20110208

JOM PERGI KUBUR!

Assalamualaikum,


Selepas aku membaca nota di atas... PERGHH!!!!!!! Lagi sekali, apa yang aku rasa PERGHH!!! Walawei la... Kenapa aku nak terasa? Sebab ada pepatah melayu mengatakan "WHO EAT DA CILI, YOULAH TERASA HOTNYA." Hah, ambik kau! Padan muka aku!

Ya, semua orang kampung. Dengar sini, teman nak khabar ni. Teman ni memang sangat ego. Gila raksasa gongon punya besar ego kawan. All my friend always ask me "KAU NI MEMANG BERLAGAK KAN?.. EGO KAN?" Dengan sekali nafas teman melafazkan "Y... E... S... = YES!" Biadap sungguh mereka ini mengatakan kawan secara face to face. But i dont care because i love them like orang gila. DEM YU! (kenapa aku taip rojak-rojak ni? whyyyyy? hellooo, i melayu urban yo! yo! so oreng sekareng cakap campur-campur okeyyy! Baru uptodate yoooo! Baru key yellll yooo! Tengok drama melayu lahhh uols... kachinggg... kaching OMG!!)


Terus teranglah, makcik tak bangga pun dengan sikap terkutuk makcik tu. Tapi makcik... tapi... tapi makcik... aishhhh susahlah makcik nak taip apa yang terfeeling kat hati makcik ni. Nak cakap lagilah susahkan. macam ni lah benarlah firasat-firasat dari ahli phychology bahawa yang sikap seseorang itu bergantung kepada cara dia membesar. Mcm i.. i kut Pak Din. I anak bapak okey. Anak bapak i bukan bapak yu. So uols salahkan bapak i bukan bapak yu okey. Tetiba arwah Pak Din jadi mangsa kannn. "Dad, i'm sorry!" DERHAKA!

Aku sayang kakak aku. Walaupun aku suka cakap kasar dengan dia. Aku suka melawan cakap dia. "Helloooo, i dah besar okey! Dewasa! ... i boleh tentukan hidup i!" Tetapi aku tak boleh tengok kakak aku sedih. Nanti aku terEMOSI. Aku sensitif betul siapa buat kakak aku nanggis. Aku akan jentik hidung dia. Hati-hati yer, aku gangster yer!


Memang aku terasa bila kakak aku kahwin. Sebab aku dah takda geng 24 hours aku. Kawan-kawan... nope sahabat-sahabat aku yang TERRRrapat dan sentiasa memahami aku akan faham. Betapa sayangnya aku kat kakak aku. Aku pernah berikrar akan jaga kakak aku bila hari tua. Sebab masa tu aku risau kakak aku tak kahwin. Aku siap carikan jodoh untuk kakak aku. Ada gaklah kawan-kawan aku jadi mangsa. Aku nak jadikan mereka penjodoh bilangan buat kakak aku. Tapi aku tak bagi tahu kakak aku. Gilerrr... mati kena makan penampar aku kang. Dan pasal aku sayang giler kat dia pun bukan dia tahu pun. Aku mana pernah cakap. Not my style okeyy! Kepala otak dia memang asyik fikir aku adik derhaka je. Bila dia marah aku, aku marah dia balik. Seperti yang aku katakan tadi "Helloooo, i dah besar okey! Dewasa! ... i boleh tentukan hidup i!" Tapi sebenarnya aku dengar cakap dia. Aku buat je apa dia suruh pun. Cuma aku buat macam tu sebab aku nak dia tahu aku dah dewasa bukan budak kecil yer.


Walaupun kami sentiasa bergaduh. Kami rapat. Dari kecil aku tak pernah berpisah dengan si pendek tu. Dia yang membesarkan aku. Cari duit untuk aku makan.. belajar! Ni aku suka beli bajulah apelah.. nak bergaya je keje. Dialah puncanya jugak. Dia yang ajar aku. Bila aku tak siapkan assigment, aku mengelabah sebab nak present final artwork time tu. Kakak aku pun jadi mangsa. Dia mintak cuti tolong aku. Banyak jugaklah dia mintak cuti pasal aku. Buat sahabat-sahabat aku, korang pun tahukan. So tu bila dia sakit ke... apa ke! Aku tak berkira tolong dia. Sebab dia selalu ada bila aku susah. Tapi sekarang, kasih sayang dia dah kurang sikit kat aku dah... dia kan dah ada husband! Arghhhh... mak kesunyian. Tapi aku happy bila tengok dia happy. Sahabat baik aku pun cakap "AKU TAK PERNAH TENGOK KAKAK KO SENYUM MACAM DALAM GAMBAR NIKAH DIA TU CLA. NAMPAK SANGAT DIA HAPPY KAN CLA." Ye sahabatku dia happy tetapi kenapa aku yang sedih.

So bagi merawat hatiku ni, kawan-kawanlah jadi mangsa. Ops! sahabat-sahabat aku yer. Terima kasih menemani diriku yang kesunyian... auwww! Sabar yer korang, bagilah chan kat aku membiasakan diri. I tak biasa dengan life i sekarang. I rasa pelik bila i balik rumah ada lelaki. Ada gak yang biadap, "ko dah kena pindah la weyyyy. Asyik duduk bawah ketiak kakak ko je." Beb, aku dah plan la. Bagi aku masa 2 tahun lagi la. Lagipun kakak aku pun suruh aku duduk dengan dia la. DEM YU!


Masa hari raya cina yang pertama, aku rasa looost giler! Selalu time cuti, aku hangout dengan kakak aku. Sekali kakak aku pergi honeymoon lak. Dia ajak aku ikut. Giler, takmo aku.. GELI~! Aku pergi rumah abang aku. Sekali abang aku pun honeymoon dengan family dia. Hurmmmm... dengan gambel aku pergi Ipoh. 28 haribulan January haritu sebenarnya genap 21 tahun mak aku ke rahmatullah. Aku memang tak rapat sangat dengan arwah mak aku. Tapi aku tahu dia sayang aku. Yup aku pun sayang dia. Kalau mak aku hidup lagi aku rasa mesti aku besh fwenz dengan dia. Tapi masalahnya aku ingat-ingat lupa kubur mak aku kat mana. Setiap tanah perkuburan Islam rasanya satu bandar Ipoh aku singah. Aku check satu-satu batu nisan. Aku pandang phone. Ingat nak call kakak aku ke? Abang aku ke? tapi macam malu je... aku cari sendiri jelah. Giler nanti kantoi yang sebenarnya aku berjiwa bunga. Taknak lah aku diorang tahu. Terutama abang aku. Nanti dia ejek aku. So aku tanya kat orang-orang yang ada di tepi jalan. Tak kiralah orang menjual ke atau hanya berjalan-jalan di tepi jalan. "MAKCIK, TUMPANG TANYA! KAT SINI ADA TANAH PERKUBURAN TAK? SAYA NAK CARI KUBUR MAK SAYA." dan reaksi mereka... pandang aku tak berkelip.

"MAKKKK KAT MANAAA, CLA TAK JUMPAAAA MAKKKKKK!"

MORAL: Hargailah keluarga anda. Tanpa mereka siapalah anda... andaaaa... andaaaaaaa! Ada masa silalah luangkan masa bersama mereka sebelum terlambat. Kerana mereka lebih berharga!

4 comments:

  1. Senyum, gelak, sedih... heyy, aku ada untuk kamu pinjam bahu!

    ReplyDelete
  2. takper la tak jumpe kubur dashee..at least doa tu sentiase menemani...akak pung xrapat ngan mak mase arwah ayah ade...tapi biler dah tggl mak jer tu la permate kena hargai.....mlm ni akak call mak ko tgglkan alamat nak...al fatihah tuk mak dashee..muaaahh

    ReplyDelete
  3. koishe.. nanti bila bg pnjm bahu biar beralas takut kena hingus hihihihihi!

    ReplyDelete
  4. kak su... mana alamat mak sy! dh jmpa blum :P

    ReplyDelete