Apakah binatang kesayangan anda? Adakah kucing kitty? Adakah arnab? Adakah si tikus comel (hamster)? Aku sayangggg... sayanggg... sayangggg buaya darat. Perhatian menyanyangi buaya darat sangat merbahaya kerana mungkin suatu hari nanti, binatang yang tak guna itu akan NGAP anda.
Semalam kakak aku cakap. Anjing sayang aku. Aku terkedu. Kalau sayang kenapa nak kepung aku dalam kereta semalam. Macam haram! Aku hampir-hampir kena tidur dalam kereta. Gara-gara seekor anjing hitam di area rumah aku. Aku tak tahu apakah masalah dia dengan aku. Asyik tak puas hati je dengan aku. DAM YU!
________________________________________________
Kisah Pertama
Aku kalau ada geng lepak. Aku memang akan berborak sampai berembun pagi. So one day, macam biasa aku lepak kat malis sampai pukul 5 pagi. Lepak dengan abang-abang aku ketika itu yang masih bujang-bujang. Perut mereka pun maintain kempis tika itu.
Masa tu aku duduk kat Taman Melati. Settle park kereta, aku pun keluar la nak panjat tangga rumah. Tengah aku jalan tetiba aku terserempak makhluk Alllah itu. Aku terperanjat aku lari naiklah kereta balik.
Tapi masalahnya, anjing tu pun terperanjat. Dia lari... aku pun lari... Aku lari cantik je masuk kereta. Dia lari tersasar sampai terlanggar kereta yang parking area situ. Kesian terhantuk dia. Aku tengok dia dah pening lalat. Aku rasalah mesti dia menyumpah aku malam tu. Pertama kali aku tengok anjing melatah.
________________________________________________
Kisah Kedua
Ketika itu jam menunjukkan pukul 5 pagi jugak. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas. Aku, kakak aku dengan abang ipar aku (masa tu boyfriend akak aku) nak gerak pergi Langkawi. Masa tu ada anjing kat tong sampah. Aku nak buang plastik cikedis dalam kereta aku.
Akak aku pesan jangan pergi. Aku yang poyo ni cakaplah. Alah kalau kita berani dia takkan kacau kitalah. Dengan berani aku menghayunkan langkah pahlawan menuju ke arah itu. Actually aku takut sebenarnya walaupun ada darah pendekar yang mengalir dalam tubuh badan aku ni.
Tetiba lak dia pandang aku. Anjing hitam yang kepung aku semalam itulah. Kurang ajar betul lah anjing ni. Dia menyalak sampai nak keluar gigi tajam dia. Dahlah bersepah air liur. Bodoh! Bodoh! Aku mengelabah lari masuk dalam kereta. Kakak aku pun sekali berlari masuk dalam kereta. Cepat-cepat tutup pintu.
"Apa bau busuk ni?"
Tetiba akak aku bersuara. Aku usha tapak kasut aku. Aku terpijak tahi anjing. Time tu aku memang fikir nak sembelih je anjing tu. BODOH LAH DIA TU!
________________________________________________
Ni aku tak puas hati. Semalam aku takdalah balik lewat. Dalam pukul 11 macam tu. Aku baru je balik dari rumah abang aku hantar wire. Abang akulah memekak nak wire tu malam tu jugak.
Anjing tu apalah masalah dia. Dia duduk kat pintu kereta aku taknak gerak. HEY, WATZ UR PROB MANNNN? Aku tak kacau kau punya boyfriend pun tau tak! Terpaksa aku mintak tolong kakak dengan abang ipar aku halau dia.
Hari ni hari kau anjing. Ko jangan lupa... esok-esok hari aku lak. Dasar anjing betul!
MORAL: Berhati-hati di jalan raya

hahaha...sakit perut aku....
ReplyDeleteanjing tu giler...
ReplyDeleteHAHAHAHA. jodoh la kot.
ReplyDeleteok x lawak.
tapi lawak.
HAHAHAHA!
mungkin anjing tu dh pangkah muka ini :P
ReplyDelete