
Sebenarnya, aku cuma mahu kebahagiaan dalam hidup aku. Aku mahukan ketenangan. Adakah aku tidak tenang kini. Alhamdulillah setelah apa yang aku lalui selama ini, aku rasa diri aku makin kuat seperti Sailormoon. Apakah masalah aku sebenarnya? Aku rasa biar sahaja menjadi rahsia aku, dan aku rasa hanya aku sahaja yang boleh menyelesaikannya. Yang pasti setiap masalah berturut-turut yang aku hadapi itu memang aku rasa.... ntah! (Aku pun geli bila aku baca perengan ini juga)
Kadang-kadang pernah juga aku fikir yang aku ni malang ke? Kalaulah aku berfikir dalam keadaan kurang waras mungkin aku meroyan. Aku mungkin akan bunuh diri. Tetapi aku orang Islam yang masih punya otak. Bagi aku, semua yang terjadi itu adalah dugaan dari Allah SWT. Mungkin aku ni banyak dosa, so Allah SWT nak tegur aku. Aku tahu Allah SWT sangat sayang aku. Aku berfikir.. aku fikir dan fikir dan fikirrrr. Sebenarnya banyak benda yang Allah SWT beri option kat aku. Sama ada aku ni nak pergi kiri atau kanan. Aku hampir-hampir hendak ke kiri. Yang ajaibnya Allah SWT telah membuat hati aku memilih kanan. Kalaulah aku pilih kiri mungkin aku bukan Darsila Shamsuddin kini. Alhamdulillah... Thanks Allah SWT.





Bagi aku, berada dalam unit DIU banyak mengajar aku pelbagai perkara. Yeah, macam-macam aku buat. Aku buat research untuk benda baru, aku bagi idea baru, aku terlibat banyak benda dan tidak stick satu magazine je. Kira kerja aku pelbagai dan aku suka itu. Tapi mungkin benar aku sesuai dengan tugasan baru ni. Aku tiada pilihan lain... aku tak mahu orang cakap aku selfish. Makanya aku menurut perintah. Ahahhahah... aku benci hadap dateline sama je... buat benda sama je. Kot-kot sebab muka aku yang awet muda ni dia suruh aku handle kerja itu kot. Mak kan sentiasa berjiwa muda (jangan muntah yer) Ahahahhaha... Baiklah lepas ini aku akan pastikan dateline akan awal sehari pastu siap dapat jackpot. Hah cepat muntah laju-laju.

MORAL: Setiap kejadian ada sebab... Think positif! Aku harap biarlah perubahan kali ini ke arah positif :). Dan azam aku tahun ini nak belajar karate untuk persediaan nak handle orang degil itu. HIYARKKKKK! Tak sukalahhhhhh
All the best!!u hav a gud career
ReplyDeleteHihihihi thakz... Alhamdulillah :)
ReplyDelete