20110309

MATA ITU

Assalamualaikum,

Aku memandang dalam mata itu. Mata itu tidak pandai menipu. Mata itu tetap jelas seperti skrin televisyen menayangkan cereka airmata. Walaupun pemiliknya sebaik mungkin ingin menyembunyikan hal di sebalik. Namun aku tetap dapat meng-scan.

Aku terus merenung mukanya. Aku hanyut dengan duniaku. Dia semakin rancak bercerita. Yang bagus-bagus sahaja. Namun aku tahu di sebalik kisah-kisah kejayaannya itu. Dia menyembunyikan kegagalannya. Aku tahu dia amat kecewa akan hidupnya.

Bila dia menceritakan kejayaan projek-projek yang dirancangkannya untuk syarikat. Aku nampak sedikit kegembiraan dari riak matanya. Namun hanya seketika. Ianya semua terpadam kala aku menanyakan 'Bila ko nak belanja aku makan?'. Aku menyampuk ketika dia rancak menyatakan bahawa macam-macam benda telah dia usahakan... dia kerjakan. Cuma kerja Perdana Menteri sahaja belum dia merasa. Dia terdiam beberapa detik. Dan dia menyambung,'Nak belanja anak aku makan pun aku tak mampu.' Kemudian dia tersenyum pahit.

Aku tahu keperitan hidupnya. Badannya susut kerna susah hati. Walaupun dia berbohong menyatakan dia mengamalkan hidup sihat. Melakukan senaman itu semua. Jangan bohong dengan aku. Aku tahu perasaan orang yang bersungguh-sungguh namun tetap kecundang. Aku tahu itu semua. Kau kecewa. Aku tahu kau kecewa. Kau mahu menutup kegagalan kau. Sebenarnya kau tidak gagal. Cuma kau belum sampai penghujung tali penamat. Kau masih berada dalam alam perlumbaan. Kita semua ini masih dalam alam perlumbaan. Ya, di sana. Di sana tali penamat kita. Kita semua pasti sampai. Tetapi bukan di sini. Tetapi di sana.

sekian,

noted: kisah lebih panjang dan selanjutnya akan dapat di baca dalam novel yang aku tengah karang! Kalau berminat belilah nanti. Aku kasi hadiah sign. ngeee~

1 comment: