20100228

I MISS U "PAK DIN"

Assalamualaikum,

Tetiba aku rindu dekat lelaki yang paling aku cintai dan aku sayangi. Tiada satu pun yang dapat mengantikan lelaki ini dalam hidup aku. Orangnya sangat tegas, jarang senyum dan sangat garang. Dia suka marah aku. Aku takut sangat dengan dia. Nama dia Shamsuddin Abdul Mutalib. Aku gelarkan dia "PAK DIN".

Pak Din bekerja sebagai polis mahkamah. Dulu selalu masuk newspaper. Muka depan lagi tau. Sah... sah dia polis yang bawa penjenayah pergi ke lokap selepas kena bicara. Glamour lelaki pujaan aku ni. Pak Din suka naik vespa. Vespa dia colour hijau. Dari jauh boleh tahu dia balik. Sebab vespa dia bunyi kuat... PON... PON... PON macam bunyi motoboat.

Pak Din sangat active bersukan. Lebih... lebih lagi dalam sukan badminton. Selalu menjadi wakil polis dalam pertandingan yang dianjurkan. Banyak piala Pak Din dah dapat. Pak Din juga sangat suka memancing. Hari minggu Pak Din selalu lesap. Pak Din dan kawan... kawannya pergi ke tengah laut untuk memancing. Tetapi Pak Din bukanlah freelancer nelayan yer.

Aku masa kecil selalu berusaha mencari perhatian Pak Din. Tetapi Pak Din suka buat dunno je dengan aku. Pak Din suka pukul aku. Kalau aku buat benda tak betul la. Dia suka pukul aku dengan tali pinggang. Tak dengan tali pinggang, hanger pun jadi. Dulu kalau aku buat silap je. Cepat... cepat aku sorok hanger dengan tali pinggang dia. Ye la sakit tau.

Ada suatu hari tu, masa tu aku darjah satu. Aku tak da duit nak beli hadiah untuk majlis hari guru dekat sekolah aku. Nak minta kat Pak Din, aku takut. Nanti mesti dia marah aku. Tapi aku malu karang kat sekolah aku sorang je tak bawa hadiah. Lalu aku ambil pen abang aku untuk dibuat hadiah. Cantik pen tu. Dipendekkan cerita, aku terkantoi. Abang aku memekak satu rumah. Yelah pen yang cantik tu pen kesayangan dia. Cikgu dia bagi sebab keputusan SPM dia bagus. Pak Din dah pandang aku macam nak makan. Dia pergi dapur cari tali pinggang. Aku takut lalu aku lari la kan. Beb umur aku tujuh tahun aku dah lari dari rumah. Malu aku time tu. yelah satu taman cari aku. Korang nak tau aku menyorok kat mana? Kat lombong beb, time tu rasa takut dekat hantu semua tolak tepi. Aku lebih takut dengan Pak Din. Pak Din garang macam singa. Masa tu aku nangis... nangis teresak... esak. Kalau mak hidup lagi. mesti tak jadi macam tu. Walaupun mak pun buat dunno kat aku, yelah mak kan sayangkan adik aku lebih. Asyik adik aku je mak cari. Tapi kalau aku minta barang apa, mak bagi. Tak macam Pak Din asyik nak mengamuk je.

Aku telah dijumpai oleh seorang budak india. Semua orang kejar aku masa tu nak tangkap aku. Macam main polis entri. Damn aku tak berjaya melarikan diri. Dorang pujuk aku balik. Dari jauh aku dah nampak Pak Din kat depan pintu rumah. Dia tenung aku. Aku tunduk bawah... aku takut. Bila semua jiran dah balik, aku kene belasah dengan tali pinggang. Malam tu lah malam paling teruk aku kena pukul. Aku tidur dalam kesakitan... birat badan aku. Aku minta kat Allah SWT ambil nyawa aku. Aku dah tak mau hidup. Kat dunia ni tak ada orang sayang aku. Abang aku ada cakap dengan aku yang mak dengan Pak Din nak anak lelaki masa mak mengandung aku. Sekali dapat aku.. tu yang dapat adik aku. Mak aku sayang gila kat adik aku. Dah tu adik aku comel... putih... ala semua la adik-beradik aku lahir putih... putih... comel... comel... aku je buruk dan hitam macam negro. Orang selalu cakap aku anak angkat.

Tetiba aku macam dengar ada orang datang dekat aku. Aku pura-pura tidur. Orang tu usap... usap rambut aku. "Janganlah nakal sangat..." dia cium dahi aku. Pastu dia pergi. Dan aku pasti dan confirm itu adalah Pak Din.

bersambung.....

No comments:

Post a Comment