
Kata-kata yang bakal kamu baca ini, diharap agar kamu-kamu... ya kamu-kamu tidak akan tersalah fikir tentang ertinya. Aku bukannya manusia yang allergic dengan insan bernama lelaki. Aku suka lelaki sebab aku masih normal. Cuma bagi aku lelaki yang ingin ku ceritakan ini adalah 'lelaki propa'. Ataupun perlukah aku mengelarkannya sebagai LELAKI DESPERATE.
Aku tak ambil peduli pun pasal dia selama ni. Sebab aku tak berminat. Cuma sekarang aku rasa aku perlu tahu siapakah dia sebenarnya. Kali pertama, aku jumpa dia. Aku tahu bahawa dia adalah lelaki bermata grrrrr. Sebab aku pernah test dia. Aku pandang dia. Then dia balas dengan... hurmmmm susah nak describe macam mana kat sini. Senang cerita gatal lah... sangat gatal.... Yer sangattttt yer! Aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun pasal hal tu sebab bagi aku dia ni tak penting pun.
Dan tidak disangka kawan aku kira ada hati dengan dialah. One day kawan aku frust bila dapat tahu mamat desperate ni dah bertunang. Makanya kawan aku mengambil keputusan untuk melupakan mamat ni. Pernahlah aku tanya sebab apa yang boleh dia terjatuh hati kat mamat ni. Sebab dia hensem. Hurmmmm~ pengsan jap...
Aku pernahlah try berborak dengan mamat ni. Bercakap memang nak best je kan. Aku tak boleh blah sebab rimas.
Pernahlah aku ber-discuss tentang mamat ini dengan kawan aku:
"KO TAK PERNAH RASA DIA TU POYO KE? SEMUA BENDA DIA BAGUS."
"AKU RASA ADA SIKIT LAH..."
"BEB , TERUS TERANGLAH AKU CAKAP. AKU PERNAH TRY CARA DIA KAT LELAKI. DIORANG PUN BLAH TAK MAHU KAWAN DENGAN AKU TAU..."
"HAH, YE KE? AKU TAK TAHULAH AKU RASA AKU BOLEH TERIMA JE..."
"YELAH, PASAL KO, AKU BUAT UJIAN TU. AKU CERITA HAL AKU JE. AKU BUAT TAK TAU HAL DIA LANSUNG. HARI-HARI AKU STORY PROBLEM AKU JE. PASTU AKU CAKAP AKU BAGUS JE.... KAHKAHKAH... PASTU DIA DAH TAK CALL AKU KE? SMS AKU KE? SEKARANG AKU TAK FAHAM KENAPA KO SUKA KAT MAMAT NI LAGI."
"KO GILA..."
Tetiba datang ribut taufan datang mengkhabarkan berita ke telinga kami bahawa lelaki itu dah putus tunang. Dan mulalah aku terdengar yang dia start rapat-rapatkan saf kembali dengan kawan aku.
Kemudian aku ada terdengar dia menjalinkan hubungan dengan dua orang isteri orang. Baiklah, aku tak ambil peduli sebab bukan masalah aku pun. Tapi masalahnya sekarang ialah mamat ni buat aku terletak di tengah-tengah garisan sekarang. Dalam diam dia bermain cinta dengan lagi satu kawan aku.
Aku berkawan rapat dengan mereka berdua. Mula-mula Si A yang minat kat mamat ni mula-mula tu call aku. Beritahu aku yang mamat ni selalu sms... call... ajak keluar hari-hari. Then meluahkan perasaan bahawa dia ikhlas nak berkawan dengan kawan aku. Ikhlas untuk kahwin yer. Aku diam~
Kemudian, kawan aku yang Si B pula mesej aku cakap yang mamat yang sama ni meluahkan juga perasaan kat dia. Dia juga berminat ingin melanjutkan persahabatan mereka ke next level. Dan aku tak tahu nak cakap apa. Sebab bila berada di situasi ini aku tak reti nak lontarkan kata-kata. Haishhhhh, susahlah! Lelaki ini begitu berdasyat. Tak pun sungguh berbangsat. Hah, kan dah kena!
Hurm~ sampai sekarang aku tertanya bagaimanakah mereka boleh terjatuh hati dengan lelaki ini. Sedangkan aku sendiri tak pernah nampak keistimewaan lansung pada mamat seekor ni. Atau aku ni buta ke apa? Sekarang kedua-dua kawan yang aku agak rapat ni telah dimadukan dalam diam. Dan aku tahu tetapi tak tahu bagaimana hendak membina ayat penyata kepada mereka. AKU TAK BOLEH KAWAN-KAWAN AKU DALAM KEADAAN MACAM NI. LEBIH-LEBIH DENGAN LELAKI TAK GUNA NI. Hurm~
"JIKA KALIAN MEMBACA INI, AKU MENGHARAPKAN KALIAN
FAHAM APA YANG INGIN AKU SAMPAIKAN."
FAHAM APA YANG INGIN AKU SAMPAIKAN."
MORAL: Menguji dahulu adalah penting sebelum menerima seseorang itu dalam hidup. Tak kira untuk kawan atau apa-apa pun. Sebab takut semak kepala di kemudian hari. Ini pendapat akulah! {peace no war}
