20101231

GOODBYE DIU

Assalamualaikum,

Azam? Setiap masuk tahun baru, persoalan tentang azam sering ditanya. Apakah azam tahun baru anda? Aku? Apakah azam tahun baru aku? Aku nak cari duit banyak-banyak. Aku nak diri aku jelita sentiasa. (jangan muntah yer) Aku mahu sinar mentari ceria yang melimpahi di segenap ruang alam hidup aku dari awal tahun sampai bila-bila. Boleh tak? Aku ni melebih-lebihkannnnnn. (giler geli aku baca ayat aku dalam perengan ini)

Sebenarnya, aku cuma mahu kebahagiaan dalam hidup aku. Aku mahukan ketenangan. Adakah aku tidak tenang kini. Alhamdulillah setelah apa yang aku lalui selama ini, aku rasa diri aku makin kuat seperti Sailormoon. Apakah masalah aku sebenarnya? Aku rasa biar sahaja menjadi rahsia aku, dan aku rasa hanya aku sahaja yang boleh menyelesaikannya. Yang pasti setiap masalah berturut-turut yang aku hadapi itu memang aku rasa.... ntah! (Aku pun geli bila aku baca perengan ini juga)

Kadang-kadang pernah juga aku fikir yang aku ni malang ke? Kalaulah aku berfikir dalam keadaan kurang waras mungkin aku meroyan. Aku mungkin akan bunuh diri. Tetapi aku orang Islam yang masih punya otak. Bagi aku, semua yang terjadi itu adalah dugaan dari Allah SWT. Mungkin aku ni banyak dosa, so Allah SWT nak tegur aku. Aku tahu Allah SWT sangat sayang aku. Aku berfikir.. aku fikir dan fikir dan fikirrrr. Sebenarnya banyak benda yang Allah SWT beri option kat aku. Sama ada aku ni nak pergi kiri atau kanan. Aku hampir-hampir hendak ke kiri. Yang ajaibnya Allah SWT telah membuat hati aku memilih kanan. Kalaulah aku pilih kiri mungkin aku bukan Darsila Shamsuddin kini. Alhamdulillah... Thanks Allah SWT.



Sebenarnya, tahun baru ni banyak revolusi akan berlaku dalam hidup aku. Salah satu ialah... tidakkkkkk aku akan tukar unit :(. Aku masuk buat magazine balik. Yeah ini adalah perubahan paling kecil dalam hidup aku tapi banyak beri impak juga. Salah satu sebab kenapa aku suka pergi kerja sebab aku suka kerja yang aku buat sekarang. Tapi nak buat macam mana, aku perlu menjadi seorang yang universal bila bekerja dengan orang... makan gaji. Sebab apa aku kena tukar macam biasa aku tak mahu mention nanti orang cakap aku riak. Mungkin benar, orang lain tahu kelebihan kita dan dia tahu kita boleh buat. Dan mungkin benar firasat kita, yang kita tidak boleh buat benda itu. Siapa tahukan? Baiklah, aku tak mahu orang cakap aku cepat mengalah tanpa mencuba. Baiklah , aku akan pikul dan melambai tangan ke arah kerja yang aku suka. Baiklah, aku menurut perintah. Mungkin ini peluang aku untuk memajukan kerjaya aku. Siapa tahu? Dengan Bismillah aku melapangkan dada untuk menghadapinya...


Bagi aku, berada dalam unit DIU banyak mengajar aku pelbagai perkara. Yeah, macam-macam aku buat. Aku buat research untuk benda baru, aku bagi idea baru, aku terlibat banyak benda dan tidak stick satu magazine je. Kira kerja aku pelbagai dan aku suka itu. Tapi mungkin benar aku sesuai dengan tugasan baru ni. Aku tiada pilihan lain... aku tak mahu orang cakap aku selfish. Makanya aku menurut perintah. Ahahhahah... aku benci hadap dateline sama je... buat benda sama je. Kot-kot sebab muka aku yang awet muda ni dia suruh aku handle kerja itu kot. Mak kan sentiasa berjiwa muda (jangan muntah yer) Ahahahhaha... Baiklah lepas ini aku akan pastikan dateline akan awal sehari pastu siap dapat jackpot. Hah cepat muntah laju-laju.

Anyway, thanks kat bos aku kak ira. Sebab banyak ajar aku. Banyak tolong aku... dan lain-lain banyak. Anda adalah bos terbaik yang pernah aku ada kak. Serius benar, itu pasal aku sayang nak tinggalkan unit ini, aku berat hati. K la tapi kita still kerja tempat sama cuma dah tidak satu unit je.... UWARGHHHHHH! Terima kasih berusaha cuba mengekalkan aku dalam unit kau kak. Aku terharu, nanti aku nak jadi macam kau kak. Mempunyai PR terbaik dan lebih systematic macam kau kak. Ahahhahh... UWARGHHHHH AKU SEDIHHHHHH, AKU NAK STAY KAT UNIT NI TAU TAK!

MORAL: Setiap kejadian ada sebab... Think positif! Aku harap biarlah perubahan kali ini ke arah positif :). Dan azam aku tahun ini nak belajar karate untuk persediaan nak handle orang degil itu. HIYARKKKKK! Tak sukalahhhhhh

20101230

Sorotan Cerita Kelakar AFF Piala Suzuki 2010

Assalamualaikum


Aku tahu semua rakyat Malaysia dan Indonesia menonton perlawanan akhir AFF Piala Suzuki 2010. Yuhuuuuu aku suka, disebabkan aku rakyat Malaysia yang berada di Malaysia makanya aku cuti esok. I lebiu laaaa kat abang Mohd Safee Mohd Sali kerana menjadi wira negara. Mesti dapat tanah berekar-ekar lepas ni. Kikikikiki gurau je...

Pada mulanya 1 Dec , rakyat Malaysia begitu kecewa atas kekalahan teruk pasukan Malaysia dalam perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora dengan jumlah jaringan gol 5-1. Sekali pun Malaysia time tu terlebih dahulu menjaringan gol oleh abang Norsharul Idlan. Ini bertambah kecewa apabila abang Asrarudin menjaringkan gol sendiri pulak.

Malaysia masih lagi di tempat ketiga dalam kedudukan kumpulan A pada masa itu dan masih bergelut untuk mencari rentak permainan. Pada 7 Dec, Malaysia menang bergaya, 5-1 ke atas Laos. Dan sekali gus membuat Malaysia berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Suzuki 2010.


Dengan langkah penuh bergaya pada 15 Dec, Malaysia menang 2-0 separuh akhir pertama Piala Suzuki 2010 dengan menewaskan Vietnam dengan rembatan gol dari abang Mohd Safee Sali pada minit ke 60 dan juga 79. Pewittt! Kemudian dengan terikat seri 0-0 pada pusingan yang kedua, sah Malaysia masuk final beb.

Kemudian Pada 26 Dec, Sekali lagi Malaysia menang bergaya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Pada masa itu Penonton di Stadium Bukit Jalil dianggarkan 80k ke 90k orang.. gila tahu sumbat. Dan malam semalam 29 Dec, walaupun Indonesia menjaringkan 2 biji gol dan sekali lagi abang Mohd Safee Mohd Sali menyumbangkan 1 gol. Tetapi Indonesia tidak mampu mengejar markah Malaysia. Dan hasilnya esok aku cuti... YA AKU SUKA!

Dah macam pengulas sukan lak aku rasa. Ni hah, berbalik pada tajuk sebenar. Disebalik perlawanan AFF Piala Suzuki 2010 ini, ada juga terselit cerita-cerita lucu yang buat aku bantai gelak macam nak mampus. Aku tak tahu la kalau korang rasa kelakar ke tak. Ni hah aku telah listkan calon-calon peristiwa kelakar itu. Calon-calonnya ialah:



Indonesia merajuk
8 minit masa tambahan diberi pada perlawanan final pertama AFF Piala Suzuki 2010 kerana penjaga gol Indonesia Si Markus merajuk tak mahu main sebab kena kacau dengan laser hijau dan juga mercun yang diletupkan. Tak baik merajuk nanti cepat tua tau. Lepas itu, segala cara telah dicuba untuk mengesan sama ada benarkah laser hijau itu datangnya dari penyokong Malaysia ataupun Indonesia. Maka anasir telah menyatakan bahawa rupa-rupanya ianya datang dari Ultraman yang datang menyokong. Kira ianya datang dari penyokong Jepunlah. Ultraman made in Japan maaaa... kikikikiki gila~



Malaysia guna dukun
Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam. "Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,?lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia. Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,?kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil. Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. Kikikikiki, dey tambi! Apa pasal lu tak masuk Raja Lawak, lucu benar la bapak Andi S Chalin ni. Memang penganti sotong Paul la dia ni.



Julia Perez nak bagi laser dari dada
JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok. Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan serangan laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu. Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal. Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan. Ia, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,?katanya lagi Kahkahkah... yang ini paling aku tak boleh tahan. Lantaklah orang nak pandang aku secara sinis. Lawak paling... palinggg... palingggg... tak terkata dek akal. Macam haram betul la si Julia Perez ni. Dia ni pelakon ke atau badut ni. Aduhaiiiiiiii.... haiiiii.... kahkahkahkah! Creative betul la dia, boleh pergi jauh. Bagus... bagus...

Tetapi yang ini



pewitttttt.... dah berpunya belum? Ok bye, sekian terima kasih :p

MORAL: Anda perasan atau tidak. Kalau mula-mula pasukan Malaysia kalah teruk pada awal permaianan dan of coz telah dicemuh. Namun mereka tidak mengaku kalah dan tidak berputus asa. Mereka terus berusaha sehingga berjaya. Now u can see diorang kini telah disanjung oleh mereka yang pernah mencemuh mereka. Renung-renungkannnnn!

20101229

Mereka Songsang, Adakah Saya OK?

Assalamualaikum,



Pasti antara kamu mengetahui tentang kisah Azwan Ismail bersama videonya di youtube bertajuk "Saya Gay, Saya Okay". Kisah ini berlaku dalam kira-kira dua atau tiga minggu lepas. Kira baru je jadinya pun. Azwan Ismail bersama empat belas kawannya lain telah berani tampil ke depan untuk menjadi honest di seluruh di dunia siapakah beliau sebenarnya. Mereka dah tak mahu hidup dalam hipokrit. Malah mamat ni cakap selepas dia berterus-terang, dia berasa lebih berkeyakinan kini. Siapakah empat belas orang yang lain itu? Mereka ialah Gabrielle Yong, Alvin Ng, Gary Ooi, Joe Pang, Kavidha Natarajan, Michelle Nor Ismat, Nabila Nasir, Nisha, Pang Khee Teik, Peter Ong, Seetha, Sharaad Kuttan, Sulastri dan Tina Fazlita Fadzil.



Pada 11 december 2010, telah berlansungnya satu majlis yang dikenali sebagai "seksualiti merdeka". Yang menegakkan pendirian kepada dunia supaya berlaku adil pada golongan homoseksual ini. Mereka mahu dilayan secara adil seperti orang-orang straight macam kita ini. makanya terciptalah satu komplikasi video yang bertajuk "IT GETS BETTER IN MALAYSIA" by Jay Sheldon.

Apakah Seksualiti Merdeka?
Seksualiti Merdeka is an annual sexuality rights festival held in Kuala Lumpur, Malaysia. Seksualiti Merdeka features a programme of talks, forums, workshops, art, theatre and music performances, interactive installations, and film screenings, organised by a coalition of Malaysian NGOs, artists and individuals. Merdeka is the name for Malaysia's Independence Day (Aug 31), hence Seksualiti Merdeka can be loosely translated as "Sexuality Independence". (sumber dari wikipedia)

So siapakah Jay Sheldon?
my name is Jay. I live in Kuala Lumpur, Malaysia. I'm older than dirt. I've been here for about 7 years now. I'm gay. If this bothers you, you're in the wrong website. But, being gay isn't "who" I am. I mention it right up front simply because it colors how I think, and some of the things I do. There... just so you won't be shocked. I believe that our lives are all about our experiences. I've been a radio dj, a private detective, a television host and director/producer, a sheriff's deputy (cop), As you can see, I've had a wide and weird variety of jobs, all of which gave me an incredible list of experiences in my life. (sumber http://www.jaysheldon.com/) Hendak mengenali dia lagi sila clik: http://jaysheldon2.blogspot.com/



Pada asasnya project "IT GETS BETTER" ini dari idea Dan Savage. So siapakah pula Dan Savage ni?
Daniel Keenan Savage (born October 7, 1964) is an American author, media pundit, journalist and newspaper editor. Savage writes the internationally syndicated relationship and sex advice column Savage Love. Its tone is frank in its discussion of sexuality, often humorous, and hostile to social conservatives, as in the Santorum controversy. Savage, who is gay, has often been the subject of controversy regarding some of his opinions that pointedly clash with cultural conservatives and those put forth by what Savage has been known to call the "gay establishment". He has also worked as a theater director, both under his real name and under the name Keenan Hollahan, using his middle name and his grandmother's maiden name. (sumber dari wikipedia)

Alahaiiii!!! Macam inilah kalau macam itu pembunuh pun boleh keluarkan video dengan mengatakan begini: "TOLONG TERIMA SAYA, SAYA SUDAH DILAHIRKAN SEBAGAI PEMBUNUH. SUDAH NALURI SAYA YANG SUKA MEMBUNUH". Yang i marahkan nama-nama Islam yang buat pengakuan itu. Yang beragama lain tu i tak kisah sangat. Asal pandai sangat dengar cakap orang kafir ni. Seriously i dah cari info-info tentang mereka itu. Mereka itu semuanya berpendidikan melambung tinggi. Kerja hebat-hebat. Itulah kalau dah pandai sangat. Degil nak melawan Allah SWT. Cakap omputih 24 hours tapi janganlah uols terbih pandai macam omputih juga yer. Oh, lupa pulak i yang uols ini "MELAYU URBAN". Tapi uols, memang Islam tidak melarang kebebasan tapi perlu ada batasan supaya tidak memudaratkan.

Akibat video "Saya Gay, Saya Okay" yang dibuat oleh Azwan Ismail. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang? Mamat ini sekarang dalam ketakutan sebab orang ramai yang menonton videonya telah mengugut akan mencederakannya. Kesian dia, hati-hati yer. So Azwan Ismail silalah buat taubat nasuha mana tahu jadi apa-apakan. U pun tak boleh marah diorang sebab diorang pun ada pendirian: "KAMI TIDAK SUKA PADA MEREKA YANG MELAWAN FITRAH YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT. TOLONG TERIMA KAMI". Mereka juga berasa begitu berkeyakinan bila mengatakan begitu.

I bukan tak ada kawan-kawan macam ini. I hari-hari jumpa kot. Tapi dengan cara menyatakan secara terbuka dan seakan-akan begitu berbangga tak macam calit tahi kat agama Islam ke? I tahu, I bukan bijak pandai nak mengadili uols ini. Ya, I pun bukan insan yang suci yang boleh terlepas dari melakukan dosa. Dan ya, hanya Allah SWT sahaja yang layak. Tapi dengan cara ini, U seolah-olah mencabar Allah SWT. Ini bukan tentang soal hati U tau, tapi ini soal agama. Serius apa yang U rasa itu adalah nafsu. Salah satu hasutan syaitan untuk menyesatkan U. Dan kita yang di luar ni, kena fikir juga. Cara kita menghukum mamat ni umpama kita ni takda dosa lansung aje kan. Kemain lagi pung... pang... pung... pang sana sini. Kemain uols ni tau. I baca tau uols punya comment. Seram bulu tengkok mak uols. Kita pun ada dosa. Jangan nak ngeleng-ngeleng uols, tu yang uols pengang tangan aweks ke tangan balaks ke. Dosa tau uols bukan muhrim. Tu baru contoh sikit je tu.... no... no... nooooo! So bila nak berkata-kata pasal satu kejahilan, kita kena teropong diri sendiri jugak uols. Ouchhhh, malu mak.

Dan ingatlah, "seksualiti merdeka" ini berniat untuk meminta hak untuk golongan macam mereka agar dilayan seperti manusia biasa. Dihormati dan tidak disisih. Kesian diorang, uols ni tak baik tau buat diorang macam itu. Jahat... jahat.. jahat tau! Yer murni niat mereka itu. Tetapi ia tetap salah. Islam melarang keras tentang kegiatan homoseksual. Ini kerana ia amatlah memudaratkan manusia. Sebab-sebabnya ialah:
  • Hubungan sejenis boleh menyebabkan generasi baru tak boleh diteruskan. Tak mungkin dengan mengadakan hubungan sejenis boleh melahirkan anak. Nanti siapa nak jadi pewaris untuk menegakkan Islam.
  • Mengadakan hubungan sejenis boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang, kanser usus, sakit kemaluan, buasir and penyakit kulit. Permainan seks tu kotor and luar tabii. Sah-sah banyak betul penyakit.

Dan banyak lagi. Uols ni takkanlah mak nak kena listkan. Uols kan pandai, malah ada antara uols ni orang NGO lagi. Macam Nabila Nasir tu, U kan orang kuat satu organisasi NGO pasal hak asasi wanita.Tina Fazlita Fadzil yang i tahu u ada terlibat dengan clinic pasal HIV lagi kan. So u pun mesti lebih arif dan bijak dalam bidang sakit-sakit kelamin ni.

"Born Md Nor Ismat, and currently living as a girl (for the past 1 year) as Michelle Nor Ismat @ Michelle Y. Setsuna." Alahai, dia memang comel cute je bila pakai baju pink itu. Tapi kalau dia pakai baju lelaki mesti lagi hensemkan. "Born into a Muslim family, my parents (like any other "rational" Muslim parents in Malaysia) would tell me not to question about God. Which, as I grow up, makes no sense as there are plenty verses in the Holy Quran that hinted that as Muslims we should. Not question in a negative manner, but question in a questing manner. We are supposed to question His existence in order to find Him, not to deny Him." :))))))) (sumber http://radicalsinsight.blogspot.com/)

Macam inilah, I rasa setiap kejadian itu ada sebab kenapa ia berlaku. Kita semua tidak boleh menghukum seseorang itu hanya berlandaskan fakta sahaja. Kita juga kena halusi emosi mereka juga. So rasanya bagi pihak yang bertanggungjawab dalam kes-kes begini perlulah bertindak segera untuk menangani masalah sosial ini. Mungkin dengan cara berjumpa dan mengenal pasti apa masalah yang mereka hadapi. Beri mereka kaunseling dan selami perasaan mereka. Islam memang melarang budaya yang tidak sihat ini. Tetapi Islam juga tidak mengajar cara kekerasan. Islam itu adalah indah. Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka kembali bertaubat. Maaf budaya homoseksual itu memang dilarang keras dalam Islam, tiada tolenrasi. Tapi I percaya uols akan terima juga hakikat itu suatu hari nanti dan berharap ianya tidak terlambat... Aminnnn~

Firman Allah: Kejadian itu adalah satu ayat Allah, tetapi banyak orang yang tidak percaya.
Sungguh hebat dan mengerikan sekali siksa Tuhan yang ditimpakan kepada kaum Lut, kerana kejahatan yang mereka lakukan adalah puncak segala kejahatan, iaitu yang dinamai kemesuman, bahkan puncak dari segala perbuatan mesum. Pembunuhan, perzinaan, perompakan semuanya itu adalah perbuatan mesum, perbuatan yang menjatuhkan darjat manusia. Tetapi melepaskan nafsu berahi (sexual) antara sesama lelaki atau sesama wanita, adalah lebih mesum dari semua kemesuman-kemesuman yang tersebut di atas ini. Binatang pun tak pernah melakukan kemesuman semacam ini.

Bagaimanakah jadinya masyarakat manusia kalau kemesuman seperti itu bermaharajalela dan merata? Akibatnya ialah terhentinya keturunan, manusia akan lenyap dari permukaan bumi. Bumi akan kosong dari makhluk yang bernama manusia. Bumi akan didiami hanya oleh binatang binatang lata.

Ya, sampai demikianlah jahatnya manusia berakal kalau dibiarkan, kalau tak mahu menurutkan pimpinan Allah dengan perantaraan para Nabi dan RasulNya. Manusia akan kehilangan rasa malu, bila meninggalkan pimpinan Allah dan RasulNya. Tanpa perasaan malu, manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang yang tak punya akal. (sumber http://alhakelantan.tripod.com)

Nauzubillah~

(semua fakta dan gambar dari sumber: http://en.wikipedia.org, http://alhakelantan.tripod.com, http://www.nst.com.my/nst/articles/Health_HelpontheSafeside/Article/, http://championingsara.wordpress.com/2010/11/03/nabila-nasir-in-malaysian-today/, http://www.seksualitimerdeka.org/, http://radicalsinsight.blogspot.com/, http://www.jaysheldon.com/)

20101228

Sekolah Punya Hal

Assalamualaikum,



Alamatnya next week, start baliklah jalan jamm. Budak-budak dah masuk sekolah balik. Aku pernahlah juga gatal fikir mencari punca-punca kenapakah jalan menjadi sesak bila musim persekolahan. Ini yang aku jumpa mungkinlah kot... kalau nak confirm betul-betul korang pergilah check kat Jabatan Traffic Malaysia okey.

  • Perasan atau tidak bila ada lorong susur ke kiri contohnya di area Mid Valley yang nak masuk ke Cheras / Jalan Klang Lama ataupun area ampang yang hendak ke ampang point tu mesti jamm. Sebab yang aku dapat detect, pemandu-pemandu bijaksana yang nak masuk ke susur kiri itu potong line. Duduk di lorong kanan sekali pastu tetiba bagi signal nak ke kiri. Lepas tu terhegeh-hegeh nak masuk sebab orang di lorong kiri tu tak nak bagi masuk. Kan bijak sungguh mereka itu.
  • Mereka hebat kerana memandu sports car. Kuasa kuda tahap dewa dewi. Tapi bawa macam tuttttt... tuttttt.... guna pula lorong paling kanan, lorong 110km/j tapi dia tekan clutch 40km/jm je. Bijak... bijak anak siapalah tu.
  • Jap ke kiri... jap ke kanan. Tetiba laju... tetiba perlahan. Sekali tengok, awek dengan balak tengah main geli-geli. Agak-agaklahh kan kalau kemaruk sangat berhenti tepi jalanlah. Tak menyempat, itulah dah gatal sangat. Nauzubillah betullahhh tak reti malu, beruk pun tahu malu.
  • Ini pun sama, jap kiri jap kanan! Rupa-rupanya tengah sesat cari jalan. Dekat telinga ada phone. Kalau yang macam aku pakai tudung selit je kat celah tudung. Tak payah pakai handfree... jimat! Aik, macam biasa je.

Dan banyak lagi. Nantilah aku buka entry baru. Sebab-sebab yang aku bagi tu, aku rasa takda lansung pasal sekolah kan. Kenapa dengan aku ni? Aku rasa mesti setiap lorong atau celah bedah tu ada sekolah kot. Cuba korang perhatikan, mak bapak kalau ambil anak kat sekolah. Selagi boleh dekat depan pintu class dia nak park kereta. Kalau boleh selepas habis je anak dia bagi ucapan "TERIMA KASIH CIKGU" terus lompat masuk kereta. Sayang anak berpada-padalah, bagilah anak tu excercise sikit.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal problem-problem kat atas itu. Ini aku nak tanya. Korang ingat tak bila nak buka sekolah, mesti mak bapak korang ajak pergi Kamdar ke takpun Globe pergi cari kasut sekolah baru, baju sekolah baru, spender baru... OPS! Time inilah selain hari raya memang pow mak bapak habis-habisan. Sekarang turn anak korang lak pow korang.. padan muka~



Macam biasa, aku ni banyak kenangan. Aku teringat lagi, itulah kali terakhir aku shopping baju sekolah dengan Pak Din. Seingat aku, time itu aku nak masuk darjah tiga. Aku dah ada mak tiri dah masa tu. Pak Din mana ada kereta, dia cuma ada vespa je. Aku pun tak tahu kenapa dia tak mahu beli kereta. So manalah muat nak naik vespa hijau dia tu, mak tiri aku lagi, adik aku lagi... ni hah aku lagi. Dia suruh aku follow mak tiri aku dengan adik aku naik teksi. Aku tak mahu, aku nak ikut Pak Din jugak. Aku rasa dia dah masak sangat dengan perangai aku yang suka sangat tarik perhatian dia. Mesti Pak Din rimas. Hello my father, actually wa bukan nak follow lu sangatlah dad! Wa cuma nak pastikan lu selamat je dad. Wa ni kan caring orangnya. Lu dah la sakit time tu, lu nak bawa vespa sorang-sorang. Lu lagi satu, nape lu tak mahu join naik teksi. Lu sayang sangat dengan vespa lu kan. Lu pun degil, wa pun degil macam lu la. Wa kan anak lu, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Tengah kitorang on the way, tetiba vespa Pak Din buat hal. Kan wa dah cakap. Sebaik wa ada time tu. Pak din turun.. Aku pun turun gak. Pak din check vespa, aku rasa plug motor problem. Rumah kitorang time tu nak keluar dari area situ memang kena lalu hutan kecil dulu. Kalau korang masak benar dengan area empat tin mesti tahu punya. Nak keluar dari situ kena naik prebet sapu. Jangan main-main, ingat kat KL takda prebet sapu ke. Tapi sekarang kat situ dah maju. Dah jadi jalan short cut pergi sentul... pergi gombak.

Pak Din tolak vespa, yelah mana ada bengkel kat tengah hutan tu. Sebaik aku ada, boleh gak aku hiburkan hati Pak Din. Aku nyanyi-nyanyi... aku rasa dia menyirap sebab dia suruh aku diam. Aku ada offer diri nak tolong tolak vespa dia. Dia yang berlagak, kata aku budak kecil. Pastu siap pesan jangan nak sentuh vespa dia. Asal lah ego sangat Pak Din ni, wa kesian dengan lu. Lu tu sakit, wa tak boleh tengok lu susah. Wa sayang lu. Lu tahu tak.

Masa itulah Pak Din bebel-bebel kat aku. Selalu diam je tetiba hari itu dia ajak aku borak. Bukan ajak borak pun, dia banyak marah aku je. Dia suruh aku belajar pandai-pandai. Jangan jadi macam dia. Bila dah pandai boleh beli kereta besar... boleh beli rumah besar. Bukan orang lain yang senang. Dia cakap aku juga yang senang. Aku diam je...

Sekarang bila aku dah ada kereta tapi tak besar pun. Aku teringat cita-cita aku masa kecil. Nak bawa Pak Din ronda-ronda. Tapi nak buat macam mana tak sempat.... haishhh! Kalau Pak Din hidup lagi mesti sampai sekarang aku dengan dia mesti asyik gaduh. Tapi takpa, mesti aku akan ajak dia duduk dengan aku. Sebab aku nak jaga dia. Biarlah dia nak bebel dengan aku berapa jam. Meriah sikit takdalah macam sekarang... aku rasa sunyi~ hurmmmmmm!

20101227

Hanya RM1

Assalamualaikum,



Hari ahad lepas, yakni semalam adalah hari basah ketiak satu baldi sedunia aku. Aku keluar dari seawal pagi sampailah pukul satu pagi baru aku balik. Tapi berbaloi-baloi kot untuk merealisasikan cita-cita aku untuk memiliki body seperti Jessica Alba kelak :P!

Ni aku bukan nak story pasal berapa gelen peluh aku keluar ataupun pertandingan lemak siapa lebih hebat antara aku dengan Jessica Alba. Ini aku nak story tentang `Restoran Rakyat 1 Malaysia' yang aku tahu ada dua cawangan kat KL satu dan dengan kat Shah Alam satu.Kat PJ pun aku rasa ada.

Yang aku pergi kat KL punya.. ni address dia No. 9, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Ni baru first time aku makan kat situ. Macam jakun jugak la. Terkial-kial nak ambik lauk kat mana? Nak ambil air kat mana? Yang semuanya self service. Sampai kena tegur dengan satu kakak. Mesti dia tanya dalam hati, BUDAK PHERAQ manalah yang terlepas ni.

`Restoran Rakyat 1 Malaysia' dimiliki koperasi Ukhwah. Yang aku dengar cerita semua makanannya dimasak secara gotong-royong oleh sukarelawan yang baik hati dan suci murni. "BAJU YANG KOTOR BOLEH DICUCI, HATI YANG SUCI SUKAR DICARI".



Murah... Murahhhh... Murahhhhhhh... dengan RM1 aku boleh makan sekeping roti canai dengan teh tarik. Aku siap belanja kawan aku makan lagi. Yang pasti teh tarik dia secukup rasa takdelah tawar macam kat... hurmmm takmau la aku nak mention. Dan lagi satu yang goreng roti canai tu orang melayu siap berserban dikepala. Yakni IsyaAllah benarlah Islamnya.



Keadaan dia, MasyaAllah bersih. Aku dah usha line memang takdalah tikus lalu. Kerusi meja tip top. Ni aku nak bagi tahu meja dia batu mamar lagi. Dan paling aku suka juga tu, ada WIFI... so takyah lagi nak beli air belasan ringgit nak guna WIFI. Ye la ada orang tu lepak kedai kopitiam pasal nak buat kerja pakai WIFI. Ni dah takyah, korang pakai modal RM1 siap dapat air dengan makanan lagi. Apa lagi... murahhh... murahhhh... murahhhh!

Psst... pssst... aku takda share pun dengan organisasi restoran ni. Cuma menyokong benda yang aku rasa bagus. Yelah bukan semua orang Malaysia ni kaya. Sekarang breakfast pun kena sediakan atleast RM5 untuk seorang.Betul! Dulu aku pernah kerja dekat area yang susah nak cari tempat makan. Kira ada satu restoran ni je la tempat bergantung harap. Tapi owner dia ambil kesempatan. Jual makanan biasa je tapi harga macamlah makanan dia tu duduk bawah aircond. Pernah sekali aku pernah terserempak dengan satu pakcik ni. Aku tengok gaya bukanlah orang senang. Sebab masa nak pilih makanan dia macam berkira-kira duit dalam poket. Kesiannn~ Masa tu lunch time, aku nampak dia ambik mee goreng kosong tu pun pagi punya dengan air kosong. Harga dia kena change RM4 lebih macam tu. Gila~ Sekarang, yang aku tahu kedai tu dah tutup pasal dah bankrupt. Sebab banyak dah kedai makan lain yang dah buka dekat area situ. Padan muka~

MORAL: Nak beramal semua orang boleh. Cuma nak seribu daya. Tak mahu seribu dalih je. Aku pun kalau nampak orang susah selalu cakap kesian~ je tolongnye tidak... haishhh :)

20101224

MULUT PUAKA

Assalamualaikum,



Yes.. yes.. this is my nombor three post for this week. Korang perasan tak? Hakikatnya dalam dunia realiti aku dah tak banyak cakap. Serious~ Kawan-kawan rapat pun perasan. Aku banyak diam dan selalu layan perasaan sorang-sorang. Actually bukan layan perasaan sorang-sorang lebih afdal di panggil buat segala aktiviti sorang-sorang. Macam inilah aku suka buat hal sendiri. Balik kerja je aku cabut, pergi joging sorang-sorang takpun swimming sorang-sorang. Banyak benda lagilah. Bukan aku ada problem dengan orang sekeliling pun cuma aku nak buat apa aku suka. Kalau nak join, ok tara hal. Nak ajak aku lepak pun tara hal. Sebab aku bukan orang anti sosial. Kalau aku free aku join je.

One of my friend call, katanya rindu padaku. Ouchhh, touching habis! Gurl, i pun rindu sangat sama kamu. Dia plan nak ajak lepak. Ok tak sabar nak jumpa. But, aku tahu disebalik kerinduan itu ada apa? Ya... ya... ada masalah. Kah... kah... yes gurl, i sudi je nak dengar tara hal.

Pernah tak dengar pepatah "KERANA LIDAH BADAN BINASA" takpun "SETAJAM-TAJAM PEDANG, TAJAM LAGI LIDAH BERKATA-KATA"? Korang orang melayu kan? So dah biasa dengan ayat-ayat manis tradisi kita ini. Makanya tak perlulah nak aku huraikan. Agak mengada-ngada jika nak juga.

Aku sebenar tak mahu comment banyak benda ini. Sebab aku pun sama juga "MULUT LONGKANG". Salah satu sebab sekarang aku tak banyak cakap pasal benda inilah. Aku ada baca satu buku tajuk dia "KERANA-MU AKU BERUBAH". Va... va... dan penulisnya ialah Ruhana Zaki. Ada satu ayat dia aku tak boleh tahan "WALAUPUN SESAMA TEMAN PERKATAAN ITU BIASA, TETAPI IA AMAT MEMALUKAN UNTUK DIDENGARI OLEH MALAIKAT DI KANAN DAN KIRI BAHU ANDA". Opsss, macam mana ek? Aku banyak hu~ ha~ hu~ ha~ dengan kawan-kawan, cakap pun kurang berlapik.Tak tau la ada yang terasa ke tak hurmmm.... Pastu ada satu lagi ayat dia yang aku ingat "KETIKA SEDANG BERCELOTEH BENDA-BENDA TAK FAEDAH ITU SILA MELIHAT WAJAH ANDA DI CERMIN. CANTIKKAH? TAHUKAH ANDA PERKATAAN YANG TAK BERFAEDAH ITU BOLEH MENGHILANGKAN SERI WAJAH? JIKA DISEBUT SEKALI, DUA KALI DAN BERKALI-KALI, BERAPA KALI SERI WAJAH ANDA KAN HILANG? Padanlah aku rasa sekarang aku dah tak cun. Nyesalnyeee aku, kalau aku tahu dari dulu aku akan sentiasa ayu-ayu.. sopan-sopan cakap macam ustazah. Tapikan aku cun ke? Yer kau sangat cun.. cantik macam bidadari sheeelaaaa oi. (Macam biasa sila abaikan statment aku, bila aku mahu memotivasikan diri sendiri.)

"OLEH ITU, PILIHLAH PERKATAAN YANG SESUAI DENGAN KEADAAN DAN BERCAKAP DENGAN SUARA SEDERHANA APABILA ORANG SEDANG BERBUAL DENGAN ANDA BERADA DEKAT SAHAJA DENGAN ANDA . ALANGKAH INDAHNYA TINGKAH LAKU YANG SOPAN ITU KERANA IA MENGAMBARKAN DIRI ANDA SEPENUHNYA". Baiklah kakak Ruhana Zaki selepas ini saya akan bercakap dengan lebih ayu seperti pengacara NONA. Mana tahu dapat contract ganti Maya Karin.

Sebenarnya dah seminggu aku cakap sopan. Contohnya: "Assalamualaikum, Cik A! Awak apa khabar? Awak sihat ke? Sudah lama saya tak dengar khabaran kamu?". Korang nak tahu apa feed back yang aku dapat. "Beb, kau sihat ke tak ni. Lain macam je. Gelilah aku dengar kau cakap terkemut-kemut." Sekarang korang jawab. Macam mana nak aku cakap sopan kalau korang tak membantu? Kakak Ruhana Zaki oi, kesopanan i sudah dinodai. Susah tau!

Makanya aku telah mengambil keputusan. Aku akan jadi macam biasa, re-act macam biasa, cakap macam biasa cuma aku akan kurangkan bercakap benda tak berfaedah, akan memilih ayat-ayat yang tidak melukai perasaan orang dan kurangkan tone volume suara aku. Barulah clas uols!

Tapikan, ada orang tu dia ayu sangat? Cakap pun lembut-lembut tapi mak ai, perkataan dia mengores-ngoreskan hati. Bukan itu aja uols, ada juga orang tu bila dia cakap orang terasa dia marah. Katanya sensitif sangat TOTAPI BILA ORANG CAKAP MACAM ITU KAT DIA BALIK. TAHU PULAK DIA TERASA. INI NAK TAMBAH LAGI, ADA ORANG TU BILA KITA BERCERITA DENGAN DIA SIAP MENTION LAGI JANGAN BERITAHU ORANG TAU. TOTAPI DALAM MASA SETENGAH JAM DAH ORANG LAIN TAHU. ISK.. ISK... WIFI BETUL LAH MULUT DIA TU MAK TIMAH OI. (Perhatian ini bukan datang dari aku yer. Ini dari sumber kawan yang nak jumpa dengan aku tu. Haishhh... ni yang malas aku nk lepak ni!)

MORAL: Makanya berusahalah untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan lebih baik dari tidak ada tindakkan lansung untuk berubah. PEACE NO WAR BEBEH :)

20101223

Mohd. Rustandee Rahman dan Ostoearthritis

Assalamualaikum,



Sebelum ini aku pernah katakan yang sebagai manusia memang wajib kita.. kita semua menghadap permasalahan atau dugaan dalam hidup kannn? Namun nak buat macam mana dik, kita kan manusia kira itu adalah satu perkara normal. Tapikan kalau hidup kita ni terlalu perfect sangat sampai takda masalah pun bosan gak dik. Maybe kita akan macam itu je, tak berubah menjadi yang lebih bagus. Dan sebelum ini aku banyak menulis kisah-kisah hidup aku kan. Kira macam syok sendiri la... tapi aku kan dasheela jadi "ada aku kisah". Kali ni aku akan paparkan perih pedih kehidupan kawan-kawan aku. Agar kita semua tahu bukan kita sahaja yang ada problem dalam hidup. Tapikan kadang-kadang bila kita dengar problem orang sebenarnya kita juga dapat merelesekan sedikit problem kita. Setuju?

Aku sangat bersyukur sebab aku dikurniakan kawan-kawan yang hebat. Dengar sini, bukan semua orang boleh dapat harta macam ni okeyy! Yang pasti makhluk seperti kawan-kawan aku ni tidak ada dijual di mana-mana supermarket. So aku berasa begitu beruntung... auwwww!

Mohd. Rustandee Rahman nama diberi. Orangnya pendek macam kambing biri-biri. Tetapi berjanggut seperti kambing embekk... embekkk! Nama manja-manja soft... soft.. DD. Tetapi sekarang aku panggil dia Dady DD. Sebab tak lama lagi dia akan jadi seorang bapa mithali kepada seorang puteri. Actually kenapa aku gatal tangan sangat nak taip pasal DD yang tak best ni. Sebab dia amat speacial. Kalau orang tak kenal dia mesti anggap dia ni pendiam dan susah nak cakap. Ini fakta aku ambik dari pandangan aku sendiri. Macam biasa, suka hati mak bapak aku je. Aku kenal dengan DD ni masa aku dengan dia sama-sama kerja dalam satu magazine hiburan dulu. Mula-mula kitorang tak berborak. Aku geram la sebab dia senyap je... so aku perli-perli dia dari jauh. Yang aku ingat dia gelak.. dia suka aku perli dia. Haruslah hari-hari aku perli dia kan. Lama-lama jadi geng makan lunch.

Mula-mula aku tak nampak pun apa speacial si DD ni. Yang aku tahu dia pendek dan tengahari buta pun suka pakai jacket. Oh, ada lagi satu spec mata bingkai tebal pastu power macam nak teleskop bulan kat langit. Tebal gila~ Lama-lama aku perasan yang kaki dan tangan dia agak bengkok masa kat pantai melaka. Masa tu dia tak tutup aurat macam selalu. Dia pakai seluar pendek dengan baju takde lengan. Hari tu aku tanyalah dia macam mana boleh jadi macam tu ek?



Rupa-rupanya DD mengalami sakit Ostoearthritis. Hahhhhh, hari ini kita akan tahu apakah itu? Mari kita google... jeng... jeng... umumnya mengenai satu atau lebih sendi, di mulai dengan kerosakkan biasa dari tulang rawan sendi dan digambarkan oleh degenerasi yang progresif tulang rawan, hipertrofi, remodeling tulang subkondral, dan inflamasi sekunder dari membrane synovial. Pening tak? Faham tak? Aku pun pening gak sebab aku tak faham. Macam ni DD cakap dia mengalami kerosakkan sendi tulang rawan pada empat tempat iaitu kat kedua belah lutut, siku kanan dan pergelangan tangan kiri. Dia dapat penyakit ni dari masalah genetik. Bendalah penyakit ni menyebabkan bentuk tulang DD berbeza daripada biasa dan terlalu lembut.



Disebabkan penyakit inilah, DD blacklist terus sukan bola sepak dalam hidup dia. Sebab dia tak boleh main nanti lutut dia akan tercabut. DD tak boleh membuat kerja-kerja berat atau terlalu agresif sebab nanti tulang-tulang dalam badan dia gerak-gerak dari tempat betul. Kalau aku jadi DD mesti tension sebab tak boleh buat aktiviti yang macam budak lelaki lain. Mesti la ada perasaan nak sepak bola, hiking, swimming semua kan. Nak melompat pun DD tak boleh sangat. Tapi aku tengok si DD ni cekal je. Takde pun dia nak murung, happy je! Dan yang pasti sekarang DD nak dapat baby dah. Wife dia tengah tunggu masa je tu. So DD dah membuktikan dia pun lelaki. Tapikan time tuuu... ala tuuu.. sendi tu... KAHKAHKAHKAH.... :P (OK, SILA ABAIKAN!)



DD sekarang mengambil sejenis ubat untuk menguatkan tulang dan sendi. DD kena minum susu setiap hari, kurang ambil makanan laut dan minuman sejuk. DD juga kena maintain slim supaya berat badan dia tidak membebankan sendi. Dan yang pasti DD juga kena cari duit untuk membuat pembedahan dari semasa ke semasa. Aku boleh bagi lima bintang kepada wife DD sebab menerima DD seadanya dan sentiasa di sisi bila DD dalam susah dan senang.

Sejak itulah aku tahu kenapa dia pakai jacket tebal-tebal. Dia takmo orang nampak dia tangan dengan kaki dia bengkok. Aku pun rasalah dia pendek pun pasal penyakit ni juga. So, bila aku nak cari pasal dengan si DD ni, aku ketuk je dahi dia pastu lari. Mesti dia tak berani nak kejar. Gila nanti tercabutlah tulang dia. Siapa nak kutip?

MORAL: So kawan-kawan "NOBODY IS PERFECT". Apa yang penting, kita harus sangat-sangat bersyukur dengan apa yang kita ada. Senyummmm :)

20101222

Takbir... ALLAHUAKBARRRRR!

Assalamualaikum,

Dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia, kita... kita semua memang tidak boleh lari dari segala dugaan dan cabaran yang keluar dari sudut kiri... kanan.. depan... belakang... atas mahupun bawah. Pernahkah anda nekad dalam hidup anda? Mengikut kamus edisi ke-4 maksud nekad ialah keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati.

Dulu aku tak macam sekarang yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan... auwwww! Dulu aku jalan keng kang. Rambut aku pendek. Dulu manalah ada lelaki nak ngurat aku... eh jap, adalahhh... ngeee~ (sila abaikan statment ini please). Macamlah sekarang ada orang nak ngurat aku kan.. eh jap, lagi banyaklahhh... ngeee~ (statment ini pun sila abaikan juga yer please)! Ini adalah ayat-ayat motivasi untuk diriku supaya perasan hot sepanjang masa... ngeeee~

Semasa aku belajar kat sebuah IPTA di shah alam, aku rasa berat aku dalam 40kg je kot tak pun lagi kurang. Masa itu aku hidup susah. Naik bukit turun bukit, maklumlah banyak sangat bukit tonggek kat school aku tu. Oh yek, sekarang aku dah tahu punca aku memiliki bontot tonggek hurmmm. Pastu aku ingat lagi aku kena bawak papan besar, tools box, beg artwork, beg dompet, pencil box dan satu je aku tak bawak masa study dulu beg make up.

Salah satu subject aku malas nak pergi masa itu ialah class drawing. Kitorang semua kena pergi ke stadium melawati shah alam belajar kat sana. Perhatian aku ni bukanlah anak orang kaya. Ada mak bapak yang baik hati nak support bayarkan down payment kereta sport... nak bayarkan bulan-bulan. Dan aku pun bukan cun bergetah yang boleh membuatkan air liur abang-abang senior yang ada transport merembes dgn pesat. Makanya dengan sedar diri aku kenalah naik bas yang disediakan. Semua orang sedia maklum orang-orang yang senasib dengan aku pun ramai bilangannya.. memang macam tin sardin gak la bus tu. Cuba korang bayangkan keadaan kereta api di India macam mana rupanya. Kan ada yang duduk kat atas bumbung... ada yang berdiri kat pintu sampai nk terkeluar tu... hahhhhh bukan macam itu. Gila~

Bukan kami student AD ni je yang ada class kat stadium masa itu. Ada budak performing art, budak engenering, budak secretary, budak sports science, budak mass com dan lain-lain lagi yerrr. Bila aku list kan budak apa yang naik bus tu mesti la korang boleh bayangkan cara pemakaian mereka. Smart.. wangi... segak... berlipstik... bertumit tinggi. Makanya mereka takutlah baju mereka koyak ataupun kasut mahal mereka rosak akibat tercalar dengan tools box mahupun papan yg kami bawak kan. Dan dengan alasan itu lah aku sering bagi kat lecturer bila aku datang lambat. Tapi masalahnya lecturer aku tak percaya. Aku selalu kena denda berdiri dalam class. Come on lah, aku bukan sekolah menengah. Aku student IPTA okeyyyy... (amalan riak jangan amalkan yer kawan-kawan).

Macam biasa aku kena denda lagi sebab datang lambat. Aku dah tak tahan aku nak slow talk dengan lecturer aku. Aku mula la pot... pet... pot... pet... Korang nak tahu lecturer aku yang kepala botak tu suruh aku buat apa? (lecturer aku ni suka koyak artwork aku. Alasan dia sebab aku suka sangat lukis muka dia tak hensem. Actually bukan dia sahaja lelaki berkepala botak kat Malaysia laaaa... ingat aku beli kertas lukisan tu pakai apa... nak buat macam mana kalau dah aku asyik dapat ilham nak lukis orang kepala botak. Haaaaaaahhhhh.... Gila~ masa tu nak je aku jerit kat lecturer aku tu "HEI, LECTURER YANG TAK HENSEM BURUK PERANGAI LAK TU. FAHAM TAK BUS PENUH... PENUH... NAK DIEJAKAN KE PERKATAAN PENUH TU~~~"

Esok pagi-pagi aku dah nekad. Aku dah taknak berdiri dalam class lagi.. buat apa ada kerusi kalau tak boleh duduk. Benci tau tak! Aku berbulu je tengok kawan-kawan bersenang lenang duduk bahagia. Hah bus dah sampai, berebut-rebut umat manusia nak boloskan diri. Aku macam biasa kena tolak tepi.. pastu ke belakang sekali mcm biasa... dgn tools box lagi... papan lagi... aku rimas tau takkk! Okey aku dah bersedia untuk mengambil tindakan... satu... duaaa... dan tigaaa... dan aku menjeritttt ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!! semua orang masa tu terhenti dan kaku pandang aku macam berhentinya jam berdetik ewahhh.. dan mereka bagi aku laluan untuk naik bus.. lepas aku naik je aku terdengar ada orang bisik... gila ke dia ni? lantak ko la... korang yang gila. Belajar kat IPTA berbukit-bukit. Tapi bebal tak reti nak beratur. Dan dengan senyuman terindah aku tak berdiri dalam class hari itu. Uols mak duduk paling sopan sekali tanda menghargai kerusi. Lecturer aku yang tak hensem itu datang tanya aku. "DENGAN IDEA SAYA TU AWAK DAPAT MASUK CLASS DENGAN AWAL KAN?" pastu dia tersengih-sengih pergi. Lantak kau la malas aku nak layan. Janji hari ni kaki aku tak sakit kena berdiri. Gila~

MORAL: Kalau kita dah nekad untuk melakukan sesuatu ayuh lakukan. Memang setiap tindakkan itu ada risiko sama ada kita berjaya atau gagal. Tapi atleast kita mencubakannn :)! Dan jangan sekali-kali tunduk pada kegagalan. Bangun dan terus berjuang nescaya one day kita akan tersenyum. Aminnn...