20100620

rindukan bau kamu

Assalamualaikum,

Bunyi phone binggit telinga. Aku meraba-raba bawah bantal.

dania: cla, bangun dah pukul 6 suku. Cepat mandi aku nak basuh rambut
aku: Aku tak pergi kerja arini.

klik...... aku sambung pandang siling. Aku mengalamun. Semalam aku mimpi Pak Din. Pak Din datang senyum. haishhhh rindunyeeee....

________________________________________________

"bye, claaaaaaaaaaa" kawan aku berlari-lari laju menuju ke sebuah Proton Wira. Waktu itu aku baru berumur 8 tahun. Aku pandang jauh. Alangkah bestnyeee kalau Pak din ambil aku kat sekolah hari-hari. Aku senyum berdiri tegak sambil berangan....

Malam itu, aku memberanikan diri untuk mendekati Pak Din. Pak Din tengah kusyuk mengilap kasut kerja. Al-maklum polis la katakan, kasut hitam mesti kilat.

aku: Bapak, kalu esok ambil cla kat sekolah boleh?

Pak Din diam. Aku setia menanti jawapan dan Pak Din masih diam. Aku rasa nak setengah jam aku berdiri tegak depan pak din. Pak Din still buat dunno. Aku masih tak berganjak menanti jawapan. Kakak sulung aku dah jeling-jeling. Aku geram... aku lari masuk bilik. Tidur lagi bagus.

esok pagi-pagi aku siap nak pergi sekolah agama. Aku malas nak pandang Pak Din macam selalu. Berlagak... nyampah! Macam selalu, aku akan tala tangan aku minta duit belanja. Tapi kali ni aku tak pandang lansung muka Pak Din. Sebab aku masih bengkek dengan dia.

Pak Din: petang karang tunggu kat padang tepi pak guard

Pak Din blah. Aku tersenyum. Macam mimpi je. Aku terus tersenyum sampai ke petang. Cikgu denda aku berdiri kat kerusi pun aku senyum lagi. Aku tak buat homework sebab aku marah kat Pak Din kan aku terus tidur. Arghhhh, tak kisah la. Janji aku tak sabar-sabar nak tunggu loceng waktu balik.

KRINGGGGGGGG.... aku berlari pecut menuju padang. Aku rasa aku No 1 kot yang lari keluar kelas. Aku sampai kat pondok pak guard, aku usha kiri kanan cari Pak Din. Hidung aku kembang kempis menyedut oksigen.

kawan: "Cla, kau tunggu siapa? Tak naik bus Cik Mansor ke?"
aku: tak hari ni bapak aku ambik...

Bercahaya-cahaya mata aku jawab. Rasa bangga tak terkata. Seorang demi seorang kawan aku melambai pergi. Tapi batang hidung Pak Din masih tak nampak-nampak. Aku tadi berdiri kini dah duduk menyandar kat tepi pondok pak guard. Aku tengok langit dah senja.

pak guard: dik, tunggu siapa? Pak cik dah nak tutup pagar.

Aku tak pandang muka pak cik tu. Aku diam membisu.

pak guard: tak pe lah, nanti lagi 15 minit kalau tiada siapa ambik adik. Pak cik tolong hantar yer...

Pak cik itu berlalu. Tepat 15 minit belum sempat pak cik itu nak tanya. Sudah kedengaran bunyi PON... PON... PON... itu bunyi vespa Pak Din. Aku bangun... terjengket-jengket kaki nak pastikan. Yeayyyy Pak Din datang. Kan aku dah cakap. Pak Din mesti datang punya.

Aku berlari terus duduk kat belakang. Aku peluk pak Din kuat-kuat. Aku cium-cium Pak Din. Pak Din diam je bawak vespa balik rumah. Sampai sekarang aku masih ingat lagi bau Pak Din. Aku sayang sangat kat Pak Din. Dan sekarang aku rindu bau Pak Din....

________________________________________________

"Bapak, cla datang bawak jering ni. Cla tanam tepi ni lah, bapak kan suka makan. Cla nak bawak kari kepala ikan, takut bersemut pulak." "Bapak ni subur la, cepat benar rumput tumbuh panjang hihihihi" " Bapak, cla nak mintak maaf sebab setahun sekali atau dua kali je cla datang. Bapak rileks yer jangan marah. u always in my heart la hihihihi"

:)

20100615

FUCK YOU

Assalamualaikum,

"FUCK YOU"... "YOU ARE BUSTED"... "MAK KAU *&%$#"... "MAK KAU $%^*# BAPAK KAU"... "HALIMAH BOHSIA".... "SUZANA LOVE CIKGU KASSIM"... Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku mencarut-carut ni kan. Mesti korang tengah mengutuk aku kan "pakai tudung tapi mencarut". Dan aku menjawab "ada aku kisah". Ahahhahha... giler ke? no la... aku teringat peristiwa zaman remaja aku la. Zaman aku main conteng-conteng kat dinding toilet... kat bus stop dan semua dinding yang ada kat sekolah. Makcik kan creative bab-bab macam tu.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1996, masa itu makcik berusia 13 tahun. Kira baru masuk sekolah menengah la katakan. Time tu dh rasa "AKU DAH DEWASA SANGAT" pewiiitttt... pakai kain biru muda labuh giler, seret-seret kat lantai tau. Pakai kasut panguin. Yang pasti tak mau lagi naik bus sekolah okeyyy. Tak dewasa la naik bus sekolah. Makcik naik bus 'parkmay' tak pun naik bus 'intrakota'. dalam bus boleh usha abang-abang pergi balik kerja. Tak pun budak-budak lelaki sekolah lain. Al-maklum la, makcik sekolah perempuan dulu. Geng-geng makcik kan gatal-gatal... makcik je gatal sikit ahahahha!

KRINGGGGGGGGGG.... kami semua berpusus-pusu masuk class. Tengah kacau bilau bertambah mulut yang berpot-pet.. pot-pet... tetiba muncul seorang wanita anggun berpakaian baju kurung terletak cantik masuk ke kelas... tetiba ada seorang budak kelas aku ni memang gila kuasa menjerit "bangun".. semua berdiri termasuk la aku. "Selamat Sejahtera Cikgu..." bila masa ntah kitorang pilih dia jadi monitor...

cikgu kelas: Thank you... please sit down

kedengang... kedengung bunyi kerusi kami.

cikgu Kelas: My name is Puan ******. I am your english teacher. Dan saya juga cikgu kelas kamu. Selamat datang ke sekolah ini....

kemudian dia senyum... cute!

cikgu kelas: Pertama, saya nak seorang... seorang bangun memperkenalkan diri. okey, kita mula dari sana...

Bermulalah acara memperkenalkan diri. Dari seorang ke seorang.. sampailah giliran budak gila kuasa tu. Cewahhh, dia bangun penuh bergaya.

Budak gila kuasa: Nama saya *******... Cikgu, saya nak tanya sesuatu boleh?
Cikgu kelas: okey, tanyalah...

sebelum nak tanya, dia pandang kiri... kanan... macam bagus je. Sebaik aku pun baru junior kat sekolah masa tu. Kalau tak, dah lama aku ajak geng aku sound dia kat tepi longkang...

Budak gila kuasa: Boleh saya tahu apakah makna "FUCK YOU". Bila saya pergi ke toilet banyak perkataan ini terconteng di dinding....

Habis sahaja soalan dia, kami satu kelas tergelak terbahak-bahak. Ingatkan hebat sangat... itu pun tak tau. Alahai, takkan suci sangat sampai tak tahu perkataan itu kan. Ahhahhahahahahahhahha...

Cikgu kelas: Lepas habis kelas kamu jumpa saya. Nanti saya terangkan. So next please...

Budak gila kuasa tu tunduk malu. Slow... slow dia duduk. Kalau nak tahu aku la gelak paling kuat. Aku tak puas hati dengan dia dari awal. Padan muka dia, sebab masa tak da cikgu. Dia jeling-jeling kat aku... pastu dia tunjuk jari telunjuk kat bibir suruh aku diam. Suka hati aku la... sibuk! Ahhahahahahha.... aku gelak lagi! Sekarang hati aku dah puas...

MORAL: Biar masa muda remaja kita nakal, bila dah mula nak masuk awalan alam dewasa ni kita dah tak nakal. Ahahahha... nasihat dari aku yang poyo. Makcik kan dah senja menanti malam so kadang-kadang makcik teringat peristiwa siang hari. ahahhahahah... :P

20100613

Pisau Cukur

Assalamualaikum,

BUT I RASA,I ♥ THIS MOVIE LEBEY LAGI :P SEBAB ADA ♥AARON AZIZ♥ YEAYYYYY























30 Hari Mencari Cinta

Assalamualaikum,

My friends suruh saya tengok movie ni. Just share kat sini untuk ditonton bersama kawan-kawan yang lain. SO ENJOYYYYY :P!