20110214

ANAK HARAM

Assalamualaikum,

Terdetik hati aku ingin menulis kisah mengenai seorang kawan aku apabila menonton drama cerekarama tempoh hari. Apabila melihat watak Sheila Rusly, fikiran aku melayang mengenangkan nasib anaknya. Anak kawan aku yer bukan anak Sheila Rusly. Perhatian kisah ini tiada kena-mengena langsung mengenai Sheila Rusly. Namun dramanya itu memberi sumber inspirasi buat aku untuk menulis entry buat kali ini.

Sebelum aku menulis kisah ini yang aku fikirkan boleh menjadi pedoman untuk kita semua. Aku telah meminta izin kepada tuan empunya badan. Tanda aku menghormatinya. Lagipun niat aku membuka akaun blog ini adalah untuk menyalurkan apa yang terlintas dan terbuku di dalam kotak fikiran SECARA IKHLAS. Bukanlah ingin menagih simpati cuma ingin berkongsi. "SHARING IS CARING". So up to you lah nak fikir apa. Ada orang kata aku terlalu jujur. Actually i'm open. But bukan open bagi semua perkara. Ada benda kita perlu berahsia. Aku cuma membuat sesuatu sebelum aku mati. Perkara yang aku fikir untuk semua manusia yang aku anggap seperti novel bergerak. Yang punya cerita di sebalik kulit muka. Mana tahu aku akan mati esok, minggu depan atau 60 tahun akan datang. Siapa tahu? At least i do something.

Berbalik kepada kisah temanku yang aku mengelarkannya sebagai Sazzy (bukan nama sebenar). Bagi aku Sazzy adalah wanita tabah yang berhati besar. Walaupun dia kecil sahaja orangnya. Jika dilihat melalui mata kasar Sazzy seorang yang periang dan easy going. Hakikatnya banyak kisah duka yang sudah dia harungi. Clap... clap... aku teruja dengan sifatnya itu. Walaupun ramai yang mencerca, memaki hamun dan mengumpat tentang halnya. Dia terus kuat dan berlakon seperti tidak berlaku apa-apa.

Sazzy memiliki seorang anak perempuan hasil keterlanjurannya bersama ex-boyfriendnya. Kini anak kecil yang comel itu dijaga sepenuh kasih sayang Sazzy dengan hasil titik peluhnya sendiri. Mana perginya ex-boyfriendnya itu? Usah ditanya tentang lelaki tidak guna itu.

Sebelum ini, Sazzy pernah menggugurkan kandungan beberapa kali. Mungkin kali ini Allah telah membuka hatinya. Kekuatan naluri seorang ibu yang meresapi jiwanya telah menghalang niatnya itu buat kali sekian kalinya. Ini tidak bagi ex-boyfriendnya yang masih ingin kandungannya itu digugur.

Setelah baby itu dilahirkan. Ex-boyfriendnya ingin memberi baby yang comel itu kepada orang lain. Sazzy tidak bersetuju. Dia bercita-cita ingin membesarkan baby tersebut. Akibatnya lelaki tidak berguna itu melarikan diri.

Sazzy pernah memberitahu aku, buat kali pertama selepas dia melahirkan anak. Baby itu menanggis meminta susu. Sazzy pun menanggis bersama kerana dia tak reti nak memberi bagaimana. Sebab tiada sesiapa di sisinya ketika itu. Dia meminta pertolongan dari nurse. Keluarga tidak tahu keadaannya ketika itu.

Sazzy pernah menahan perut time makan lunch malah pernah tidak datang ke office kerana tidak cukup duit. Malah pihak bank pernah mencarinya supaya membayar loan yang dibuat oleh ex-boyfriendnya atas namanya.

Kehadiran baby itu dirahsiakan pada mulanya kepada ahli keluarga. Sehingga dia menipu mengatakan anaknya itu anak orang lain. Lama-lama temberangnya terbongkar. Ya dia telah dibuang lama-lama dia diterima kembali.

"Sheela, betul ke tak akan ada lelaki nak kahwin dengan aku?" hurmmm...

"Sheela, aku nak join keluar dengan kawan-kawan tapi aku tak sanggup nak tinggalkan dia. Sebab nanti dia nanggis. Dia dah pandai kenal orang." hurmmm

"Aku nak balik cepat. Aku nak ambil anak aku. Aku tak boleh tengok anak aku seorang je tinggal takda siapa ambil kat nursery." hurmmm...

"Kalau aku bawak anak aku nanti diorang tanya siapa. Aku nak jawab apa? Aku macam sedih je nak cakap anak orang lain..." hurmmmm


Bagi aku pengalaman yang Sazzy lalui amat memedihkan. Aku tahu, ada ramai orang di luar sana yang akan mengutuk akan kelakuan Sazzy. Tetapi bagi aku, keputusan Sazzy yang ingin membesarkan anaknya itu satu sikap tanggungjawab yang patut dipuji. Ini lebih bagus dari Sazzy mengambil keputusn cetek akal dengan membuang anaknya itu. Sudahlah melakukan dosa zina kemudian menambah dosa lagi dengan membunuh.

Kisah Sazzy memang banyak memberi pengajaran kepada aku. Bagi gadis di luar sana jagalah diri anda sebijaknya. Dan bagi lelaki di luar sana pula hormatilah wanita di luar sana seperti ahli keluarga anda. Sebab nak cakap lebih pun susah. Masing-masing dah besar ada akal yang turut besar untuk berfikir secara bijak.

Kita yang sebagai orang sekeliling janganlah terlampau memulau mereka.. Ya, mereka melakukan dosa besar. Tetapi bukanlah tugas kita nak menghukum mereka. Mereka memerlukan sokongan psikologi untuk mereka menghadapi hari mendatang. Bukan kepada mereka sahaja malah untuk anak kecil yang tidak berdosa itu. Mungkin hari ini hari Sazzy... hari mereka... mungkin masa depan hari kita. Mana tahu?

Aku teringat akan satu kisah pelacur dan seekor anjing kehausan. Pelacur itu sememangnya melakukan dosa besar iaitu zina. Tetapi dia dimasukkan ke syurga kerana telah memberi anjing kehausan itu minum dengan menggunakan sepatunya. Dan dia telah bertaubat. Allah pun memaafkan hambaNYA... dan siapakah kita yang terus ingin menghukum?

p/s: kata-kata ini bukan sahaja untuk orang lain malah peringatan untuk diri sendiri juga... :)!



MORAL: Biarlah orang nak cakap kolot pun kolotlah yer. Kesedapan yang sekejap itu jangan dicuba yer. Lebih-lebih untuk mereka yang ingin berkasih sayang malam ini yer. Dosa menyeleberet pun dah ada nak tambah lagi satu dosa. Kalau ada hasil tambah lagi dosa. Nauzubillah... {peace no war}

5 comments:

  1. Sepatutnya mereka tidak boleh dipanggil seperti itu iaitu anak haram... mereka juga ada hati dan perasaan. Lagipun bukan salah mereka :)

    ReplyDelete
  2. 'boleh pandang-pandang..jangan pegang-pegang..'

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah. manusia zaman sekarang, terlampau mudah menjatuhkan hukum. yang lepas tu lepas lah.

    Sumpah aku kagum keberanian dia. respek!

    sampaikan salam pada nya.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah akan kusampaikan kepadanya. :P

    ReplyDelete
  5. good artikel..sazzy yg ku knl mmg seorg yg tabah..

    ReplyDelete