Assalamualaikum,
Dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang manusia, kita... kita semua memang tidak boleh lari dari segala dugaan dan cabaran yang keluar dari sudut kiri... kanan.. depan... belakang... atas mahupun bawah. Pernahkah anda nekad dalam hidup anda? Mengikut kamus edisi ke-4 maksud nekad ialah keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati.
Dulu aku tak macam sekarang yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan... auwwww! Dulu aku jalan keng kang. Rambut aku pendek. Dulu manalah ada lelaki nak ngurat aku... eh jap, adalahhh... ngeee~ (sila abaikan statment ini please). Macamlah sekarang ada orang nak ngurat aku kan.. eh jap, lagi banyaklahhh... ngeee~ (statment ini pun sila abaikan juga yer please)! Ini adalah ayat-ayat motivasi untuk diriku supaya perasan hot sepanjang masa... ngeeee~
Semasa aku belajar kat sebuah IPTA di shah alam, aku rasa berat aku dalam 40kg je kot tak pun lagi kurang. Masa itu aku hidup susah. Naik bukit turun bukit, maklumlah banyak sangat bukit tonggek kat school aku tu. Oh yek, sekarang aku dah tahu punca aku memiliki bontot tonggek hurmmm. Pastu aku ingat lagi aku kena bawak papan besar, tools box, beg artwork, beg dompet, pencil box dan satu je aku tak bawak masa study dulu beg make up.
Salah satu subject aku malas nak pergi masa itu ialah class drawing. Kitorang semua kena pergi ke stadium melawati shah alam belajar kat sana. Perhatian aku ni bukanlah anak orang kaya. Ada mak bapak yang baik hati nak support bayarkan down payment kereta sport... nak bayarkan bulan-bulan. Dan aku pun bukan cun bergetah yang boleh membuatkan air liur abang-abang senior yang ada transport merembes dgn pesat. Makanya dengan sedar diri aku kenalah naik bas yang disediakan. Semua orang sedia maklum orang-orang yang senasib dengan aku pun ramai bilangannya.. memang macam tin sardin gak la bus tu. Cuba korang bayangkan keadaan kereta api di India macam mana rupanya. Kan ada yang duduk kat atas bumbung... ada yang berdiri kat pintu sampai nk terkeluar tu... hahhhhh bukan macam itu. Gila~
Bukan kami student AD ni je yang ada class kat stadium masa itu. Ada budak performing art, budak engenering, budak secretary, budak sports science, budak mass com dan lain-lain lagi yerrr. Bila aku list kan budak apa yang naik bus tu mesti la korang boleh bayangkan cara pemakaian mereka. Smart.. wangi... segak... berlipstik... bertumit tinggi. Makanya mereka takutlah baju mereka koyak ataupun kasut mahal mereka rosak akibat tercalar dengan tools box mahupun papan yg kami bawak kan. Dan dengan alasan itu lah aku sering bagi kat lecturer bila aku datang lambat. Tapi masalahnya lecturer aku tak percaya. Aku selalu kena denda berdiri dalam class. Come on lah, aku bukan sekolah menengah. Aku student IPTA okeyyyy... (amalan riak jangan amalkan yer kawan-kawan).
Macam biasa aku kena denda lagi sebab datang lambat. Aku dah tak tahan aku nak slow talk dengan lecturer aku. Aku mula la pot... pet... pot... pet... Korang nak tahu lecturer aku yang kepala botak tu suruh aku buat apa? (lecturer aku ni suka koyak artwork aku. Alasan dia sebab aku suka sangat lukis muka dia tak hensem. Actually bukan dia sahaja lelaki berkepala botak kat Malaysia laaaa... ingat aku beli kertas lukisan tu pakai apa... nak buat macam mana kalau dah aku asyik dapat ilham nak lukis orang kepala botak. Haaaaaaahhhhh.... Gila~ masa tu nak je aku jerit kat lecturer aku tu "HEI, LECTURER YANG TAK HENSEM BURUK PERANGAI LAK TU. FAHAM TAK BUS PENUH... PENUH... NAK DIEJAKAN KE PERKATAAN PENUH TU~~~"
Esok pagi-pagi aku dah nekad. Aku dah taknak berdiri dalam class lagi.. buat apa ada kerusi kalau tak boleh duduk. Benci tau tak! Aku berbulu je tengok kawan-kawan bersenang lenang duduk bahagia. Hah bus dah sampai, berebut-rebut umat manusia nak boloskan diri. Aku macam biasa kena tolak tepi.. pastu ke belakang sekali mcm biasa... dgn tools box lagi... papan lagi... aku rimas tau takkk! Okey aku dah bersedia untuk mengambil tindakan... satu... duaaa... dan tigaaa... dan aku menjeritttt ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!! semua orang masa tu terhenti dan kaku pandang aku macam berhentinya jam berdetik ewahhh.. dan mereka bagi aku laluan untuk naik bus.. lepas aku naik je aku terdengar ada orang bisik... gila ke dia ni? lantak ko la... korang yang gila. Belajar kat IPTA berbukit-bukit. Tapi bebal tak reti nak beratur. Dan dengan senyuman terindah aku tak berdiri dalam class hari itu. Uols mak duduk paling sopan sekali tanda menghargai kerusi. Lecturer aku yang tak hensem itu datang tanya aku. "DENGAN IDEA SAYA TU AWAK DAPAT MASUK CLASS DENGAN AWAL KAN?" pastu dia tersengih-sengih pergi. Lantak kau la malas aku nak layan. Janji hari ni kaki aku tak sakit kena berdiri. Gila~
MORAL: Kalau kita dah nekad untuk melakukan sesuatu ayuh lakukan. Memang setiap tindakkan itu ada risiko sama ada kita berjaya atau gagal. Tapi atleast kita mencubakannn :)! Dan jangan sekali-kali tunduk pada kegagalan. Bangun dan terus berjuang nescaya one day kita akan tersenyum. Aminnn...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam c la
ReplyDeletei think u transformed now,sgt cantik
determination
touching story
hi,
ReplyDeleteperi pia actually semua org cantik termasuk u. :)
lawak laa dak gilos ni..claaaaa mish u ;)
ReplyDelete