
Apakah perasaan anda ketika ini jika anda sekarang tengah menunggu masa untk mati. Okey macam inilah anda ada 40 hari je untuk hidup. Dalam masa 40 hari itu apa yang akan anda buat.
Adakah anda?
a) duduk di rumah menanggis sampai buta mata
b) berusaha untuk berubat sampai sihat
c) beramal soleh dan bertawakal kepada Allah SWT
Pernah tengok siri rancangan "THE BIG C". Kisah mengenai Catherine "Cathy" Jamison, cikgu sekolah menengah yang menghidap penyakit cancer tahap kronik dan sedang menunggu mati. Dia merahsiakan hal tersebut dari keluarga dan kawan-kawan. Malah dia telah menukar gaya hidup yang tipikal ke lebih adventure. Dia terdesak mengajar satu-satunya anak lelakinya untuk hidup secara betul. Lebih afdal dia memaksa dirinya untuk mendapatkan harapan, kegembiraan dan cahaya dalam menghadapi saat-saat terakhir dia hidup.
Aku adalah pengemar filem, drama, buku atau apa-apa sahaja mengenai motivasi diri. Dulu aku selalu hidup dalam keadaan murung. Selalu menyalahkan nasib dan orang sekeliling.
**RESULT: aku adalah orang yang amat memboringkan.
So aku dah fed up dengan gaya hidup aku dahulu. Pertama step aku. Aku belajar untuk sayangkan diri aku dan juga belajar menerima diri aku sendiri. Paling penting belajar hidup lebih relax. Buat apa yang termampu dan buat apa yang aku suka. Kurangkan merungus tentang hidup. Itu salah... ini salah... BORINGGGGGG! Dia itu... dia ini... BORINGGGGGGG! Aku sedih.... aku sunyi... BORINGGGGG! aku akan lari jauh... jauh dari itu semua Hurm~
**RESULT: kacing! kacing! i likeeeeee
So, anda bagaimana? ngeeeee....
MORAL: Perlukan perubahan dalam hidup setiap masa supaya lebih variasi agar tidak boring. JANGAN TUNGGU ORANG LAIN DAN BERTINDAKLAH SENDIRI. Lebih cepat, lebih bagus... TOLONGLAH JANGAN MEMBOSANKAN DIRI ANDA! {peace no war}
cayalah datin..hilang boring aku.
ReplyDeleteKAH.. KAH... giler~
ReplyDelete