20101227

Hanya RM1

Assalamualaikum,



Hari ahad lepas, yakni semalam adalah hari basah ketiak satu baldi sedunia aku. Aku keluar dari seawal pagi sampailah pukul satu pagi baru aku balik. Tapi berbaloi-baloi kot untuk merealisasikan cita-cita aku untuk memiliki body seperti Jessica Alba kelak :P!

Ni aku bukan nak story pasal berapa gelen peluh aku keluar ataupun pertandingan lemak siapa lebih hebat antara aku dengan Jessica Alba. Ini aku nak story tentang `Restoran Rakyat 1 Malaysia' yang aku tahu ada dua cawangan kat KL satu dan dengan kat Shah Alam satu.Kat PJ pun aku rasa ada.

Yang aku pergi kat KL punya.. ni address dia No. 9, Lorong Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Ni baru first time aku makan kat situ. Macam jakun jugak la. Terkial-kial nak ambik lauk kat mana? Nak ambil air kat mana? Yang semuanya self service. Sampai kena tegur dengan satu kakak. Mesti dia tanya dalam hati, BUDAK PHERAQ manalah yang terlepas ni.

`Restoran Rakyat 1 Malaysia' dimiliki koperasi Ukhwah. Yang aku dengar cerita semua makanannya dimasak secara gotong-royong oleh sukarelawan yang baik hati dan suci murni. "BAJU YANG KOTOR BOLEH DICUCI, HATI YANG SUCI SUKAR DICARI".



Murah... Murahhhh... Murahhhhhhh... dengan RM1 aku boleh makan sekeping roti canai dengan teh tarik. Aku siap belanja kawan aku makan lagi. Yang pasti teh tarik dia secukup rasa takdelah tawar macam kat... hurmmm takmau la aku nak mention. Dan lagi satu yang goreng roti canai tu orang melayu siap berserban dikepala. Yakni IsyaAllah benarlah Islamnya.



Keadaan dia, MasyaAllah bersih. Aku dah usha line memang takdalah tikus lalu. Kerusi meja tip top. Ni aku nak bagi tahu meja dia batu mamar lagi. Dan paling aku suka juga tu, ada WIFI... so takyah lagi nak beli air belasan ringgit nak guna WIFI. Ye la ada orang tu lepak kedai kopitiam pasal nak buat kerja pakai WIFI. Ni dah takyah, korang pakai modal RM1 siap dapat air dengan makanan lagi. Apa lagi... murahhh... murahhhh... murahhhh!

Psst... pssst... aku takda share pun dengan organisasi restoran ni. Cuma menyokong benda yang aku rasa bagus. Yelah bukan semua orang Malaysia ni kaya. Sekarang breakfast pun kena sediakan atleast RM5 untuk seorang.Betul! Dulu aku pernah kerja dekat area yang susah nak cari tempat makan. Kira ada satu restoran ni je la tempat bergantung harap. Tapi owner dia ambil kesempatan. Jual makanan biasa je tapi harga macamlah makanan dia tu duduk bawah aircond. Pernah sekali aku pernah terserempak dengan satu pakcik ni. Aku tengok gaya bukanlah orang senang. Sebab masa nak pilih makanan dia macam berkira-kira duit dalam poket. Kesiannn~ Masa tu lunch time, aku nampak dia ambik mee goreng kosong tu pun pagi punya dengan air kosong. Harga dia kena change RM4 lebih macam tu. Gila~ Sekarang, yang aku tahu kedai tu dah tutup pasal dah bankrupt. Sebab banyak dah kedai makan lain yang dah buka dekat area situ. Padan muka~

MORAL: Nak beramal semua orang boleh. Cuma nak seribu daya. Tak mahu seribu dalih je. Aku pun kalau nampak orang susah selalu cakap kesian~ je tolongnye tidak... haishhh :)

3 comments: