20110307

VIRUS CINTA

Assalamualaikum,


Aku mengecilkan badan sedikit ke ruang tersorok dari mesin berjenama YORK. Lemak-lemak tepu ku kini tengah berkerja keras untuk menjadi bahan penebat. Jika dapat dilakarkan di atas kertas putih. Aku kini digambarkan seperti orang lidi yang telah dibaluti keras oleh segumpalan ais.

Mataku kini tercuri pada teks buatan Betrand Rusell. 'Takut untuk bercinta samalah dengan takut untuk hidup, dan sesiapa yang takut untuk hidup sesungguhnya telah tiga suku mati.' Hurm... aku menarik cawan yang berisi milo panas. Sedap dan manis. Jika ditelan banyak-banyak mungkin berpenyakit. Begitu juga dengan cinta. Manis yang berpenyakit.

Aku tahu bahawa semua manusia akan sepakat mengatakan bahawa cinta itu magik. Cinta itu sukar dikawal dan diramal. Cinta itu luar biasa kewujudannya dan sukar dikenal pasti puncanya. Makanya cinta itu adalah satu virus yang benar-benar tiada vaksin mahupun ubat yang mampu dibanteras ataupun dirawat. Suka atau tidak kita pasti akan terjangkit.

Siapakah yang boleh menguatkuasakan undang-undang ke atas orang yang bercinta? Mari letak note lima puluh atas meja. Sesungguhnya cinta itu sendiri adalah undang-undang yang sangat berkuasa. Cinta itu akan memburu anda ke mana sahaja umpama peluru berpandu yang telah disetkan ke arah anda. Ouchhhh!

Pendidikan hari jumaat lepas, cinta itu rabun dan perkahwinanlah spec-nya. Jangan marah. Ini adalah kata-kata jujur yang boleh aku ulaskan dari permasalahan yang telah dipendengarkan kepada aku. Dengan dua kisah perkahwinan yang berbeza masa, situasi dan kawasan. Maka itulah rumusan yang terbaik yang boleh aku jadikan satu ayat ringkas dan nyata.

Adalah mustahil untuk bercinta dan menjadi bijak dalam satu masa. Ini adalah realiti, kita semua akan sentiasa mudah ditipu dengan apa yang kita cintai. Semua pergerakkan akan kelihatan begitu indah jika kita melihat menerusi kanta mata yang telah dijangkiti virus cinta.

Ada dua tradegi dalam kisah cinta. Pertama, cinta itu berakhir dengan perpisahan. Kedua, cinta itu berakhir dengan keabadian. Maka jangan fikir dengan perkahwinan itu adalah titik noktah bahawa percintaan anda itu happy ending.

Perkahwianan samalah seperti sangkar. Burung-burung bebas kelihatan beria-ia hendak masuk. Namun burung-burung yang di dalam beria-ria hendak keluar. Jangan marah! Ini pendapat aku selepas dipendengarkan masalah jumaat lepas dari dua orang manusia yang berbeza, di dua tempat berbeza dan masa. Jika kamu tidak punya masalah? Tahniah~

Perkahwinan tanpa pergaduhan seumur hidup ialah perkahwinan antara lelaki cacat pendengaran dan perempuan cacat penglihatan. Maka terimalah pasangan anda seadanya dengan sepenuh hati dan jiwa.

Jika anda lelaki yang ingin memastikan rumah tangga anda sentiasa makmur dan dilimpahi cinta. Maka setiap kali anda membuat silap sila mengaku. Namun Jika anda betul, anda diminta diam.

Jika anda perempuan yang ingin memastikan rumah tangga anda sentiasa makmur dan dilimpahi cinta. Maka siap bersedia untuk kehilangan perhatian dan pujian dari ramai lelaki kepada ketidakpedulian dan cacian dari seorang lelaki.

Note: Nasihat dari orang tidak punya pengalaman. Kahkahkah...

Sekian,

MORAL: Cinta itu buta dan perkahwinan adalah institusi untuk orang-orang buta. {peace no war}

No comments:

Post a Comment