ku kini tengah berkerja keras untuk menjadi bahan penebat. Jika dapat dilakarkan di atas kertas putih. Aku kini digambarkan seperti orang lidi yang telah dibaluti keras oleh segumpalan ais.

Mataku kini tercuri pada teks buatan Betrand Rusell. 'Takut untuk bercinta samalah dengan takut untuk hidup, dan sesiapa yang takut untuk hidup sesungguhnya telah tiga suku mati.' Hurm... aku menarik cawan yang berisi milo panas. Sedap dan manis. Jika ditelan banyak-banyak mungkin berpenyakit. Begitu juga dengan cinta. Manis yang berpenyakit.

Aku tahu bahawa semua manusia akan sepakat mengatakan bahawa cinta itu magik. Cinta itu sukar dikawal dan diramal. Cinta itu luar biasa kewujudannya dan sukar dikenal pasti puncanya. Makanya cinta itu adalah satu virus yang benar-benar tiada vaksin mahupun ubat yang mampu dibanteras ataupun dirawat. Suka atau tidak kita pasti akan terjangkit.

Siapakah yang boleh menguatkuasakan undang-undang ke atas orang yang bercinta? Mari letak note lima puluh atas meja. Sesungguhnya cinta itu sendiri adalah undang-undang yang sangat berkuasa. Cinta itu akan memburu anda ke mana sahaja umpama peluru berpandu yang telah disetkan ke arah anda. Ouchhhh!

Pendidikan hari jumaat lepas, cinta itu rabun dan perkahwinanlah spec-nya. Jangan marah. Ini adalah kata-kata jujur yang boleh aku ulaskan dari permasalahan yang telah dipendengarkan kepada aku. Dengan dua kisah perkahwinan yang berbeza masa, situasi dan kawasan. Maka itulah rumusan yang terbaik yang boleh aku jadikan satu ayat ringkas dan nyata.

Adalah mustahil untuk bercinta dan menjadi bijak dalam satu masa. Ini adalah realiti, kita semua akan sentiasa mudah ditipu dengan apa yang kita cintai. Semua pergerakkan akan kelihatan begitu indah jika kita melihat menerusi kanta mata yang telah dijangkiti virus cinta.

Ada dua tradegi dalam kisah cinta. Pertama, cinta itu berakhir dengan perpisahan. Kedua, cinta itu berakhir dengan keabadian. Maka jangan fikir dengan perkahwinan itu adalah titik noktah bahawa percintaan anda itu happy ending.

Perkahwianan samalah seperti sangkar. Burung-burung bebas kelihatan beria-ia hendak masuk. Namun burung-burung yang di dalam beria-ria hendak keluar. Jangan marah! Ini pendapat aku selepas dipendengarkan masalah jumaat lepas dari dua orang manusia yang berbeza, di dua tempat berbeza dan masa. Jika kamu tidak punya masalah? Tahniah~

Perkahwinan tanpa pergaduhan seumur hidup ialah perkahwinan antara lelaki cacat pendengaran dan perempuan cacat penglihatan. Maka terimalah pasangan anda seadanya dengan sepenuh hati dan jiwa.

Jika anda lelaki yang ingin memastikan rumah tangga anda sentiasa makmur dan dilimpahi cinta. Maka setiap kali anda membuat silap sila mengaku. Namun Jika anda betul, anda diminta diam.

Jika anda perempuan yang ingin memastikan rumah tangga anda sentiasa makmur dan dilimpahi cinta. Maka siap bersedia untuk kehilangan perhatian dan pujian dari ramai lelaki kepada ketidakpedulian dan cacian dari seorang lelaki.

Note: Nasihat dari orang tidak punya pengalaman. Kahkahkah...

Sekian,

MORAL: Cinta itu buta dan perkahwinan adalah institusi untuk orang-orang buta. {peace no war}

20110304

PEJAM SEKETIKA

Assalamualaikum,

2 hari lepas

Aku memandu dalam kadar yang perlahan. Tidak mahu cepat. Aku cuma mahu mencari satu titik noktah sebelum aku tegas membuat keputusan. Kepala aku kini ligat.

Membuat keputusan merupakan satu cabaran yang perlu kita semua hadapi hampir setiap masa. Ia mungkin akan menimbulkan kesan yang positive. Hurm maybe negative juga. Siapa tahu? Adakah keputusan yang bakal aku ambil ini benar-benar keputusan yang matang atau disebaliknya.

Aku kini terperangkap di antara duit atau selamat. Jika aku masih ingin berada dalam zone selamat. Ataupun aku ingin membalas jasa. Aku kekal. Jika aku mahu mengejar cita-cita yang perlu dilunaskan dalam masa dua tahun ini. Aku mesti memilih duit. Hurm~ kejam!

Nasihat dari seorang wanita yang matang di biji mata aku,
"Bagi orang yang seperti umur sheela sekarang sudah masanya fikirkan apakah yang mahu di dalam hidup. Zaman untuk eksperimen hidup mungkin tidak sesuai lagi. Terpulanglah pada sheela."

Dan hari ini

Pagi-pagi aku telah mendapat panggilan dari mereka. Aku telah bertekad dengan keputusan aku itu. Yup, itulah yang sesuai dan bijak buat masa sekarang. Kerana cita-cita yang lagi satu itu lebih utama dari cita-cita dua tahun akan datang.

note: terima kasih buat mereka yang sudi memberi pendapat.

MORAL: Tenangkan Fikiran, Kenal Pasti, Kaji Pilihan, Membuat Pilihan <---- cuba kasi try test

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

OTAK BERVIRUS

Assalamualaikum,

Persoalan mula berlegar-legar dalam hard disk otak aku. Berapa kilobyte? megabyte? gigabyte? ataupun terabyte kebesaran ruang kosong kotak otak ini? Mungkin jumlah kapasiti masih kurang digunakan. Mungkin aku hanya menggunakan 5% dari jumlah keseluruhan. Mungkin itu menyebabkan aku berfikiran bebal semalam. BODOH~

Adakah sistem neuron-neuron dalam otak aku semalam mengalami masalah connection? Mengalami masalah internal yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Oh, barangkali aku punya masalah penarikkan pernafasan oksigen secara normal kot semalam. Makanya banyak karbon terkumpul di dalam otak. Ya, mungkin itu menyebabkan aku agak bebal semalam. TAHNIAH~

Kenapa semalam aku tidak menggunakan otak aku supaya lebih focus. Mungkin aku mampu berfikir lebih efektif dan dapat mengolah informasi lebih cerdik. Alangkah bahagianya jika neuron-neuron aku dapat berfungsi bagus seperti ini semalam. Tidaklah aku menjadi beruk sarkas semalam. TAHNIAH~

Aku sudah berkira-kira duit dalam dompet. Aku mahu menukar hard disk otak aku ke baru. Mahu beli jenama Hitachi ka? Maxtor ka? Ataupun aku perlukan external drive. Supaya aku lebih beringat. BODOH~

Kembali ke kisah:

Semalam aku punya temujanji dengan seorang kakak. Dari bau-bauan yang aku dettect yang dia punya pengharapan. Namun temu janji itu terbatal kerana sistem neuron aku semlam tak berfungsi dengan betul. Sebab dah lama tak upgrade antivirus kaspersky. Mungkin otak aku telah diserang oleh 10 virus yang punya nama hebat iaitu Brain, Michelangelo, Melissa, ILOVEYOU, Code Red, Nimda, Klez, Slammer dan Storm. Mana tahu?

Aku dengan bangga sepantas kilat menunggang laju kuda hitamku ke rumah. Aku bercita-cita menjadi manusia on time. Namun cita-cita itu terbakar hebat kerna aku menyangkakan bahawa Cik Kiah aku tertinggal di office. Makanya dengan menggunakan akal yang kurang stabil semalam, aku telah menempuh jalan semak kotaraya kembali ke tempat sumber rezeki itu. Namun hampa~

Dan lebih bahagia, rupa-rupanya Cik Kiah yang tercinta berada di rumah. Makanya temujanji itu terbatal kerana aksi sarkas itu. TAHNIAH~ maaf kakak!

Siapakah Cik Kiah? Beliau ialah handphone aku. Jom, terjun bangunan!

Sekian,

MORAL: Sila gunakan otak dengan betul!

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

20110303

SEMAK

Assalamualaikum,
Aku rajin? Atau aku terlebih rajin? Bukan. Yang nyata aku dalam keadaan semak. Aku serabut dengan dunia ini. Mulut aku kini terkunci rapat. Aku hilang ayat untuk berkata. Barangkali otak aku kini telah semak dengan pesat. Semak seperti bumi di atas nun jauh angkasa. Punya pesat highway. Punya pesat pencakar langgit. Punya pesat manusia yang berlimpah-limpah. SEMAK~

Aku semak dengan kamu yang bernama 'MASALAH'. Ya aku punya masalah dengan kamu 'MASALAH'. Bertubi-tubi kau datang meluru ke arah aku. Kau datang dalam rupa circle menyerang aku dalam keadaan 360 darjah persegi. KAU SEMAK~

Aku semak~ SEMAK~ semak~ blablablabla... Kerjaya aku hancus! Percintaan aku hancus! Financial aku hancur! Relationship family aku hancus! semua hancus... oh, barangkali aku kiamat dalam dunia aku sendiri. SEMAK~

Maafkan aku sekiranya aku diam.. aku senyum... aku buat tak tahu... dan aku menyendiri. Aku tengah melonggarkan atau meloloskan diri dari lilitan semak~ SILA FAHAM!

sekian,

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~