
Beginilah, ini bukanlah persoalan pertama berbau ayam goreng lembik macam ini yang aku terima. Banyak dah orang tanya aku macam ni. A'ah aku pun kekadang fikir "YEAH, BETULAH! HEY, C'MON... C'MON YU TAK AMBIL TAHU PASAL I... BUAT APA I NAK AMBIL TAHU PASAL YU. YU INGAT YU SIAPA? HEY, YU GO TO HELL LA! I DON'T CARE... PI LA MAMPUS!" Hah, ambil ko! Jap nak tambah lagi. "HAGHHTUIII!" Rasa lega tak lepas cakap macam ni.
Okey, cuba kita try dalam ayat yang lebih sopan santun. "SAYANGGGGG, YU NI TAK AMBIL TAHU PUN PASAL I. YU KEJAM... YU KEJAM TAU! SAMPAI HATI YU TAU. SAYANGGGGG, YU PERGI MENINGGAL DUNIA. I DAH TAK NAK AMBIL TAHU PASAL YU. I MERAJUK NI, YU PERGI MENINGGAL DUNIA YER SAYANG. K BABAI SAYANG! TAKE CARE TAU." Hurmmm~
Tak baik tau.. ada berbau dendam tau! Allah SWT tak suka tau. No... no.. no... noooooo! Memanglah kalau difikir balik, boleh sakit hati bila take care kita tidak dihargai. Macam terhengeh-hengeh je kan. Tapi takpalah, pejam kan mata je. Tahankan hati dan smile yang cantik. Biar orang buat kita.. nanti kita babab dia kemudian yer.
Memang ada juga yang time dia susah dia cari kita then bila kita susah dia cabut lari. Ada orang mengadu dekat aku pasal hal ni. Aku akan tanya "KAU TOLONG DIA IKHLAS KE TIDAK?" pastu dia hentak-hentak kaki merajuk. Aik, sekali dengan aku... aku sekali dia marah. Ini tidak adil. Meh, sini nak piat telinga. "BIASA DIA NI, AIP!"
Nak cakap soal hargai, haishhhh satu sahaja aku boleh cakap. Sebelum nak berkawan dengan orang ko kenalah terima orang itu seada-adanya. Kita semua kan tak perfect. Ada baik dan ada buruk. Dan ingatlah setiap kejadian itu adalah sebabnya. Mungkin sebab dia kena pijak dengan gajah dia perangai macam tu kot. Siapa tahukan? Pastu kita cermin diri kita. Kita ni kawan yang baik ke? Adakah kita ni cukup menghargai orang ke? Itulah bila ada orang cakap {Hargai untok yang meng-hargai sahaja}, satu persoalan terpetik di kotak fikiran aku "SIAPAKAH YANG PERLU MENGHARGAI DAHULU KALAU SEMUA MEMEGANG PRINSIP INI?" hurm~
Yer, aku ada kecewa jugak dengan kawan-kawan, Tikam aku dari belakang. Banyaklah kantoi.. aku tahu. Tapi macam biasa, aku selalu buat tak tahu. Aku sabarkan sahaja. Aku diam kan sahaja. YER ADA JUGA ANTARANYA KAWAN BAIK AKU SENDIRI. kadang-kadang aku saja je layan sebab nak tengok sampai mana dia boleh pergi. Tetapi sampai mati aku tak sanggup nak cakap kat orang tu "HEY, JANGAN BERLAKON BOLEH TAK? AKU DAH TAHU..." aku diam dari berkata-kata sebab kesian.
Bagaimana aku merelesekan amarah aku bila kejadian begini? Aku ngaku aku ada cakap belakang, aku cari somebody yang aku percayai dan aku luahkan segala-galanya. So orang itu akan diam je sebab aku akan pot pet pot pet sampai aku puas hati. Lepas tu dah settle aku kembali pada normal. Jangan tiru cara aku ni berdosa giler. Nak buat macam mana aku bukannya malaikat... bukan baik sangat! Siapa suruh yu buat hal dengan mak? Mak mengatalah yu dari belakangkannnn! kikikiki...
Tetapi aku amat hargai dengan semua kawan-kawan aku. Sebab walaupun mereka ada buruk perangai macam aku gak buruk macam beruk. Kalau aku susah, diorang tolong aku. So kena balancelah. Takkanlah diorang buat satu benda buruk kat kita, kita nak buang kawan. Kena tengok kebaikkan dia juga. Macam aku cakapkan tadi NOBODY IS PERFECT. Kita kena terima kawan kita seadanya.
TERUS TERANGLAH, AKU SANGAT SAYANG KAWAN-KAWAN AKU. NOPE SAHABAT-SAHABAT AKU SEBENARNYA. AKU TAHU DIORANG TAHU SIAPA MEREKA. WALAUPUN KADANG-KADANG AKU RASA AKU NI MALANG. TETAPI TIDAK SEBENARNYA SEBAB ALLAH BAGI AKU HARTA YANG BELUM TENTU ORANG LAIN ADA IAITU MEREKA! LAGIPUN ALLAH MANA ADA MENJADIKAN SESEORANG ITU SENTIASA MALANG. SEMUANYA BAIK BELAKA! KITA JE SELALU NAMPAK BURUK, YANG BAIK KITA SELALU TAK PERASAN. TAKKAN KITA RABUN KEBAIKKAN KOTTTT. KALAU ADA, KAT MANA NAK BELI SPEC RABUN KEBAIKKAN? AKU NAK BELI SATU!
arghhhh makkkk sedih noq! menitis air mata anak dara makkkkk ouchhhh!
MORAL: Setiap antara kita ada story-story masing-masing yang kadang kala menyebabkan kita berperangai sesuatu. Kita semua ada baik ada buruk. Kenalah belajar untuk menerima dan menghargai. AKHIR KATA AKAK SHEELA SAYANG UOLS. MUAHHHHH! sekian terima kasih.
i sayam yu juga..tapi i tak tahulah yang i ni termasuk dalam group sahabat tu ka dak.huhu.
ReplyDeleteI LEBIU JUGAK :P
ReplyDelete