20101223

Mohd. Rustandee Rahman dan Ostoearthritis

Assalamualaikum,



Sebelum ini aku pernah katakan yang sebagai manusia memang wajib kita.. kita semua menghadap permasalahan atau dugaan dalam hidup kannn? Namun nak buat macam mana dik, kita kan manusia kira itu adalah satu perkara normal. Tapikan kalau hidup kita ni terlalu perfect sangat sampai takda masalah pun bosan gak dik. Maybe kita akan macam itu je, tak berubah menjadi yang lebih bagus. Dan sebelum ini aku banyak menulis kisah-kisah hidup aku kan. Kira macam syok sendiri la... tapi aku kan dasheela jadi "ada aku kisah". Kali ni aku akan paparkan perih pedih kehidupan kawan-kawan aku. Agar kita semua tahu bukan kita sahaja yang ada problem dalam hidup. Tapikan kadang-kadang bila kita dengar problem orang sebenarnya kita juga dapat merelesekan sedikit problem kita. Setuju?

Aku sangat bersyukur sebab aku dikurniakan kawan-kawan yang hebat. Dengar sini, bukan semua orang boleh dapat harta macam ni okeyy! Yang pasti makhluk seperti kawan-kawan aku ni tidak ada dijual di mana-mana supermarket. So aku berasa begitu beruntung... auwwww!

Mohd. Rustandee Rahman nama diberi. Orangnya pendek macam kambing biri-biri. Tetapi berjanggut seperti kambing embekk... embekkk! Nama manja-manja soft... soft.. DD. Tetapi sekarang aku panggil dia Dady DD. Sebab tak lama lagi dia akan jadi seorang bapa mithali kepada seorang puteri. Actually kenapa aku gatal tangan sangat nak taip pasal DD yang tak best ni. Sebab dia amat speacial. Kalau orang tak kenal dia mesti anggap dia ni pendiam dan susah nak cakap. Ini fakta aku ambik dari pandangan aku sendiri. Macam biasa, suka hati mak bapak aku je. Aku kenal dengan DD ni masa aku dengan dia sama-sama kerja dalam satu magazine hiburan dulu. Mula-mula kitorang tak berborak. Aku geram la sebab dia senyap je... so aku perli-perli dia dari jauh. Yang aku ingat dia gelak.. dia suka aku perli dia. Haruslah hari-hari aku perli dia kan. Lama-lama jadi geng makan lunch.

Mula-mula aku tak nampak pun apa speacial si DD ni. Yang aku tahu dia pendek dan tengahari buta pun suka pakai jacket. Oh, ada lagi satu spec mata bingkai tebal pastu power macam nak teleskop bulan kat langit. Tebal gila~ Lama-lama aku perasan yang kaki dan tangan dia agak bengkok masa kat pantai melaka. Masa tu dia tak tutup aurat macam selalu. Dia pakai seluar pendek dengan baju takde lengan. Hari tu aku tanyalah dia macam mana boleh jadi macam tu ek?



Rupa-rupanya DD mengalami sakit Ostoearthritis. Hahhhhh, hari ini kita akan tahu apakah itu? Mari kita google... jeng... jeng... umumnya mengenai satu atau lebih sendi, di mulai dengan kerosakkan biasa dari tulang rawan sendi dan digambarkan oleh degenerasi yang progresif tulang rawan, hipertrofi, remodeling tulang subkondral, dan inflamasi sekunder dari membrane synovial. Pening tak? Faham tak? Aku pun pening gak sebab aku tak faham. Macam ni DD cakap dia mengalami kerosakkan sendi tulang rawan pada empat tempat iaitu kat kedua belah lutut, siku kanan dan pergelangan tangan kiri. Dia dapat penyakit ni dari masalah genetik. Bendalah penyakit ni menyebabkan bentuk tulang DD berbeza daripada biasa dan terlalu lembut.



Disebabkan penyakit inilah, DD blacklist terus sukan bola sepak dalam hidup dia. Sebab dia tak boleh main nanti lutut dia akan tercabut. DD tak boleh membuat kerja-kerja berat atau terlalu agresif sebab nanti tulang-tulang dalam badan dia gerak-gerak dari tempat betul. Kalau aku jadi DD mesti tension sebab tak boleh buat aktiviti yang macam budak lelaki lain. Mesti la ada perasaan nak sepak bola, hiking, swimming semua kan. Nak melompat pun DD tak boleh sangat. Tapi aku tengok si DD ni cekal je. Takde pun dia nak murung, happy je! Dan yang pasti sekarang DD nak dapat baby dah. Wife dia tengah tunggu masa je tu. So DD dah membuktikan dia pun lelaki. Tapikan time tuuu... ala tuuu.. sendi tu... KAHKAHKAHKAH.... :P (OK, SILA ABAIKAN!)



DD sekarang mengambil sejenis ubat untuk menguatkan tulang dan sendi. DD kena minum susu setiap hari, kurang ambil makanan laut dan minuman sejuk. DD juga kena maintain slim supaya berat badan dia tidak membebankan sendi. Dan yang pasti DD juga kena cari duit untuk membuat pembedahan dari semasa ke semasa. Aku boleh bagi lima bintang kepada wife DD sebab menerima DD seadanya dan sentiasa di sisi bila DD dalam susah dan senang.

Sejak itulah aku tahu kenapa dia pakai jacket tebal-tebal. Dia takmo orang nampak dia tangan dengan kaki dia bengkok. Aku pun rasalah dia pendek pun pasal penyakit ni juga. So, bila aku nak cari pasal dengan si DD ni, aku ketuk je dahi dia pastu lari. Mesti dia tak berani nak kejar. Gila nanti tercabutlah tulang dia. Siapa nak kutip?

MORAL: So kawan-kawan "NOBODY IS PERFECT". Apa yang penting, kita harus sangat-sangat bersyukur dengan apa yang kita ada. Senyummmm :)

3 comments:

  1. 2 sepupu aku alami penyakit yang sama .. kesian

    ReplyDelete
  2. memang kesian... tapi berat lg dorg nk pikul. So kita boleh doakan moga berat yg tgh dipikul itu diringankan sikit KGnya... :) Aminnn~

    ReplyDelete
  3. Hampeh ko Darshee.... Hahahhahaa... aku baru baca! :D

    ReplyDelete