20110301

BEBAS DARI MUKA BERBUKU

Assalamualaikum,

Hari ini aku berasa begitu bahagia. Berasa begitu bebas untuk mengatakan apa sahaja. Yer aku sudah tutup akaun facebook aku yang pertama buat sementara waktu. Bukan tak sayang... bukan tak cinta cuma aku rasa semak. Pening kepala aku tengok. Serabut banyak sangat orang.

Pada mulanya, aku merancang untuk membuang orang-orang yang aku rasa tak patut berada dalam friend list aku. Gila bapak aku kena tengok sorang-sorang. Rabak biji mata aku jadi blue black. Dengar sini adik.. adik... kakak... kakak... abang.. abang... inilah pengajaran aku dapat sekiranya pakai meng-click button approve tanpa guna otak. Satu~ dua~ tiga~ PADAN MUKA AKU!

Maka dengan langkah bijak (Aku rasalah paling bijak buat masa ni). Aku telah membuka akaun facebook yang baru. Hah, sekarang aku dah ada dua akaun sebab aku tamak. Ala macam kahwin dua rasanya. Lepas ni, senang sikit aku nak letak gambar show off aku. Aku nak on kotak chat aku sesuka hati. Gila dah tak hang dah. Aku nak taip apa sahaja kat wall aku. Esok aku nak ngumpat Si A... pastu hari khamis nak ngumpat Si B. Pastu hari Jumaat aku nak ngumpat kau pulak. Hah kan bebas tu. Demonstrasi sangat. Gila bebas rasa macam boleh guling-guling kat Federal Highway.

Lagipun aku tak suka orang-orang MLM dalam facebook aku. Asyik nak tag aku gambar duit dia je. Jakun gila nampak sangat tak pernah pegang duit selama ni! Pastu aku tak suka psycho-psycho yang meroyan kat facebook aku. Yang paling aku tak suka mak bedah... mak bedah yang busy body dengan hidup aku. Sebok nak jadi stalker. Aku tak hingin la dengan laki korang. Aku tahulah aku hot~ hah kan aku dah perasan.

Satu lagi alasan aku buat akaun facebook baru ialah sebab ada family aku dalam itu akaun. Wooo, sangat bahaya! Kang bocor segala rahsia aku. Aku nak lari mana? Walaupun aku dapat lari ke Negara China sekalipun namun akhirnya aku akan jumpa family aku gak. Seperti pantun berkerat ini ---> DUA... TIGA... KUCING BERLARI. MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG. DUA... TIGA... AKU BERLARI AKHIRNYA KE BATU CAVES JUA AKHIRNYA. Oh, mak seram~

ps: walaupun nanti akaun facebook yang pertama itu akan jarang aku buka namun ianya sentiasa dalam hati. Sebab banyak kenangan yang mahal-mahal belaka yang ada di dalam akaun itu. Ouchh, sedey mak nok!

MORAL: Berhati-hati dalam memilih kawan supaya tidak semak kepala di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment