20100228

I MISS U "PAK DIN"

Assalamualaikum,

Tetiba aku rindu dekat lelaki yang paling aku cintai dan aku sayangi. Tiada satu pun yang dapat mengantikan lelaki ini dalam hidup aku. Orangnya sangat tegas, jarang senyum dan sangat garang. Dia suka marah aku. Aku takut sangat dengan dia. Nama dia Shamsuddin Abdul Mutalib. Aku gelarkan dia "PAK DIN".

Pak Din bekerja sebagai polis mahkamah. Dulu selalu masuk newspaper. Muka depan lagi tau. Sah... sah dia polis yang bawa penjenayah pergi ke lokap selepas kena bicara. Glamour lelaki pujaan aku ni. Pak Din suka naik vespa. Vespa dia colour hijau. Dari jauh boleh tahu dia balik. Sebab vespa dia bunyi kuat... PON... PON... PON macam bunyi motoboat.

Pak Din sangat active bersukan. Lebih... lebih lagi dalam sukan badminton. Selalu menjadi wakil polis dalam pertandingan yang dianjurkan. Banyak piala Pak Din dah dapat. Pak Din juga sangat suka memancing. Hari minggu Pak Din selalu lesap. Pak Din dan kawan... kawannya pergi ke tengah laut untuk memancing. Tetapi Pak Din bukanlah freelancer nelayan yer.

Aku masa kecil selalu berusaha mencari perhatian Pak Din. Tetapi Pak Din suka buat dunno je dengan aku. Pak Din suka pukul aku. Kalau aku buat benda tak betul la. Dia suka pukul aku dengan tali pinggang. Tak dengan tali pinggang, hanger pun jadi. Dulu kalau aku buat silap je. Cepat... cepat aku sorok hanger dengan tali pinggang dia. Ye la sakit tau.

Ada suatu hari tu, masa tu aku darjah satu. Aku tak da duit nak beli hadiah untuk majlis hari guru dekat sekolah aku. Nak minta kat Pak Din, aku takut. Nanti mesti dia marah aku. Tapi aku malu karang kat sekolah aku sorang je tak bawa hadiah. Lalu aku ambil pen abang aku untuk dibuat hadiah. Cantik pen tu. Dipendekkan cerita, aku terkantoi. Abang aku memekak satu rumah. Yelah pen yang cantik tu pen kesayangan dia. Cikgu dia bagi sebab keputusan SPM dia bagus. Pak Din dah pandang aku macam nak makan. Dia pergi dapur cari tali pinggang. Aku takut lalu aku lari la kan. Beb umur aku tujuh tahun aku dah lari dari rumah. Malu aku time tu. yelah satu taman cari aku. Korang nak tau aku menyorok kat mana? Kat lombong beb, time tu rasa takut dekat hantu semua tolak tepi. Aku lebih takut dengan Pak Din. Pak Din garang macam singa. Masa tu aku nangis... nangis teresak... esak. Kalau mak hidup lagi. mesti tak jadi macam tu. Walaupun mak pun buat dunno kat aku, yelah mak kan sayangkan adik aku lebih. Asyik adik aku je mak cari. Tapi kalau aku minta barang apa, mak bagi. Tak macam Pak Din asyik nak mengamuk je.

Aku telah dijumpai oleh seorang budak india. Semua orang kejar aku masa tu nak tangkap aku. Macam main polis entri. Damn aku tak berjaya melarikan diri. Dorang pujuk aku balik. Dari jauh aku dah nampak Pak Din kat depan pintu rumah. Dia tenung aku. Aku tunduk bawah... aku takut. Bila semua jiran dah balik, aku kene belasah dengan tali pinggang. Malam tu lah malam paling teruk aku kena pukul. Aku tidur dalam kesakitan... birat badan aku. Aku minta kat Allah SWT ambil nyawa aku. Aku dah tak mau hidup. Kat dunia ni tak ada orang sayang aku. Abang aku ada cakap dengan aku yang mak dengan Pak Din nak anak lelaki masa mak mengandung aku. Sekali dapat aku.. tu yang dapat adik aku. Mak aku sayang gila kat adik aku. Dah tu adik aku comel... putih... ala semua la adik-beradik aku lahir putih... putih... comel... comel... aku je buruk dan hitam macam negro. Orang selalu cakap aku anak angkat.

Tetiba aku macam dengar ada orang datang dekat aku. Aku pura-pura tidur. Orang tu usap... usap rambut aku. "Janganlah nakal sangat..." dia cium dahi aku. Pastu dia pergi. Dan aku pasti dan confirm itu adalah Pak Din.

bersambung.....

20100226

TERCUBIT ATAU MENCUBIT PEHA

Assalamualaikum,

Aku blur la minggu ni. Aku kene banyak fikir la minggu ni. Aku perlukan... aku dahagakan... hmmmmm.... IDEAAAAAA! Aku busy sangat. Office aku pandang pc. Balik rumah pun aku pandang pc. Welcome eye... eye panda! Ala, tak cute la aku macam ni.

Semalam aku balik jalan jam. Federal highway.... hmmmm faham.... faham aje la! Aaaaaa... kat depan ada Midvalley. Nak singgah ke tak nak... nak ke tak nak.... nak ke... hmmm nak ke tak nak... yes or not... nak... nak... or tak nak... tak nak... aik, sedar... sedar aku dah parking dalam Midvalley la. Hmmmm, pergi tengok movie la... release tension! yippieeeee.....

Aduh, ramainyeeee orang! nape nie. Cuti raya cina tak habis lagi ke? Aduhhhhh... tak suka la. Usha kiri.... usha kanan dulu mana tau ader boleh buat cuci mata. Wuuuuu hensemnye bf perempuan tu. Tapikan perempuan tu takde la cun sangat pun. Haiiii, macam mana dia ble dapat bf punya la hensem macam tu. Mungkin perempuan tu baik kot. Murni sungguh hati bf dia tidak melihat pada paras rupa. Aku ni kenapa, tau la tengah sengal kan.

Tetiba aku teringat kejadian tahun 2004. Ada la suatu hari tu, aku buat hal kat office. Tak perlu la aku story. Sebab aku malu, Terukkkk! Masa tu la.... sekarang InsyaAllah dah tak da kot perangai macam tu. So, aku dah tension masa tu. Sharp pukul enam aku blah tunggu bas pergi LRT Putra ke arah KLCC. Masa tu aku tak da kereta lagi. Tu la kerja aku hari... hari. Aku asyik pergi tengok movie je. Aku addict sampai abang jual tiket pun kenal aku. Aku usha movie apa nak tengok. Sekali aku nampak poster seram dari Thailand. Tajuk dia 'Shutter'. Aku tak pikir panjang terus pergi beli tiket.

Seat aku sebelah seat sepasang couple. Aku tak tau la kenapa aku duduk sebelah si lelaki, yang si perempuan sebelah sana. Kiranya si lelaki diapit dua orang perempuan. Alaaa, boleh aje kalau dorang nak swap seat kan. Sah.. sah aku tak boleh ke mana... mana. Dah tu no seat aku kan.

Nak dijadikan cerita. Punya la seram movie ni woiiiii. Terangkat... angkat kaki aku menahan takut. Aku bertambah stress tau tak. Aku sebenarnya ader satu tabiat. Kalau aku takut, aku suka cubit.. cubit! Aku tak tahan takut punya pasal, aku cubit peha si lelaki bf kepada si perempuan yang duduk sebelah aku tu. Aku tak tau la situasi si lelaki tu ketika aku cubit peha dia kan. Dia diam je. Takde pun dia tolak... tolak tangan aku masa aku cubit dia. Dia simpati kot dengan aku takut sorang... sorang! Kalau korang nak tau, masa tu dia tengah peluk... peluk gf dia tau. Gf dia kalau takut je tutup muka kat badan si lelaki tu. Hihihi dia tak tau dalam masa yang sama aku cubit... cubit peha bf dia secara sembunyi... sembunyi. Ahahahhaha... lantak la aku pun nak bermanja jugeeee.... sampai la habis movie.

Masa nak balik aku sempat la jeling... jeling kat si lelaki tu. Dia pun pandang aku balik beb. Cute jugak... ahahahah! Aku pun senyum la kat dia. Tanda terima kasih sebab bagi pinjam peha dia kan. Dia pun respond baik dengan senyuman juga. Aku bukan apa kan, orang berbudi kiter bersenyum la.... ahahahahhaha!

Kaunter Gsc: yer cik nak tengok cerita aper?
Aku yang cute: aaaaaaaa..... cerita cubit peha ada?
Kaunter Gsc: ???????

MORAL: Jangan kuat berangan atau nak flash... flash back kisah lama masa tengah beratur nak beli tiket movie yer. Nanti anda akan dapat malu. Arghhhhh lariiiii lajuuuuu... lajuuuu... maluuuuu...!

20100220

makcik "SRINGGITTT" the story

Assalamualaikum,

story ni memang aku sedey. memang tak boleh blah. sebenarnya story ni 3 bulan lepas. aku teringat sebab kes semalam. so aku buka balik.

ade seorang hamba Allah ni. suruh aku pos kan cd picture dia. so aku pergi la pejabat pos area office aku bersama kereta 'CLK' (cute little kancil) kawan aku. cute sangat la pejabat pos tu kan.... sendat macam baju aku kan. adoi, lagi berapa ratus orang baru turn aku. usha kiri kanan, sebaik ada satu mamat yang agak cute. ahahahahah... besh...besh.... cuci mata. wuuuuuuuu....

tengah aku dok usha... usha mamat tu secara sembunyi... sembunyi. muncul satu makcik yang agak menarik. macam magnet, makcik tu menarik perhatian aku terus kepadanya. makcik tu cute la gak... tapi of coz la aku lebey cute kan. yaaaaaa, pendek kater aku lebey cute dari semua orang.... ahahhahah!

makcik tu rambut dia pendek... muka dia penuh dengan bedak macam raja kapoor. mata dia kuyu... kuyu sikit. pakai tshirt warna merah dengan seluar pendek. muka ala... ala blur! makcik ni kalau tengok macam pernah jadi askar la. tak pun makcik ni tomboy kot. mesti mak cik ni peminat music rock.

slow... slow makcik tu pergi satu kaunter. masa tu ada satu mamat tengah berurus niaga. "DIK, BAK SRINGITTTT".... damn cutenyeeee suara makcik tu. perghhhhh, masih tergiang... iang kat cuping telinga aku. isk, rasa nk buat mak angkat... seyes! mamat tu pandang slek je kat makcik cute tu. "DIK, BAK SRINGITTTT" damn makcik ni memang sengaja la kan keluarkan lagi suara cute dia kan. "TAKDE... TAKDE..." mamat tu jawab macam tak suka la.

kesiannnnn... makcik tu pergi kat hujung pejabat pos pula. tempat orang isi... isi... borang... tampal... tampal stem... kat situ ada la dua orang kakak kilang elektronik. hah, makcik tu slow... slow pergi rapat dekat akak... akak tu! "DIK, BAK SRINGITTTT" sambil buat muka simpati mulut nganga sikit.... akak... akak tu pun reject gak permintaan makcik tu. kesiannnnn... aku sedey la.

dan seterusnya dia pergi la kat seorang... seorang yang berada dalam pejabat pos tu. tapi kat aku seorang dia tak minta pun. aku gak sentap la kan. sebab aku dah sediakan "SRINGITTTT" tu. aku duk usha dia. menanti dia datang kat aku. dia buat dek je kat aku. seyes aku sentap. "makcik datang la dekat saya". aku jerit... jerit dalam hati mintak perhatian makcik tu. isk dia buat tak tau je kat aku. aku memang tak puas hati... memang tau... nape dia buat tak tau kat aku ni. dia x suka kat aku ke?

tetiba dia duk sebelah aku. YESS! boleh berkenalan... yeay... "DIK, BAK SRINGITTTT" damn la makcik ni. apa prob dia dengan aku ni. come on la makcik kita baru jumpa la. i tak da masalah dengan u okeyyy. ada ke patut dia g minta "SRINGITTTT" kat orang sebelah aku lagi satu. dia sangup melontarkan vokal dia menyeberangi body aku dari minta aku "SRINGITTTT". aku dah macam tiang duk tengah.. tengah tau. mcam nett badminton ader gak ni. aku sentap la macam ni.

Akak sebelah aku tu buat dunno je.. kesian aku tengok makcik tu. akak sebelah aku keluarkan duit dari sampul surat. nak kira duit nak bayar bil kot. "UUUUU, LIMA PULUH" terjuih... juih mulut makcik "SRINGITTTT" tu sambil menunjuk... nunjuk kesepuluh... sepuluh jarinya. "DIK, BAK LIMA PULUH"... aku tak tahan gelak... lantak la orang nak cakap aku pontianak. lucu siuttttt.... ahahahhaha... rasa nak guling... guling atas lantai. "JANGAN MACAM NI. KAMU PERGI BALIK. ORANG TAK SUKA KAMU MINTAK... MINTAK DUIT NI. DAH PERGI BALIK!" akak tu marah makcik tu...

aku tengok je muka makcik tu... kesiannnnn... dia tunduk je pandang bawah... sayu hati aku tengok... aku tahan je air mata... ye la kan, aku bayangkan dia mak aku. kene marah macam tu kat depan semua orang. aku macam nak peluk je dia. pujuk dia... jangan sedey ek! aku tarik tangan dia... aku letak "SRINGITTTT" kat tapak tangan dia. aku tepuk-tepuk bahu dia... pujuk dia jangan sedey. dia pandang je aku tak kelip mata. mulut nganga... nganga... sangat kesiannn. dia tarik tangan dia dari aku... pastu terus keluar. haiiiiiiiiii....

"NA... NA... NA... NA.." (ringtone tepon bunyi)
kawan aku berkereta CLK: "WEY, KO LAMA LAGI KE?"
aku yang cute: "JAP... JAP... lagi dua no aku.."
kawan aku berkereta CLK: "WOKEY, AKU TUNGGU KAU KAT LUAR NI"

aku usha kiri kanan. damn laaaa mamat cute tu dah tak de... melepassssssss :P

MORAL: aperla orang kat dalam pejabat pos tu. makcik tu bukan mintak banyak pun seringit je kot... kasi je la.. bukan luak pun duit korang. ni siap gelak... gelak kan makcik tu. aku pun sama gak gi gelak kat makcik tu. teruk la aku ni...

bersedekah lah anda sebelum anda meminta sedekah. :)

20100217

selamat hari jadi dashee

Assalamualaikum,

yeay... yeay... sudah 27 tahun. tapi muka macam 17 tahun yeay... yeay... masih cute, makin stylo... yeay... yeay... :p! saya sangat berbangga menjadi dasheela shamsuddin nama glamer.. nama pak din bagi darsila shamsuddin.

bila orang tanya, APAKAH PENCAPAIAN KAU SELAMA 27 TAHUN KAU HIDUP? ntah, aku masih banyak yang kena belajar. aku perlu kuat lagi harungi segala dugaan hidup... dan aku bersedia... dan aku suka dugaan yang diberi... dan ia sangat adventure... baru hidup lebih bermakna! walaupun kadang-kala ia bikin aku ting tong~

mak aku meninggal dunia masa umur aku 7 tahun. time tu aku dah kena berdikari. aku dah kena belajar masak telur goreng sendiri... kakak... kakak... abang aku keje cari duit nak bagi aku dan adik aku belajar. ari-ari makan telur goreng dengan nasi putih... dah tu je aku reti masak time tu... 7 tahun aku dah tau guna dapur gas tau. jangan main2... jeles je tengok kwn lain mkn besh mak diorang masak... tp x pe la... alhamdulillah aku dapat mkn gak... kasut baju memang kena basuh sendiri la... x da saper nak layan... tak basuh pakai la baju bau hapak...

report card aku, mmg tiap2 tahun aku sign sendiri! kakak dengan abang aku selalu busy... aku pernah kena masuk kelas tahanan sebab x de siapa nak ambik report card aku kat sekolah. aku redhooooo je laaaaa.... pernah gak la aku terpikir nak menyamar jadi kakak aku... hmmm, kakak aku putih, aku hitam. nyamar jadi abang aku la, abang aku pun putih gak... aku nak nyamar jadi siapa ni... susah la kalau aku sorang je hitam dalam family aku. so aku ambik keputusan masuk kelas tahanan...

masa aku form 4 aku dah lekat kat dinding bilik. aku nk masuk itm ambik graphic... pastu aku nak jadi graphic designer. abang aku berbulu je tengok... dia nak aku jadi akauntan ke... peguam ke.... sowy abang, adikmu x minat! dulu masa aku darjah 3 pernah nak jadi dj radio, rakam suara sindri kat radio beb... pakai kaset! aku ingat lagi... siap pakai mikrophone. lantak satu kampung dengar... jadi prema aku time tu.... masa tu prema fames wey! mana ader erra fm ka... hot fm ka... aku dari kecik dh giler glamer tau :p

tup tap tup tap... aku dapat masuk itm dgn bidang aper aku nak... ahahahhahah aku puas hati! abang aku x puas hati, dia x nak antar aku kat shah alam. pergi naik bus... last2 dia antar gak! adik dia kan cute tu dia x sanggup kot... dia antar terus blah... aku masuk bilik seroja tgk2 ader satu family berkampung dalam bilik aku... giler bangga dorg... last2 anak dorg jadi kwn baik aku kat shah alam... tapi skrg lama x jmp minah tu... muka dia macam manisha koila... fewitttt

Dan macam-macam lagi la cerita... malas la nak taip semua! hihihihi... tu la besh kan jadi aku! aku suka... dan aku syukur. tapi ader orang lain yang lebih adventure hidup diorang dari aku. aku jeles tau... so lastly....

1st, alhamdulillah aku masih hidup. masih ader peluang untuk bertaubat. so buat sekarang dasheela oi! sebelum terlambat.... takuttttttt

2nd, alhamdulillah sebab Allah SWT memberi banyak dugaan ;p

3rd, alhamdulillah AKU KINI LEBIH BAHAGIA ahahahahha aminnnnn

4th, alhamdulillah kerana wujud orang2 seperti kakak... kakak aku... abang aku... adik aku... bapak aku... sedara2 aku... kawan2 aku... dan semuanya la!

aku adalah insan hina di sisiMU, dan aku tidak layak masuk kesyurgaMU, tetapi aku takut masuk ke nerakaMU. hari ini 27 tahun aku dah ada kat dunia, dan mungkin aku tidak sempat 28 tahun ada kat dunia ni. :)

"SELAMAT HARI JADI DARSILA SHAMSUDDIN dari DARSILA SHAMSUDDIN"

u r rawks gurl beb... wa caya sama luuuu... peace!

MORAL: kenali, sayangi dan hargai diri kita. I LUV DASHEELA!