Assalamualaikum,
PERKAHWINAN? IJAB pastu QABUL pastu SAHHHHHH.... YEAYYY DAH KAHWIN!!!
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya :
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
Sekarang bukan aku nak cerita pasal lelaki berkahwin ramai. Suka hatilah diorang nak kahwin berapa ramai pun. Janji jangan kacau aku sudah. Sekarang aku nak cerita pasal isteri. Yer kaum-kaum isteri. TOLONGLAH JANGAN MENGUMPAT ATAU MENJAJA CERITA SUAMI-SUAMI KAMU KEPADA SEMUA ORANG. SEBAB TAK SEDAP UNTUK DIDENGAR. TAK BEST... TAPI AYAM GORENG LEMBIK BEST!
Aku baru kenal dan lepak makan dengan dua orang kakak ni. NOPE tukar statment... aku dah lama kenal dengan dua orang kakak ni tapi baru nak berjinak-jinak dan lepak makan bersama. Hah, yes... nice statment! **RESULT: Aku akan lepak dengan mereka tetapi sekali sekala bukan menjadi kawan baik. Yang pasti aku akan berhati-hati. YER AKU AKAN LEBIH BERHATI-HATI. Takut mak uols dengan kelajuan mulut depa seiring dengan kelajuan air hujan yang menumpah ke bumi semalam. Kebaboomm!
Dalam masa satu jam, i dah tahu berapa helai seluar dalam suami depa. Dengan warnanya sekali yer! Sebaik size depa tak habaq kat i. Kalau tak i terjun bangunan KLCC sebab i takut malam-malam i mimpi ngeri. Pastu depa siap cerita segala-gala keburukkan suami depa. Yang hat sorang suka baling periuk mangkuk. Yang hat lagi sorang workaholic. Busy hari-hari cuma jumpa hari sabtu sahaja yer. Hurmmmm~ apa lagi... arghhhh macam-macam la lagi. Mak maluuuuuuu. Arkhhhh tidakkkkk mak maluuuuuuuu... maluuuu nak dengar! MACAM MANA KALAU I NI DI TEMPAT SUAMI MEREKA?
Memang perempuan suka bercakap. Tapi ada benda janganlah cerita kat orang. Kalau nak cerita pun sebab nak relese something bolehlah nak cerita. Tapi kat orang yang boleh dipercayailah. Yang memang rapat dan kenal. Bukan kepada semua orang. Lebih-lebih hal rumah tangga korang. Aku yang dengar ni pun rasa malu. Aku diam je masa kejadian. Angguk-anggukkan sahaja.
Kawan-kawan baik yang rapat dengan i tak le cerita buruk-buruk pasal suami mereka. Alhamdulillah semuanya okey belaka. Kita dengar pun senang sebab ada lelaki yang baik jaga kawan-kawan i. Sebaik i tak salah pilih kawan-kawan seperti mereka. InsyaAllah~
TERIMALAH NASIHAT PAKAR-PAKAR ALAM RUMAH TANGGA:
p/s: arghhhh lariiiiiii, mak tak nak masuk campur hal perkahwinan orang. Lagipun bukan bidang mak. Mak pun tak ada experience.
MORAL: Tak baik kalau hari-hari mengumpat suami sendiri. Nanti jadi betul baru tau. INGAT JANGAN MENGUMPAT ISTERI SENDIRI JUGA YER. {peace no war}
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lenkali kalau akak2 tu nk citerkan perihal suami diorang...ko ready siap2 songkok mcm johan tu..pastu buat skali suara mcm dato fadilah kamtumi tu..baru la diorang insaf.
ReplyDeleteyer... yer.... yerrr... ingin menjadi insan cemerlang... yer... yer
ReplyDelete