
Hati aku terusik semalam. Mata aku bertakung dengan cecair masin. Dan akhirnya tertumpah ke baju. Dari awalan aku menanggis sampailah ke penghujung. Namun di pertengahan aku girang terkekek-kekekkkk. Begitulah emosi aku tika aku menghayati kisah mereka yang digelar "LASKAR PELANGI".

Pada mulanya aku teremosi tika melihat kanak-kanak bernama Lintang memegang bukunya dengan begitu erat tatkala Cikgu Harfan mahu mengumumkan bahawa sang usang Muhammadiyah mahu ditutup sekiranya tidak dapat mengumpul 10 orang murid. Terus terang aku nyatakan bahawa watak kanak-kanak itu sering kali memukul hati aku. Seakan-akan menegur aku dengan berkata-kata "HAH, INGAT TU!" Ya, kanak-kanak itu berjiwa besar kerana sanggup merentasi 80km datang ke syurga Muhammadiyah semata-mata ketagihkan ilmu. Dalam perjalanan ke syurga itu, dia sering bertemu dengan buaya dan menunggu sehingga buaya itu masuk ke kolam. Namun dialah orang pertama sampai ke syurga Muhammadiyah. Aku sangat salute dengan budak ini.

Aku akui naskah indah ini begitu kaya dengan kata-kata yang... hurm... susahlah aku mahu zahirkan dengan kata-kata. Yaaaa begitu indah... begitu tenang... setiap kali alunan ayat-ayat mereka lontarkan. Terasa ikhlas sekali. Aku suka dengan quota ni "Hiduplah memberi sebanyak-banyak bukan menerima banyak-banyak, yang penting jangan putus asa." Kan Cikgu Harfan yang selalu cakap macam ni kan. Tengok muka dia pun aku dah tenang. Tak pernah marah, penuh kesabaran. Aku terusik lagi bila dia mengemas sang usang Muhammadiyah yang bocor ketika berlecak dimasuki air hujan sorang-sorang. Kalau aku, dah memekak dah. Aku nangis lagi sebab mengenangkan sikap aku.

Cop... cop... ada lagi aku suka "Sekolah ini tidak boleh ditutup kerna ia adalah satu-satunya sekolah agama di Belitung. Anak-anak diajar bukan diukur dengan angka atau markah tapi dari hati. PERGHHHHH... sistem pembelajaran Malaysia sila renung-renungkan. Sijil berlambak-lambak, SPM result tip top... ada diploma... ada digree... ada master bagai tapi kerja tak boleh buat. Yang menyampah gaji nak besar. Ingat kita belajar bukan untuk peperiksaan tapi untuk menghadap dunia.
Ada lagi aku suka time Kucai putus asa bila panggil bebudak tu masuk clas tapi bebudak tu buat dunno. Dia kan monitor class pastu Cikgu Muslimah cakap pe "Pemimpin itu amat mulia di sisi agama." Sekarang aku dah tahu kenapa orang berebut-rebut nak jadi pemimpin sampai seagama pun nak dianiaya. Tengok kat Mesir.. haish tak yah gi oversea tengok kat Malaysia sudah. Hurmmm...
Apa lagi aku suka ni... banyaknyee aku suka dengan naskah bermutu dari negara seberang ni. Kenapa orang Malaysia zaman kini tak buat cerita begini. Asyik buat cerita ilmu hitam je. Tertanya-tanya gak di hati. Adakah ingin menaikkan industri dukun di Malaysia. Oh yer, ada gak pasal dukun dalam ini cerita. Time Ikal putus cinta dan pelajaran mereka merosot. Diorang pergi jumpa dukun dalam gua. Atlast dukun tu siap bagi pantang larang... yang kelakar bila diorang buka note dari dukun tu "Belajar rajin jangan malas-malas." Kahkkahkah macam haram. Aku rasalah motif cerita ni ialah kalau ada problem silalah reffer kepada Maha Pencipta kita. Angkat tangan dan berdoa. Hah kan diorang nyanyi lagu seroja lagi uols kat padang tu secara beramai-ramai.
Ada benda creative yang dizahirkan di dalam Laskar Pelangi. Seperti Mahar yang sentiasa setia meletakkan radio di telinganya mengchangeskan bateri radio dengan tenaga matahari. Pastu sementara satu adegan sekolah sebelah yang kaya memakai calculator untuk mengira, mereka hanya memakai lidi. Aku suka time Ikal jatuh cinta, bunga-bunga jatuh dari langit. Bila Ikal putus cinta, adegan diolah seolah-olah sunyi sepi pastu kedai tu roboh menghempap kapur cap harimau. Kahkahkah creative betullah. Maafkan aku ada lagi aku suka bila Mahar dapat tanggungjawab mengetuai pasukan mereka ke pertandingan di karnival. Punyalah puitis dia cari idea panjat pokok pastu menjerit-jerit kat padang. Aku tak tahan bila dia cakap macam ni bila diberi tugas "Serah sahaja pada Mahar dan alam." Memang betul-betul dia pakai daun buat baju persembahan. Kahkahkah bonggok la dia ni. Dah lah ton suara memang dah macam ahli seniman.

MORAL: Mimpi membawa kepada impian. Impian untuk mengejar pelangi. Walaupun miskin atau kaya semua punya hak untuk mengejar sang pelangi

cerita2 seberang ni simple, yet meaningful, kan? =)
ReplyDeletea'ah... sgtttt kot! dh tgk yg sang pemimpi tu ke?
ReplyDelete