20110217

Selamat hari jadi CIK DASHEE

Assalamualaikum,

Tepat 12 am, 17 FEBRUARI 2011

"SELAMAT HARI JADI WEY!"

Tetiba kawan aku melemparkan ucapan itu di talian saat aku menjadi kaunseling tak bertauliah buat masalahnya.

"Ohhhh, ok thanks beb!"

Aku kaku sebab tak buat preparation untuk membuat ucapan balas. Masih ingat rupanya kawanku ini. Ku fikirkan tiada siapa yang ingat atau ambil tahu. Aku tak set pun di facebook. Cuma adalah hari tu aku sebarkan di wall kawan-kawan meminta hadiah. Date bila pun aku tak beritahu sebab bukan niat nak hadiah cuma melayan sikap sengal aku tika itu. Thanks beb, anda tahu anda siapa. Lepas check doctor jangan lupa buzz aku ok.

Ketika aku masih menjadi pendengar setia buat sang kusut. Cik Kiah ku ini memberi amaran bahawa ada 3 helai sms memasuki bodynya. Kemudian aku dapat panggilan dari seorang lagi teman. Aku biarkan. Selesai sahaja conferrence bersama sang kusut. Aku buka sms dan aku lihat 3 sms tersebut dari orang yang sama.

"OIK OIK, PGUMUMAN2... D CNI AKU NK UMUMKAN YG KO DAH TUA UHUHUHU... EPPY BEDDAY CIK KAK. DAH P TDO! KRUOOHH... WAH, BZ YE BEZDAY GAL. MENTANG2 LA LINE FREE, CEHS AHA."


Cam haram perli aku. Patutnya layanlah aku macam tuan puteri. Aku pun dial nombor dia. Tak sabar nak maki hamun secara manja.

"Wooo, ko gayut dengan siapa huh?"

"Dengan monyet!"

Kemudian kami borak-borak tentang duniawi. Mengenai masalahnya juga. Dan aku seperti biasa menjadi teman setia mendengar. Thanks minah sengal, anda juga tahu anda siapa.

Aku memandang ke siling. Macam tak percaya kini aku sudah 28 tahun. Cepatnya masa berlalu. Pejam celik... pejam celik je dah makcik kategori lewat 20an. Hurm... tapi rasa macam diri 18 tahun je ni. Tetiba masuk lagi satu sms.

"SELAMAT HARI JADI! NIKMATI PANGGILAN SUARA MAXIS KE MAXIS PERCUMA PADA 17-02-11. GANJARAN HOTLINK UTK PELANGGAN SETIA KAMI. CAJ BIASA DIKENAKAN UTK SERVIS LAIN."

Aku mula pasang angan-angan nak calling-calling Brad Pitt. Agak-agak kantoi tak dengan Angelina Jolie tak? Tak kot sebab Angelina mesti tengah busy pergi asians cari anak angkat baru kot. Berapa ek no fond dia. hurmmmmm... krohhhhhh zzzzz!

Aku sedar-sedar dah esok pagi. Aku tengok jam kat dada Cik Kiah. Tetiba aku nampak 1 new message. Tetttttttttttttt... aku buka dan baca.

"HEPY BESDAY 2 U SHEELA. SEMOGA PJG UMUR DAN MURAH RZEKI."

Bila aku check no dia. Sah dia pakai maxis. Apa lagiiiii kannnn....

"HAPPY BDAY TO YU JUGAK BEB. KO LAGI SPEACIAL SAMBUT BDAY SAMBIL TNGGU NAK LAHIRKAN ANAK. CONGRAT"

La.... la.... laa... aku nyanyi dalam kereta. Macam biasa aku hadap jamn area ampang. Pergi kerja macam biasa. Sampai office, kawan aku belanja lempeng. Aku makan sekeping dengan air suam.

Sedang aku nikmati lempeng tepung itu, Cik Kiah aku menjerit terpekik terlolong. Di skrin nombor tak dikenali.

"Wey, harini birthday ko ek!"

"A'ah, ko ni siapa?"

"Akulahhhh... ko ingat tak birthday aku next week tau..."

"Aku ingatlahhhh..."

"Oklah... bye...!" klik.....~ (Anda tahu anda siapa, thanks beb!)

Macam tu je. Hurmmm... lalalalala... sambung makan lempeng balik. Kemudian aku sambung kerja. Alamak, Cik Kiah aku ni menjerit lagi...

"SELAMAT HARI JADI... laalalalal... SELAMAT HARI JADI ~"

"JANGAN NAK NYANYI-NYANYI... AKU NAK BLACKBERRY! BAKKKK...."

"Malam ni free tak? Datang rumah aku... bla... bla.. bla..." (Anda tahu anda siapa, thanks beb!)

Begitulah sambutan birthday aku pada usia aku 28 tahun. Meriah bukan...

Apakah hadiah yang paling berharga yang aku dapat pada tahun ini?






BUKAN SEMUA DI ATAS. BAGI AKU BENDA PALING BERHARGA ADALAH KAMU SEMUA. KERANA KAMU SEMUA BUAT AKU BANYAK BELAJAR TENTANG KEHIDUPAN. DENGAN MENDENGAR MASALAH KAMU... MELAYAN KARENAH KAMU... MELIHAT SEKELILING ALAM CIPTAAN ALLAH SWT MEMBUAT AKU SENTIASA BERFIKIR. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK BUAT SEMUA :)! TERMASUK AYAM.. ITIK... SHOPPING MALL... SG WANG... KEDAI-KEDAI BAJU KAT JALAN TELAWI... DAN TIDAK LUPA BUAT BRAD PITT TERCINTA YANG JAUH DI HOLLYWOOD... kahkahkahkah lariiii angelina jolie kejar pakai senduk....



p/s: HAPPY BIRTHDAY BUAT PARIS HILTON. BILA KITA NAK BUAT SIRIES "THE SIMPLE LIFE" BERSAMA....? ngeeee

MORAL: Aku tidak kisah pun dengan benda-benda itu semua. Tetapi aku sangat happy bila masih ada yang ingat dan ambil tahu pasal hal aku. Terima kasih menjadi sahabat susah senang buat aku selama ini. (BILA ORANG BERTANYA "ADAKAH AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN SAHABAT BUAT KAU." YANG AKU BOLEH JAWAB "KAU FIKIRKAN SENDIRI ADAKAH KAU SAHABAT BUAT AKU")

4 comments:

  1. happy besday cla sayams .. hadiah dah dpt kan ..

    ReplyDelete
  2. dahhhhh... skrg hari2 CIK KIAH aku pki! tq srie :)

    ReplyDelete
  3. happy birthday claalalala..hihi.
    nanti ibu bagi hadiah ye.bila kita bertemu empat mata lagi sekali :)

    ReplyDelete
  4. ahahhaa... ok tq ibu eima... tada hal lah nanti pehal roger2 k :)

    ReplyDelete