20101230

Sorotan Cerita Kelakar AFF Piala Suzuki 2010

Assalamualaikum


Aku tahu semua rakyat Malaysia dan Indonesia menonton perlawanan akhir AFF Piala Suzuki 2010. Yuhuuuuu aku suka, disebabkan aku rakyat Malaysia yang berada di Malaysia makanya aku cuti esok. I lebiu laaaa kat abang Mohd Safee Mohd Sali kerana menjadi wira negara. Mesti dapat tanah berekar-ekar lepas ni. Kikikikiki gurau je...

Pada mulanya 1 Dec , rakyat Malaysia begitu kecewa atas kekalahan teruk pasukan Malaysia dalam perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora dengan jumlah jaringan gol 5-1. Sekali pun Malaysia time tu terlebih dahulu menjaringan gol oleh abang Norsharul Idlan. Ini bertambah kecewa apabila abang Asrarudin menjaringkan gol sendiri pulak.

Malaysia masih lagi di tempat ketiga dalam kedudukan kumpulan A pada masa itu dan masih bergelut untuk mencari rentak permainan. Pada 7 Dec, Malaysia menang bergaya, 5-1 ke atas Laos. Dan sekali gus membuat Malaysia berjaya menempah tiket ke separuh akhir Piala Suzuki 2010.


Dengan langkah penuh bergaya pada 15 Dec, Malaysia menang 2-0 separuh akhir pertama Piala Suzuki 2010 dengan menewaskan Vietnam dengan rembatan gol dari abang Mohd Safee Sali pada minit ke 60 dan juga 79. Pewittt! Kemudian dengan terikat seri 0-0 pada pusingan yang kedua, sah Malaysia masuk final beb.

Kemudian Pada 26 Dec, Sekali lagi Malaysia menang bergaya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Pada masa itu Penonton di Stadium Bukit Jalil dianggarkan 80k ke 90k orang.. gila tahu sumbat. Dan malam semalam 29 Dec, walaupun Indonesia menjaringkan 2 biji gol dan sekali lagi abang Mohd Safee Mohd Sali menyumbangkan 1 gol. Tetapi Indonesia tidak mampu mengejar markah Malaysia. Dan hasilnya esok aku cuti... YA AKU SUKA!

Dah macam pengulas sukan lak aku rasa. Ni hah, berbalik pada tajuk sebenar. Disebalik perlawanan AFF Piala Suzuki 2010 ini, ada juga terselit cerita-cerita lucu yang buat aku bantai gelak macam nak mampus. Aku tak tahu la kalau korang rasa kelakar ke tak. Ni hah aku telah listkan calon-calon peristiwa kelakar itu. Calon-calonnya ialah:



Indonesia merajuk
8 minit masa tambahan diberi pada perlawanan final pertama AFF Piala Suzuki 2010 kerana penjaga gol Indonesia Si Markus merajuk tak mahu main sebab kena kacau dengan laser hijau dan juga mercun yang diletupkan. Tak baik merajuk nanti cepat tua tau. Lepas itu, segala cara telah dicuba untuk mengesan sama ada benarkah laser hijau itu datangnya dari penyokong Malaysia ataupun Indonesia. Maka anasir telah menyatakan bahawa rupa-rupanya ianya datang dari Ultraman yang datang menyokong. Kira ianya datang dari penyokong Jepunlah. Ultraman made in Japan maaaa... kikikikiki gila~



Malaysia guna dukun
Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam. "Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,?lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia. Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,?kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil. Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. Kikikikiki, dey tambi! Apa pasal lu tak masuk Raja Lawak, lucu benar la bapak Andi S Chalin ni. Memang penganti sotong Paul la dia ni.



Julia Perez nak bagi laser dari dada
JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (atas) yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok. Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan serangan laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu. Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal. Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan. Ia, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,?katanya lagi Kahkahkah... yang ini paling aku tak boleh tahan. Lantaklah orang nak pandang aku secara sinis. Lawak paling... palinggg... palingggg... tak terkata dek akal. Macam haram betul la si Julia Perez ni. Dia ni pelakon ke atau badut ni. Aduhaiiiiiiii.... haiiiii.... kahkahkahkah! Creative betul la dia, boleh pergi jauh. Bagus... bagus...

Tetapi yang ini



pewitttttt.... dah berpunya belum? Ok bye, sekian terima kasih :p

MORAL: Anda perasan atau tidak. Kalau mula-mula pasukan Malaysia kalah teruk pada awal permaianan dan of coz telah dicemuh. Namun mereka tidak mengaku kalah dan tidak berputus asa. Mereka terus berusaha sehingga berjaya. Now u can see diorang kini telah disanjung oleh mereka yang pernah mencemuh mereka. Renung-renungkannnnn!

1 comment:

  1. yup...hihihi...kini disanjung oleh mereka yg mencemuh..resam manusia

    ReplyDelete