Selepas menonton video ini di youtube.
Maka aku terfikir akan kisah ini:
Kes 1
AYAH: Jangan korek hidung macam itu, tak elok dipandang orang
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Dalam kereta hari tu, semasa nak pergi rumah Makcik Limah
AYAH: Oh, masa tu lubang hidung ayah gatal
Kes 2
AYAH: Jangan Tengok tv dekat-dekat nanti mata rosak
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa tu ayah tengah tengok bola
AYAH: Oh, masa tu ayah tak pakai spec mata tak nampak
Kes 3
AYAH: Jangan pakai kasut dalam rumah nanti lantai kotor
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah tengah cuci kereta hari tu pastu ayah masuk dapur
AYAH: Oh, masa tu ayah nak isi air dalam baldi sekejap
Kes 4
AYAH: Jangan suka terlentang baring atas sofa
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah balik berpeluh dari padang setiap petang
AYAH: Oh, masa tu ayah penat baru lepas excercise
Kes 5
AYAH: Jangan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan
ANAK: Ayah boleh buat
AYAH: Bila?
ANAK: Masa ayah tengah makan malam semalam
AYAH: Oh, masa tu ayah angkat telefon nenek call
ps: Marilah kita berdoa agar semuanya akan kembali kepada kebaikkan yang diredhai oleh Allah. {Berkata-kata untuk diri juga}
MORAH: Meluntur buluh biar dari rebungnya. Jika anda mempunyai pangkat ibu atau ayah. Maka andalah cermin buat anak-anak anda. Semuanya itu adalah dugaan dari Allah maka apakah tindakkan kita? {peace no war}

ada benar nya. bila masa kita, kita tak sedar benda2 ni. mungkin lepas ada anak nanti, kita baru nampak.
ReplyDeleteinsyaAllah. =)
:)
ReplyDelete