Assalamualaikum,
Hampir satu jam setengah makcik menunggu di Maxis Centre. Akhirnya, makcik telah dilayan dan semuanya dah settle. Yes, satu lagi dah selesai buat hari ini. Esok kena settlekan beberapa hal lagi. Kepala otak makcik dah ligat memikirkan agenda untuk esok. Sebaik bos bagi cuti seminggu. Yang penting cuti free yer, tak payah nak potong annual leave atau pun nak kena ambik unpaid leave okeyyyyy. Alhamdulillahhhhhh...
Tengah dok fikir punya fikir punya fikir punya fikir punya fikir. Sampailah makcik kat destinasi kuda hitam tercinta makcik. Selesai sahaja bayar duit parking, makcik pun terkedek-kedek menuju ke arah kuda hitam. Tak sabar nak menunggang kuda hitam, nak cepat sampai rumah untuk leading depan tv. La... la... la... la... menyanyi dalam hati sambil berjalan maklumlah bahagialah katakan.
Tengah dok fikir sambil jalan punya fikir sambil jalan punya fikir sambil jalan!
ARGHHHHHHHHHHHHH.... MAKKKKK TOLONGGGGGG!
Tetiba hampir nak terjatuh jantung makcik ke jalan raya. Bergema suara key tinggi makcik satu tempat parking Taman KLCC area The Zone time tu. Adalah dua... tiga orang brother datang ke arah makcik termasuklah abang guard.
Nak tahu kenapa makcik menjerit? Tengah makcik jalan-jalan di celah-celah kereta. Makcik terserempak dengan satu mamat tengah membuka seluarnya. Dia pandang makcik... makcik pandang dia. Seluar dia dah terlucut suku yer. Makcik dah hampir-hampir angkat beg nak belasah dia. Kepala otak makcik fikir dia tu flasher je. Dah la masa tu malam dalam pukul lapan lebih. Makcik takut, makcik nak menyelamatkan diri sahaja.
Rupa-rupanya, mamat tu pakai tight kat dalam. Time tu dia tengah tukar baju nak jogging. Manalah makcik tahu buat suspen je lahhhh. Sia-sia makcik kena lontarkan suara high key makcik. Buat malu je... lain kali tukarlah kat dalam toilet ke. Bodohlahhh dia ni. Buat malu je! Kan sekarang semua dah pandang-pandang makcikkkk... ARGHHHH MALUUUUU!
MORAL: Lain kali tukar baju kat dalam toilet yer... DALAM TOILET! Jangan nak buka-buka kat merata-rata tempat. Buatnya ada sakit jantung, kan sia-sia mati heart attack! Giler~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ahahahah...hidup makcik ni penuh ngan peristiwa kelakar la! penat ai gelak!
ReplyDeletehang pun tau makcik ni mcm mana kannnn
ReplyDelete~CLUMSY~
ReplyDelete