20101228

Sekolah Punya Hal

Assalamualaikum,



Alamatnya next week, start baliklah jalan jamm. Budak-budak dah masuk sekolah balik. Aku pernahlah juga gatal fikir mencari punca-punca kenapakah jalan menjadi sesak bila musim persekolahan. Ini yang aku jumpa mungkinlah kot... kalau nak confirm betul-betul korang pergilah check kat Jabatan Traffic Malaysia okey.

  • Perasan atau tidak bila ada lorong susur ke kiri contohnya di area Mid Valley yang nak masuk ke Cheras / Jalan Klang Lama ataupun area ampang yang hendak ke ampang point tu mesti jamm. Sebab yang aku dapat detect, pemandu-pemandu bijaksana yang nak masuk ke susur kiri itu potong line. Duduk di lorong kanan sekali pastu tetiba bagi signal nak ke kiri. Lepas tu terhegeh-hegeh nak masuk sebab orang di lorong kiri tu tak nak bagi masuk. Kan bijak sungguh mereka itu.
  • Mereka hebat kerana memandu sports car. Kuasa kuda tahap dewa dewi. Tapi bawa macam tuttttt... tuttttt.... guna pula lorong paling kanan, lorong 110km/j tapi dia tekan clutch 40km/jm je. Bijak... bijak anak siapalah tu.
  • Jap ke kiri... jap ke kanan. Tetiba laju... tetiba perlahan. Sekali tengok, awek dengan balak tengah main geli-geli. Agak-agaklahh kan kalau kemaruk sangat berhenti tepi jalanlah. Tak menyempat, itulah dah gatal sangat. Nauzubillah betullahhh tak reti malu, beruk pun tahu malu.
  • Ini pun sama, jap kiri jap kanan! Rupa-rupanya tengah sesat cari jalan. Dekat telinga ada phone. Kalau yang macam aku pakai tudung selit je kat celah tudung. Tak payah pakai handfree... jimat! Aik, macam biasa je.

Dan banyak lagi. Nantilah aku buka entry baru. Sebab-sebab yang aku bagi tu, aku rasa takda lansung pasal sekolah kan. Kenapa dengan aku ni? Aku rasa mesti setiap lorong atau celah bedah tu ada sekolah kot. Cuba korang perhatikan, mak bapak kalau ambil anak kat sekolah. Selagi boleh dekat depan pintu class dia nak park kereta. Kalau boleh selepas habis je anak dia bagi ucapan "TERIMA KASIH CIKGU" terus lompat masuk kereta. Sayang anak berpada-padalah, bagilah anak tu excercise sikit.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal problem-problem kat atas itu. Ini aku nak tanya. Korang ingat tak bila nak buka sekolah, mesti mak bapak korang ajak pergi Kamdar ke takpun Globe pergi cari kasut sekolah baru, baju sekolah baru, spender baru... OPS! Time inilah selain hari raya memang pow mak bapak habis-habisan. Sekarang turn anak korang lak pow korang.. padan muka~



Macam biasa, aku ni banyak kenangan. Aku teringat lagi, itulah kali terakhir aku shopping baju sekolah dengan Pak Din. Seingat aku, time itu aku nak masuk darjah tiga. Aku dah ada mak tiri dah masa tu. Pak Din mana ada kereta, dia cuma ada vespa je. Aku pun tak tahu kenapa dia tak mahu beli kereta. So manalah muat nak naik vespa hijau dia tu, mak tiri aku lagi, adik aku lagi... ni hah aku lagi. Dia suruh aku follow mak tiri aku dengan adik aku naik teksi. Aku tak mahu, aku nak ikut Pak Din jugak. Aku rasa dia dah masak sangat dengan perangai aku yang suka sangat tarik perhatian dia. Mesti Pak Din rimas. Hello my father, actually wa bukan nak follow lu sangatlah dad! Wa cuma nak pastikan lu selamat je dad. Wa ni kan caring orangnya. Lu dah la sakit time tu, lu nak bawa vespa sorang-sorang. Lu lagi satu, nape lu tak mahu join naik teksi. Lu sayang sangat dengan vespa lu kan. Lu pun degil, wa pun degil macam lu la. Wa kan anak lu, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Tengah kitorang on the way, tetiba vespa Pak Din buat hal. Kan wa dah cakap. Sebaik wa ada time tu. Pak din turun.. Aku pun turun gak. Pak din check vespa, aku rasa plug motor problem. Rumah kitorang time tu nak keluar dari area situ memang kena lalu hutan kecil dulu. Kalau korang masak benar dengan area empat tin mesti tahu punya. Nak keluar dari situ kena naik prebet sapu. Jangan main-main, ingat kat KL takda prebet sapu ke. Tapi sekarang kat situ dah maju. Dah jadi jalan short cut pergi sentul... pergi gombak.

Pak Din tolak vespa, yelah mana ada bengkel kat tengah hutan tu. Sebaik aku ada, boleh gak aku hiburkan hati Pak Din. Aku nyanyi-nyanyi... aku rasa dia menyirap sebab dia suruh aku diam. Aku ada offer diri nak tolong tolak vespa dia. Dia yang berlagak, kata aku budak kecil. Pastu siap pesan jangan nak sentuh vespa dia. Asal lah ego sangat Pak Din ni, wa kesian dengan lu. Lu tu sakit, wa tak boleh tengok lu susah. Wa sayang lu. Lu tahu tak.

Masa itulah Pak Din bebel-bebel kat aku. Selalu diam je tetiba hari itu dia ajak aku borak. Bukan ajak borak pun, dia banyak marah aku je. Dia suruh aku belajar pandai-pandai. Jangan jadi macam dia. Bila dah pandai boleh beli kereta besar... boleh beli rumah besar. Bukan orang lain yang senang. Dia cakap aku juga yang senang. Aku diam je...

Sekarang bila aku dah ada kereta tapi tak besar pun. Aku teringat cita-cita aku masa kecil. Nak bawa Pak Din ronda-ronda. Tapi nak buat macam mana tak sempat.... haishhh! Kalau Pak Din hidup lagi mesti sampai sekarang aku dengan dia mesti asyik gaduh. Tapi takpa, mesti aku akan ajak dia duduk dengan aku. Sebab aku nak jaga dia. Biarlah dia nak bebel dengan aku berapa jam. Meriah sikit takdalah macam sekarang... aku rasa sunyi~ hurmmmmmm!

3 comments:

  1. u make me teary again


    i love kl,but hate the jammed :P

    ReplyDelete
  2. cla sedey baca..ko jgn sedey2 plak ehh..ade ape2 roger2 k..cayunkkkk ko ;)

    ReplyDelete